PUISI
TRADITIONAL: Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
Syair
|
Maksud Syair
|
Tamatlah kitab dikarang
orang,
akalnya pendek ilmunya kurang,
daripada sangat hajatku gerang, diperbuat juga sebarang-barang .
|
Rangkap 1:Penyair telah
tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan SYAIR NASIHAT (Penghujung
Thamarat at-Muhimmah)
|
Melepaskan hati yang
terbuku, pengajaran kepada sekalian anakku, mudah-mudahan betul tingkah dan
laku, perangai yang baik biar terpaku.
|
Rangkap 2 : Ayah berharap agar anaknya
akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.
|
Dengarkan tuan ayahanda
berperi, kepada anakanda muda bestari,
nasihat kebajikan ayahanda
beri, amalkan jangan malas dan ngeri.
|
Rangkap 3: Ayah menasihati
anaknya agar tidak bersikap malas.
|
Ayuhai anakanda muda remaja,
jika anakanda menjadi raja,
hati yang betul hendaklah
disahaja,
serta rajin pada bekerja.
|
Rangkap 4 :Menurut
ayahnya lagi, jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan
betul dan rajin bekerja.
|
Kerja kebajikan janganlah
malas,
zahir dan batin janganlah
culas, jernihkan hati hendaklah ikhlas,
seperti air di dalam gelas.
|
Rangkap 5: Ayah menasihati
anaknya supaya rajin berbuat kebajikan. Pada masa yang sama, hati perlulah
ikhlas dan bersih.
|
Menuntut ilmu janganlah
segan,
ilmu yang benar jangan yang bukan, iaitu
ilmu yang kebajikan, di kitab ini sudah disebutkan.
|
Rangkap 6 :Ayah menasihati anaknya supaya tidak
malas untuk menuntut ilmu. Ilmu yang drtuntut itu mestilah ilmu yang betul
seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
|
Hendaklah anakanda mengaji
selalu, dari yang lain lebihkan dulu,
had syarak janganlah dilalu,
tidaklah anakanda beroleh
malu.
|
Rangkap 7:Ayah menasihati anaknya agar rajin
mengaji dan hal ini perlu diberi keutamaan daripada hal yang lain. Hukum
syarak pula tidak boleh dilanggar kerana akan menyebabkannya mendapat malu.
|
Segala perbuatan dengan
berilmu,
maka kebajikan boleh
bertemu,
jika sebarang-barang diramu,
akhirnya anakanda jatuh
tersemu
|
Rangkap 8: Sebarang tindakan perlu didasarkan
kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya
agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam
perkara yang membawa kemudaratan.
|
Ilmu itu benar faedahnya,
membezakan hak dengan
batilnya, mengetahui rakyat benar salahnya, supaya dihukumkan dengan adilnya.
|
Rangkap 9: Ilmu itu banyak manfaatnya kerana
dengan ilmu, perkara yang benar dengan perkara yang tidak benar dapat
dibezakan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengetahui sama ada rakyat
benar atau salah dan dapat menjatuhkan hukuman yang adil kepada mereka.
|
Jika ilmu tidak diendah,
sebab anakanda capak
permudah,
rakyat datang membawa
gundah, anakanda tercengang tunduk tengadah
|
Rangkap 10 :Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan
itu dianggap remeh, hal ini tentu akan membawa masalah kepada anaknya jika
menjadi pemerintah. Jika ada rakyat yang datang untuk menyatakan masalah,
anaknya tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana tiadanya ilmu
pengetahuan.
|
Hendak menghukumkan tiada
tahu, hendak diam hati tak mahu,
berpeluk tubuh tangan ke
bahu, mengeluh mengucap mengata Allahu.
|
Rangkap 11: Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan
hukuman dan tidak mahu pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu berpeluk
tubuh dan menyebut nama Allah SWT.
|
Terkadang duduk mendiamkan
diri, sepatah tidak mengeluarkan peri,
penat duduk bangkit berdiri,
lalu masuk ke dalam purl.
|
Rangkap 12 :Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata
apa-apa. Setelah penat duduk dan bangun, anaknya itu akan menyembunyikan diri
di dalam istana.
|
Orang berdakwa duduk
menanti,
serta dengan bersakit hati,
hairan takjub tidak mengerti,
sebab bicaranya belum pasti.
|
Rangkap 13: Orang yang ingin mendapatkan
pengadilan akan menjadi marah kerana perbicaraan belum pasti dapat dilakukan.
|
Terkadang dihukumkan dengan
biladah, bukannya syarak bukannya 'adah,
ambil lekas jalan yang mudah,
supaya jangan berhati
gundah.
|
Rangkap 14: Sebarang hukuman tidak boleh diambil
mudah. Jalan yang terbaik ialah kembali merujuk kepada hukum syarak untuk
mendapatkan ketenangan hati.
