Khamis, 12 Januari 2017

ANTOLOGI BINTANG HATI TINGKATAN 3: CERPEN LEGASI TAPAI UBI


Cerpen Legasi Tapai Ubi karya Ghazali Lateh
Sinopsis
Parjo ialah anak kepada Wak Salikon. Ibu dan ayah Parjo mengusahakan perniagaan tapai ubi. Parjo rajin membantu ibu dan ayahnya membuat tapai. Tapai buatan mereka sangat sedap dan habis dijual pada setiap hari. Kawan-kawannya telah mengelarnya sebagai Parjo Tapai. Parjo mengagumi ibu dan ayahnya begitu gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka sehigga dia dan adik beradiknya dapat belajar sehingga ke menara gading.

 Pada suatu hari, Parjo memberitahu Prof Haidar bahawa mereka sedang melakukan kajian tetang tapai ubi yang dapat mengurangkan penyakit kanser. Hasil kajian Parjo dan rakan sekuliahnya membuktikan bahawa tapai ubi menghasilkan sejenis bakteria yang dapat mencegah kanser. Parjo gigih melakukan kajian dan hasil  kajiannya menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

Penemuan Parjo dalam menghasilkan penawar telah mendapat pengiktirafan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Hasil kajian Parjo telah dibawa ke peringkat antarabangsa. Sejak hari itu, Parjo sering dijadikan tempat rujukan dalam kajian mencegah kanser.

Semasa majlis konvokesyennya berlangsung, Parjo telah membawa ibu dan bapanya serta memberitahu kepada pensyarah dan rakan-rakannya bahawa ayah dan ibunyalah menjadi sumber inspirasi atas kejayaannya itu. Permintaan terhadap tapai ubi ayahnya juga semakin tinggi. Sebuah kilang tapai telah didirikan di Kampung Dr. Parjo manakala Dr. Parjo kini, bergelar pensyarah perubatan dan beliau masih meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat menghasilkan penawar bagi mencegah penyakit lain.


TEMA
kesungguhan seorang remaja yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisi(tapai ubi) dapat menjadi penawar bagi merawat penyakit berbahaya seperti kanser. 

PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN

Persoalan
Nilai
Pengajaran
Contoh
Kegigihan membawa kejayaan
Kegigihan
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Wak Salikon dan isterinya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga berkembang membuka sebah kilang.
Amalan hidup saling tolong-menolong
Tolong - menolong
Kita hendahklah hidup saling tolong- menolong antara satu sama lain.
Parjo rajin membantu ayah dan ibunya membuat tapai ubi.
Anak yang mengenang jasa ibu bapa
Mengenang jasa
Kita hendaklah menghargai jasa pengorbanan ibu bapa kita.
Parjo menjelaskan bahawa kejayaannya menggengam ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya.
Tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat
Tanggungjawab
Kita hendaklah bertanggungjawab berkhidmat kepada nusa dan bangsa.
Parjo ingin berkhidmat kepada masyarakat melalui kajiannya terhadap tapai ubi yang dapat mencegah dan merawat penyakit kanser