adstera iklan 1

Sabtu, 27 Februari 2016

ANTOLOGI BAIK BUDI, INDAH BAHASA TINGKATAN 2 : PUISI TRADITIONAL PANTUN ALAM REMAJA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

 PUISI TRADITIONAL: PANTUN ALAM REMAJA


Pantun
Maksud rangkap
Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.

Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut ke Pulangan ibu ke rumah.
Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
 Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.

Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.


Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.

Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan bagi   anak-anak.

Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.
Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.) 
Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil dan ingin  bermanja.









1.      Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

2.      Persoalan
a)      Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih saying dan kebahagian kepada anak-anak.
b)      Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di rumah.
c)      Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyarnbut kepulangan ibu bapa mereka pulang beketia.
d)     Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat rnengeratkan hubungan antara adik-beradik.
e)      Pernberian hadiah daripada ibu bapa dapat mennembirakan hati anak-anak.

3. Bentuk Pantun
a)      Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b)      Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.Contohnya,
• rangkap 1: empat baris,
 • rangkap 2: empat baris,
• rangkap 3: empat baris,
• rangkap 4: empat baris,
• rangkap 5: empat baris,
 • rangkap 6: empat baris,
• rangkap 7: empat baris.
 (c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya, Kita menyanyi adik-beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata)
 (e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan celana (10 suku kata)
 (f) Pantun ini berbentuk terikat.
4.      Unsur Bunyi

a)      Asonansi.
a.       Contohnya, • Tidak terkatakan besar hati  (perulangan vokal a);
        • Menpuk gendang dengan rebana  (perulangan vokal e);
b.      (b) Aliterasi.
 Contohnya, • Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan  b)
·         Dibawa itik pulang petang  (perulangan konsonan p).
c.       (c) Rima akhirnya terikat.
 Contohnya, • rangkap 1: abab; • rangkap 2: aaaa; • rangkap 3: abab; • rangkap 4: abab; • rangkap 5: abab; • rangkap 6: abab; • rangkap 7: abab.

5.      Gaya Bahasa Lisan
(a) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan. (
b) Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak.
(c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam kinantan; ranting; dan kumpai.
(d) Peribahasa. Contohnya, besar hati.
 (e) Repetisi. Contohnya, • kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)

6.      Nilai
(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin kebahagiaan keluarga.
(b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anak.
(c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan hati penerima.
(d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu bergurau senda merupakan sikap yang terpuji.
(e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam kalangan anggota keluarga.
7.      Pengajaran
(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.
 (b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
(d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan sewaktu bergurau senda.
(e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.





NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA : NILAI DAN PENGAJARAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL SILIR DAKSINA


Nilai
Contoh
1.      Nilai setiakawan
Haiqal dan Ratna berkawan rapat.

2.      Nilai
tanggungjawab
Tauke Ong tidak mahu membeli kereta baharu dan menggunakan wang tersebut untuk membesarkan anak-anaknya.

3.      Nilai kasih sayang
Haiqal amat sayang akan ayahnya.

4.      Nilai ketaatan
Haiqal akan keluar makan selepas menunaikan solat.

5.      Nilai budi bahasa
Ai Ling dan Ratna melayan Haiqal dengan baik semasa baru berkenalan.



Pengajaran
Contoh
1.      Kita hendaklah cinta akan seni dan budaya bangsa
Abdullah bin Kayan sanggup berpisah dengan isterinya semata-mata untuk memulihara tarian zapin
2.      Kita mestilah menghargai persahabatan.
Haiqal dan Ratna saling menghargai persahabatan mereka
3.      Kita hendaklah tabah 
melaksanakan sesuatu kerja.
Abdullah sangat tabah dan berusaha untuk menghidupkam kembali tarian zapin.

NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA : GAYA BAHASA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

GAYA BAHASA NOVEL SILIR DAKSINA



Gaya Bahasa
Contoh
1.       
Diksi

Badai apa yang telah melanda jiwaku
(hlm 65)

2.       
Bahasa asing
          Inggeris

Teori (hlm 36)
Persepsi (hlm 36)

           Arab
Ustazah (hlm 38)
Alhamdullillah (hlm73)

           Indonesia
Sore (hlm 1)
Omong kosong (hlm 92)

3.       
Peribahasa
Alah bisa tegal biasa (hlm 191)
Lain lubuk lain ikannya (hlm 116)

4.       
Simpulan bahasa
Mereka berdua berdiri di gigi pantai.(hlm 13)
Itulah pada kalau tahi judi. (hlm 26)

5.       
Simile
(membandingkan sesuatu dengan yang lain)
(seperti, bagai, umpama,macam dan ibarat)



Hatinya bagai ditarik-tarik (hlm 96)
Dianggap Ai Ling seperti cucunya sendiri (hlm 29)
6.       
Personifikasi
(pemberian sifat manusia terhadap benda mati)

Pantai Batu Buruk pastinya tersenyum (hlm.9)
Batu Buruk masih belum tidur (hlm. 105)
7.       
Sinkope
(singkatan perkataan)

Cikgu tak menari malam ini? Tanya Tauke Lim



Sabtu, 13 Februari 2016

NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA : LATAR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

LATAR NOVEL SILIR DAKSINA



1.  Latar Tempat

a)  Kuala Terengganu (rumah umi dan walid).
Contoh: Tempat tinggal Haiqal bersama-sama dengan umi, walid, dan adik tirinya iaitu Nurul Asiah di Kuala Lumpur.

b)  Kampung Seri Purnama (rumah ayah kandung Haiqal).
Contoh: Ayah Haiqal tinggal di Kampung Seri Purnama selepas berpisah dengan umi Haiwal.

c)  Balai Raya Kampung Seri Purnama
Contoh:Tempat simpanan album,novel bahan sastera yang menunjukkan kegiatan ayah Haiqal  dalam bidang sastera dan budaya adalah di balai raya Kampung Seri Purnama.

d)  Gerai makan milik Ratna.
Contoh: Haiqal dan Ratna telah berbual-bual di gerai makan milik Ratna sambil menikmati makanan yang disediakan.

e)  Restoran mamak.(See Hwa dan Haiqal telah makan di restoran mamak, Parit Raja sewaktu perjalanan ke kampung ayahnya.
Contoh: See Hwa dan Haiqal makan di restoran mamak yang terletak di Parit Raja selepas Haiqal tiba dari Terengganu.

f)    Pusara Abdullah bin Kayan.
Contoh: Haiqal membaca yasin  dan berdoa agar roh arwah bapanya ditempatkan di sisi orang yang baik-baik.

g)  Rumah Tauke Ong.
Contoh: Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannya manari Zapin. Dia terkejut apabila melihat See Hwa menggosook baju zapin.

h)  Stesen Bas Batu Pahat.
Contoh: Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk ke kampung arwah bapanya.

2.  Latar Masa

a)  Petang
Contohnya: peristiwa Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak kecil.

b)  Usia enam tahun
Contohnya: Umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya.

c)  Malam
Contohnya: Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zain di Warung Pak Dolah.

d)  Pagi
Contohnya: Taukey Lim dan isteri menoreh getah.

e)  Lapan belas tahun
Contohnya: Taukey Lim sudah tinggal di Kampung Seri Purnama 18 tahun.


3.  Latar Masyarakat

a)  Masyarakat peniaga.
Contoh: Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di kampung lalu menjualnya di pekan.

b)  Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa.
Contoh: Pak Cik Bakar, Haji Salim,  dan Cikgu Zam  melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasa seni warisan Melayu.

c)  Masyarakat yang berpendidikan.
Contoh: See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam.Haiqal juga meninggalkan Kampung Seri Purnama lalu sambung belajar di menara gading.

d)  Masyarakat yang berbilang kaum.
Contohnya: Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim , Tauke Lim  dan See Hwa tinggal di Kampung Seri Purnama.

f)   Masyarakat penyayang.
Contohnya: Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal yang tinggal berjauhan setelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan sayang akan anaknya pada manuskrip.