|
Jika demikian apa jadinya,
hukum tak betul dengan
jalannya,
di hadapan majlis
diterimanya,
di belakang kelak
diumpatnya.
|
Rangkap 15 :Jika perbicaraan tidak dijalankan
mengikut hukum, maka pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.
|
Jika yang benar kita
hukumkan,
di belakang jangan kita
hiraukan,
umpat dan puji kita biarkan,
kepada Allah kita syaksikan.
|
Rangkap 16: Jika perbicaraan tidak dijalankan
mengikut hukum Allah SWT, maka kejian dan pujian rakyat bawahan tidak
perlulah dihiraukan oleh mereka.
|
Fasal 1
Jika anakanda jadi menteri,
orang berilmu anakanda
hampiri,
lawan mesyuarat lawan berperi,
supaya pekerjaan jadi
ugahari
|
Rangkap 17 :Ayah berpesan lagi, jika anaknya
menjadi menteri, dia digalakkan untuk berdamping dengan orang yang berilmu
supaya dapat memudahkan segala kerjanya.
|
Hendaklah periksa adabnya
wazir,
di dalam kitab sudah
terukir,
hendaklah jauhkan pekerjaan
mungkir, supaya jangan jadi tergelincir.
(Dipetik daripada antologi Baik
Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.).
|
Rangkap 18 :Ketua haruslah memerhatikan tingkah
laku pegawai bawahannya supaya penyelewengan tidak berlaku.
|
1. Tema
Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan
menuntut ilmu pengetahuan jika anaknya dilantik sebagai raja atau menteri
supaya dapat memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.
2.
Persoalan
(a) Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu
pengetahuan.
(b) Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mempunyai
hati yang mulia, bijak, adil, dan saksama ketika menjalankan tugas.
(c) Kerja kebajikan yang dilakukan harus dibuat
dengan penuh keikhlasan.
(d) Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar
seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
(e) Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan
mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan supaya tiada kesilapan ketika
menjatuhkan hukuman.
(f) Hukuman yang dijalankan mengikut hukum syarak
akan menenangkan hati pemimpin.
(g) Ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap pemimpin.
(h) Apabila pemimpin bergaul dengan orang yang
berilmu, maka segala kerja akan menjadi mudah.
(i) Tugas pemimpin adalah untuk memantau setiap
tugas yang diamanahkan kepada orang bawahan agar tidak berlaku penyelewengan.
3. Bentuk
(a) Syair ini terdiri
daripada lapan belas rangkap.
(b) Semua baris
merupakan maksud.
(c) Bilangan baris pada
setiap rangkap adalah sama.
(d) Panjang pendek
baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata.
Contohnya, diperbuat juga sebarang-barang ilmu yang
benar jangan yang bukan
(e) Jumlah suku kata
dalam pantun ini antara lapan hingga suku kata.
Contohnya,
had syarak jangan dilalu pengajaran kepada sekalian anakku Syair ini berbentuk
terikat.
4. Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya, • Ayuhai anakanda
muda remaja (perulangan vokal a)
(b) Aliterasi. Contohnya, • maka kebajikan
boleh bertemu. (perulangan konsonan m)
(c) Rima akhir :
·
rangkap 1: aaaa;
·
rangkap 2: aaaa;
·
rangkap 3: aaaa;
·
rangkap 4: aaaa;
·
rangkap 5: aaaa;
·
rangkap 6: aaaa;
·
rangkap 7: aaaa;
·
rangkap 8: aaaa;
|
·
rangkap 9: aaaa;
·
rangkap 10: aaaa;
·
rangkap 11: aaaa;
·
rangkap 12: aaaa;
·
rangkap 13: aaaa;
·
rangkap 14: aaaa;
·
rangkap 15: aaaa;
·
rangkap 16: aaaa;
|
4.Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Anafora (perulangan pada awal
perkataan)
|
Hendak menghukumkan tiada tabu,
hendak diam hati tak mahu,
|
Inversi
|
nasihat
kebajikan ayahanda beri;
|
Kata ganda
|
sebarang-barang;
|
Penggunaan bahasa Arab
|
ikhlas; syarak; batil; Allahu; biladah; `adah; Allah
|
Simile
|
seperti air di
dalam gelas.
|
Sinkope
|
seperti air di
dalam gelas.
|
5.Nilai
dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai keadilan.
|
Pemerintah
haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.
|
Nilai berilmu
|
Seseorang
pemimpin mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan
urusan pentadbiran.
|
Nilai keikhlasan
|
Kita hendaklah
ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan.
|
Nilai tawakal
( berserah
diri)
|
Kita haruslah
bertawakal dan berserah kepada Allah SWT setelah membuat apa-apa keputusan
berdasarkan syariat.
|