Rabu, 11 Januari 2017

ANTOLOGI BINTANG HATI TINGKATAN 3: PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA


PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA 

SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu  bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah  Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa  Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah.  Tidak lama kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.

TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.

PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN
PERSOALAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI PENGAJARAN
PENGAJARAN
CONTOH
Ketabahan dalam menempuhi dugaan hidup
Masyarakat yang tabah dalam menempuhi dugaan hidup
Ketabahan
Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup
Si Miskin dan isterinya sabar apabila mereka dihina, diusir, diketawakan, dan dilemparkan dengan batu serta kayu oleh pembesar istana serta penduduk kampung semasa mereka hendak meminta makanan
Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya
Masyarakat yang penyayang
Kasih sayang
Setiap ahli keluarga mestilah memupuk amalan kasih sayang
Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup memenuhi segala permintaan isterinya.
Kemuliaan hati seorang raja
Masyarakat istana
Baik hati
Kita hendaklah membantu orang yang dalam keadaan susah
Maharaja InderaDewa sangat baik hati dan telah memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan mempelam dan nangka.
Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarga.
Masyarakat yang bertanggungjawab
bertanggungjawab
Seorang suami hendaklah menjaga kebajikan ahli keluarga dengan menyediakan keperluan hidup kepada isteri dan anak-anak.
Si Miskin bertanggungjawab  menyediakan tempat tinggal untuk isterinya.
Sikap tidak berperikemanusiaan
Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
Prihatin
Kita hendaklah prihatin dan membantu golongan yang susah
Orang di pasar telah membaling dan memukul Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian compang-camping.

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
Latar Masa
Contoh
1.     Tiga bulan
Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung.
2.     Petang
Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah
3.     Empat puluh hari empat puluh malam
Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma
4.     Malam
Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.

Latar Tempat

1.     Negeri Anta Beranta
Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki.
2.     Hutan
Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
3.     Di Pasar
Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu
4.     Tempat pembuangan sampah
Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.

GAYA BAHASA
1.     Diksi

·        Bahasa Istana


·        Baginda,titah,patik

·        Bahasa klasik
·        Hatta

·        Bahasa Arab
·        Allah subhanahu taala

2.     Sinkope
·        Kehendakmu?
·        Jangan anakku bercerai

3.     Kata ganda
·        Berdarah-darah dan bengkak-bengkak

4.     Simile
·        Laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.
·        Suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati rupanya.

5.     Repetisi
·        “ Jikalau ada belas kasihan tuan hamba akan orang daif lagi miskin telah terbuang itu, hamba hendak akan buah yang seburuk-buruknya….
6.     Anafora
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
7.     Responsi
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
8.     Hiperbola
Hancurlah segala anggotaku