Jumaat, 12 Februari 2016

NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA : WATAK DAN PERWATAKAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL SILIR DAKSINA


Watak Utama

1. Haiqal Hakimi/Aiman
Ø Anak kepada Umi dam Abdullah bin Kayan
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang remaja yang berbakat dalam bidang seni sastera.
Haiqal sering memenangi pertandingan mendeklamasikan puisi dan menulis sajak serta puisi.
2.  Seorang anak yang penyayang.
Dia sayang umi,walid,ayah kandungnya dan adik tiri.
3.  Seorang yang baik hati
Haiqal telah memujuk Ratna yang menangis kerana mendapat keputusan SPM yang kurang cemerlang.
4.  Seorang yang bijak dalam pelajaran.
Dia berjaya melanjutkan pelajaran di university selepas tamat tingkatan 6.
5.  Seorang yang taat pada perintah agama.
Haiqal solat subuh apabila tiba di stesen bas Batu Pahat sebelum tiba di kampung ayahnya.

Watak sampingan

1. See Hwa/ Ai Ling
Ø Anak kepada Tauke Ling
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang pandai mendeklamasikan puisi.
Dia pernah memenangi pertandingan mendeklamasi sajak semasa di sekolah rendah.
2.  Seorang yang fasih Bahasa Melayu.
Dia boleh bercakap Bahasa Melayu tanpa ada pelat Bahasa Cina.
3.  Seorang yang suka membaca
Dia suka membaca kisah-kisah nabi sewaktu di sekolah rendah.
4.  Seorang yang suka memasak
Dia suka memasak makanan yang pedas-pedas.
2. Abdullah bin Kayan/Amirulnizam
Ø Ayah kandung Haiqal
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang cintakan sastera.
Dia sanggup berpisah daripada isterinya berbanding bidang sastera.
2.  Seorang yang penyayang
Dia sangat merindui dan menyayangi Haiqal.
3.  Seorang penari zapin.
Dia juga seorang penari zapin di Kampung Seri Purnama.

3. Tauke Ong/Tauke Lim
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang sangat rajin
Tauke Lim membuat dua pekerjaan iaitu pada waktu pergi dia akan menorah getah manakala pada waktu petang menjual pisang dan pinang di pekan.
2.  Seorang yang murah hati.
Dia suka belanja kawan-kawannya di warung.
3.  Seorang yang tahu membalas budi.
Dia melayan Haiqal sangat baik sebagai membalas budi pertolongan datuk dan ayah Haiqal.
4.  Seorang yang jujur dan amanah.
Dia menguruskan harta peninggalan ayah Haiqal dengan baik.

4. Ratna
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang yang minat dalam bidang perniagaan.
Ratna telah mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.
2.  Seorang yang suka mengusik.
Dia selalu mengusik Haiqal semasa Haiqal sedang berkhayal.
3.  Seorang pendengar setia.
Dia sentiasa sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal.
4.  Seorang yang baik hati.
Dia sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang ke kampung.

5. Umi
Ø Ibu kepada Haiqal
Ø Bercerai dengan ayah kandung Haiqal sejak Haiqal masih kecil dan berkahwin dengan walid.
Perwatakan
Contoh
1.  Seorang usahawan berjaya
Umi mempunyai kedai batik di Pasar Payang.
2.  Seorang yang penyayang
Dia sangat sayang Haikal sehingga tidak membenarkan ayah kandung Haiqal menjaga Haiqal.
3.  Seorang yang ego.
Dia tidak suka dan menghargai bakat seni bekas suaminya.
4.  Seorang pemarah.
Dia melarang Haqal untuk pulang ke kampung ayah kandungnya.