ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
Pantun Kasih Sayang
Pantun
|
Maksud
pantun
|
Buah
mengkudu kusangka kandis,
Kandis terletak di dalam puan;
Gula madu
kusangka manis,
Manis lagi senyuman tuan
|
Rangkap 1:
Wajah (muka) seseorang kelihatan berseri-seri(bersinar) kerana senyumannya
yang menawan.
|
Asap api
di Tanjung Tuan,
Kuala Linggi bakaunya rendah;
Harap hati
kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.
|
Rangkap 2
:Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap perhitungan,
harapan tidak kesampaian.
|
Anak udang
meniti batang,
Berasa dahan terlmpai;
Melihat
bulan di pagar bintang,
Bagaikan rasa hendak dicapai.
|
Rangkap 3:
Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita yang cantik serta tiada
bandingannya.
|
Jalan-jalan
sepanjang jalan,
Singgah menyinggah di pagar orang;
Pura-pura
mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.
|
Rangkap 4:
Menggunakan muslihat(tipu helah) untuk
memikat
anak gadis(anak perempuan) orang.
|
Bila masa
dipanggil maut,
Cinta tidak berharga lagi;
Asam di
darat ikan di laut,
Sampai masa berjumpa lagi.
(Dipetik
daripada antologi Baik Budi, lndah Bahasa,Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn.
Bhd.)
|
Rangkap 5:
Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh akan bertemu juga akhirnya.
|
1. Tema
Kasih sayang antara
teruna dengan dara. Namun begitu, untuk mencapai impian supaya dapat hidup
bersama-sama kadangkala kita terpaksa menempuh berbagai-bagai halangan seperti
perbezaan darjat atau perpisahan.
2. Persoalan
a)
Perwatakan yang
menarik akan menyebabkan kita disukai oleh ramai orang.
b)
Cita-cita untuk
memiliki sesuatu yang besar dianggap mustahil kerana adanya kekurangan diri
c)
Sanggup berpura-pura untuk mencapai sesuatu
tujuan.
d)
Perpisahan yang
berlaku tidak semestinya terpisah untuk selama-lamanya kerana pada suatu hari
nanti pasti akan bertemu semula.
3. Bentuk
a)
Pantun ini
terdiri daripada lima rangkap.
b)
Bilangan baris pada
setiap rangkap adalah sama.
Contohnya, :setiap rangkap empat baris;
c)
Ada pembayang
dan maksudnya.
d)
Jumlah suku kata
4 hingga 7.
e)
Pantun jenis terikat.
4. Unsur Bunyi
(a) Asonansi.
Contohnya, • Kandis terletak dalam puan
(perulangan vokal a)
(b) Aliterasi.
Contohnya, • Asam didarat ikan di laut. (perulangan
konsonan d)
(c) Rima akhir :
·
rangkap 1: abab;
·
rangkap 2: abab;
·
rangkap 3: abab;
·
rangkap 4: abcb;
·
rangkap 5: abab;
4.Gaya
Bahasa
Gaya
Bahasa
|
Contoh
|
Kata ganda.
|
jalan-jalan; singgah-menyinggah;
|
Penggunaan unsur alam
|
buah
mengkudu; kandis;
|
Personifikasi.
|
Anak udang meniti batang.
|
Repetisi.
|
kandis (rangkap 1, baris 1 dan 2); •
|
Simile
|
Bagaikan
rasa hendak dicapai.
|
5.Nilai dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai kasih sayang.
|
Kita
haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
|
Nilai rasional.
|
Kita
mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu yang dianggap mustahil.
|
Nilai keikhlasan.
|
Kita
haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan.
|