Jumaat, 5 April 2024

LATIHAN KERTAS 2 BM SPM SINTAKSIS: AYAT SONGSANG, AYAT TANYA DAN CERAKINKAN AYAT


Soalan 1: Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan ayat yang bergaris kepada ayat songsang.

Urus fenomena perubahan cuaca panas kurangkan kesan El Nino

Mac 28, 2024 @ 9:54am

 

CUACA panas memberi kesan kepada tingkah laku manusia seperti mana dihuraikan oleh bapa Sosiologi Muslim iaitu Ibn Khaldun di dalam buku beliau yang terkenal iaitu Muqaddimah. Menurutnya lokasi manusia tinggal akan mempengaruhi budaya, nilai, pekerjaan, cara pakai dan pemakanan masyarakatnya.

Manusia di kawasan beriklim panas, tingkah laku mereka akan lebih kasar berbanding yang tinggal di lokasi sejuk. Kenyataan ini selaras dengan kajian oleh pengkaji terkini yang mendapati cuaca dan suasana panas akan meningkatkan tingkah laku agresif.

Hari ini kita di Malaysia sedang mengalami fenomena El Nino. Walaupun ia sudah diingatkan namun tidak terjangka kepanasannya akan seperti sekarang. Bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas, mengharungi Ramadan dalam cuaca normal bukanlah mudah apatah lagi dalam keadaan terik seperti sekarang.

Mengurus fenomena perubahan cuaca yang sangat memberi kesan kepada manusia bukanlah perkara mudah. Hal ini disebabkan ia bukan sahaja memberi kesan kepada tingkah laku manusia malah seluruh ekosistem termasuk tanam-tanaman serta hasil laut dan seterusnya membawa kepada isu lebih serius iaitu keterjaminan makanan.

1.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

2.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

3.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

4.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

5.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

 

Soalan 2:  Berdasarkan berita dibawah, bina ayat tanya dengan  menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang dibina hendaklah bersesuaian dengan  dengan frasa yang bergaris.

Guru muda perlu tingkat penguasaan digital

Mac 26, 2024 @ 10:22am

 

DALAM menjayakan aspirasi Dasar Pendidikan Digital (DPD), peranan pendidik terutama guru muda amat signifikan. Ini kerana golongan pendidik berusia 40 tahun ke bawah itu sering dikaitkan sebagai kelompok lebih mudah menerima dan membuat perubahan kepada amalan pengajaran berbanding guru senior.

Penekanan aspek pendidikan digital selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Ke-4 (SDG4), iaitu mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan matlamat ke-10, iaitu mengurangkan ketidaksamaan.

Pada dasarnya, kita memerlukan sistem pendidikan lebih komprehensif pada pelbagai peringkat dan lebih ramai profesional untuk menambah baik pengalaman pengguna.

Tahap Kompetensi Digital Guru diukur Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2021 mendapati hanya 6,442 daripada 297,018 guru atau 2.2 peratus sahaja berada pada tahap lanjutan.

Namun, guru muda perlu memperkasa diri sebagai pendidik kompeten digital bagi mewujudkan iklim pembelajaran bersesuaian dengan abad ke-21. Mereka perlu komited menghasilkan kandungan digital berkualiti.

 

1.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

2.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

3.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

4.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

 

Soalan 3: Baca berita di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Literasi media mampu cegah penyebaran berita palsu

Mac 21, 2024 @ 10:46am

 

PENGGUNA media sosial semakin meningkat kebelakangan ini dengan platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok antara yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Laporan Digital 2023 Global Overview Report melalui kerjasama Melwater dan We Are Social, mendedahkan sebanyak 26.8 juta penduduk Malaysia aktif di media sosial.

Peningkatan drastik penggunaan media sosial, melahirkan golongan yang digelar sebagai pencipta kandungan (content creator) atau pempengaruh (influencer). Mereka datang daripada pelbagai latar belakang, termasuk pendidik, agamawan selain selebriti atau golongan profesional.

Namun, berapa ramai pempengaruh mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kandungan yang dipaparkan di laman sosial mereka? Jadi, adalah penting untuk pengguna menjadi lebih kritis dalam menilai kandungan dan hantaran daripada seorang pempengaruh.

Penting bagi pengguna untuk tidak hanya menerima begitu saja apa yang mereka lihat atau dengar, sebaliknya perlu memeriksa kebenaran dan kredibiliti maklumat berkenaan. Menerusi cara ini, pengguna dapat membantu mencegah penyebaran berita palsu dan memastikan hanya mengikuti pempengaruh yang boleh dipercayai serta bertanggungjawab terhadap kandungan media sosial mereka.

