Sajak Roti: Ahmad Syahrul Wahid
Dari cerobong dapur
asap berjelaga
berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah
tersohor.
Perut yang lapar
selera kian meggelepar
menanti roti
dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama
permaidani terhampar.
Kalau roti di depan
mata
nafsu makan pun
bergelora
berkeping-keping
menggegar selera
perut pun kenyang
terasa
tenang bersendawa.
|
Bagi pemilik iman
di dada
sendawa itu tidak
sempurna
masih ada beban di
bahu mereka
warga miskin belum
terbela
masih merintih
lapar dahaga.
Bila begitu
selamanya
kalimah syukur pun
jelas tertera
di hati sanubari
warga dunia
melangit damai
dirasa
percikan iman segar
berwarna.
|
(Dipetik daripada Sajak Roti Antologi Baik
Budi Indah
Bahasa,Tingkatan
2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
|
1.
Maksud
sajak
Rangkap
|
Maksud Sajak
|
1
|
Roti yang dibuat
di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana baunya yang
harum.
|
2
|
Perut bertambah
lapar kerana menunggu roti siap dibakar.
|
3
|
Perut akan menjadi
kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.
|
4
|
Orang yang kaya masih tidak sempurna iman
mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.
|
5
|
Jika seseorang
itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang
diperoleh.
|
2.
Tema
v Kehidupan masyarakat
kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.
3.
Persoalan
v Persoalan
bau roti yang harum apabila dibakar membangkitkan selera.
v Persoalan
manusia tidak dapat menahan nafsu makan ketika lapar.
v Persoalan
manusia akan makan makanan yang sedap sehingga kenyang dan sendawa.
v Persoalan
orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa
kenyang.
v Persoalan
bersyukur ketika mendapat sesuatu kebaikan.
4. Bentuk
v Sajak
ini terdiri daripada lima rangkap.
v Bilangan
baris pada setiap rangkap tidak sama.
Rangkap 1: 4 baris
Rangkap 2: 5 baris
Rangkap 3: 5 baris
Rangkap 4: 5 baris
Rangkap 5: 5 baris
v Jumlah
suku kata dalam sajak ini antara 2 hingga 6 patah kata.
v Sajak
ini berbentuk bebas.
5. Unsur
Bunyi
v Asonansi.
Contohnya selera kian
meggelepar (vokal = a)
v Aliterasi
Contohnya:
Bila begitu selamanya (konsonan = b)
6. Gaya
Bahasa
v Hiperbola
Contoh:
nafsu makan pun bergelora
v Inversi
Contoh:
harum berbau juadah tersohor.
v Metafora
Contoh:
percikan iman.
v Simile
Contoh:
terhidang seumpama permaidani terhampar.
7. Nilai
dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai kesabaran
|
Kita hendaklah
bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.
|
Nilai
kesyukuran
|
Kita mestilah bersyukur
dengan nikmat kurniaan tuhan.
|
Nilai keimanan
|
Kita haruslah melatih
diri agar menjadi orang yang beriman.
|