Selain itu, pengguna media sosial juga boleh menambah baik cara menggunakan media sosial. Mereka perlu bersikap teliti dalam memilih pempengaruh bertanggungjawab, sekali gus menjadikan kita pengguna media sosial yang mempromosikan perdebatan atau perbincangan sihat lagi konstruktif.

1.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

2.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

3.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

4.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

5.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

6.     ___________________________________________________________

___________________________________________________________

 


Jumaat, 22 Mac 2024

LATIHAN KERTAS 2 BM SPM SINTAKSIS : POLA AYAT DASAR DAN SUBJEK PREDIKAT



Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di bawah.

1.     Dua perkara sering dilanggar ahli Dewan Rakyat dalam persidangan.

Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________


2.     Dewan Rakyat sepatutnya berperanan sebagai entiti legislatif.

Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________

 

3.     Ahli Parlimen bangga menggunakan bahasa Inggeris tanpa kebenaran.

Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________

 

4.     Ahli Parlimen fasih berbahasa Melayu.

Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________

 

5.     Semua parti menyedari penting bahasa kebangsaan dikuasai wakil mereka.

Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________

 

6.     Persaingan sumber air ini di kawasan yang kekurangan air kelihatan besar dan semakin sengit.

Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________

 

7.     Satu model contoh diplomasi air ialah Suruhanjaya Sungai Mekong.

Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________

 

8.     Mahasiswa kini generasi berjaya melalui pandemik global.

Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________

 

9.      Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.

Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________

 

10.                        Api itu sukar dipadamkan kerana angin timur laut sedang melanda ketika itu.

 Pola ayat dasar:_________________________________________

Subjek:________________________________________________

Predikat:_______________________________________________

Selasa, 19 Mac 2024

KOLEKSI LATIHAN BM SPM

 KERTAS 1


KERTAS 2

MORFOLOGI

1. KATA MAJMUK

MORFOLOGI: LATIHAN BM KERTAS 2 SPM KATA MAJMUK

 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan senaraikan 5 kata majmuk.

 

Di pinggir jalan raya yang sibuk, terdapat sebuah stesen kereta api yang menjadi titik hubung yang penting bagi pengangkutan antarabangsa. Stesen kereta api ini mempunayai reka bentuk yang modern dan menarik. Selain itu, persekitaran stesen kereta api yang kondusif ini telah menjadi tumpuan sama ada para pelancong mahupun pelajar.

Di seberang stesen kerata api tersebut, terdapat sebuah kedai alat tulis yang sering dikunjungi oleh pelajar dari pelbagai peringkat umur. Mereka datang untuk membeli keperluan sekolah, terutamanya ketika sesi persekolahan bermula. Kedai tersebut menyediakan pelbagai jenis alat tulis seperti  pensil dan pen serta peralatan sains seperi tabung uji,bikar dan sebagainya.  Ramai murid memberi alat tulis untuk mata pelajaran Sains dan Reka Bentuk. Kedai ini juga menjual peralatan dan pakaian sukan. Kedai ini juga mempunyai ramai kakitangan dan mereka mesra melayan pelanggan.


JAWAPAN:

1. kereta api

2.antarabangsa

3. reka bentuk

4. alat tulis

5. tabung uji

6. kakitangan 

KOLEKSI LATIHAN UASA: BM SEKOLAH RENDAH ATAS

KOLEKSI SOALAN UASA BM SEKOLAH RENDAH TAHUN 4,5 DAN 6.


PENDAPAT

1. Cara-cara menjaga alam sekitar

RA PENDAPAT:CARA-CARA MENJAGA ALAM SEKITAR

 

Gambar di bawah ini menunjukkan cara-cara menjaga alam sekitar.

Tulis pendapat kamu tentang cara-cara menjaga alam sekitar.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.



Panjangnnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.




LATIHAN BM SEKOLAH RENDAH: PENDAPAT 

Rabu, 31 Januari 2024

SOALAN SEBENAR SPM 2023 BM KERTAS 1

 


BAHAGIAN A

TEMA: KEMALANGAN JALAN RAYA


BAHAGIAN B

1. AKTIVITI KOKURIKULUM

2. CARA MENGHARGAI JASA IBU BAPA

3. BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

4. PENJAGAAN ALAM SEKITAR