Pantun Alam Remaja
Elok rupanya
kumbang jati,
Dibawa itik pulang
petang;
Tidak terkatakan
besar hati,
Melihat ibu sudah
pulang.
Dibawa itik pulang
petang,
Dapat di rumput
bilang-bilang;
Melihat ibu sudah
pulang,
Hati cemas menjadi
hilang.
Ayam kinantan
terbang mengekas,
Hinggap di ranting
bilang-bilang;
Melihat bonda
pulang lekas,
Hatiku besar bukan
kepalang.
Kita menari keluar
bilik,
Sebarang tari kita
tarikan;
Kita menyanyi
adik-beradik,
Sebarang nyanyi
kita nyanyikan.
|
Hanyut batang
berlilit kumpai,
Terdampar di ujung
Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa
pun sampai,
Kita semua berbesar
hati.
Ramai orang
bersorak-sorak,
Menepuk gendang
dengan rebana;
Alang besarnya hati
awak,
Mendapat baju
dengan celana.
Mahulah kami hendak
melapun,
Lapun dibawa orang
menjaja;
Jangan marah kami
berpantun,
Budak kecil biasa
manja.
|
(Dipetik daripada
Pantun Alam Remaja,
Antologi Baik Budi Indah Bahasa ,
Tingkatan 2,Dewan
Bahasa
dan Pustaka)
|
1.
Maksud
pantun
Rangkap
|
Maksud Pantun
|
1
|
Anak-anak akan berasa sangat gembira
sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.
|
2
|
Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu
ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
|
3
|
Anak-anak akan berasa sangat gembira jika
ibu cepat pulang ke rumah.
|
4
|
Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
|
5
|
Kepulangan ayah dan
ibu ke rumah merupakan masa yang paling menggembirakan bagi anak-anak.
|
6
|
Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa
membuatkan anak-anak berasa gembira.
|
7
|
Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi
anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil biasanya
manja.
|
2.
Tema
v
Kegembiraan
anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.
3.
Persoalan
v Persoalan
tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada
anak-anak.
v Persoalan
anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.
v Persoalan
kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka
pulang bekerja.
v Persoalan
aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan antara
adik-beradik.
v Persoalan
pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-anak.
4. Bentuk
v Pantun
ini terdiri daripada tujuh rangkap.
v Bilangan
baris pada setiap rangkap adalah sama.
5. Unsur
Bunyi
v Asonansi.
Contohnya:
Tidak terkatakan besar hati (vokal = a)
v Aliterasi
Contohnya:
Hanyut batang berlilit kumpai (konsonan = n)
6. Gaya
Bahasa
v Kata
ganda
Contoh:
adik-beradik
v Penggunaan
unsur alam
Contoh:
kumbang jati; itik; rumput;
v Peribahasa
Contoh:
besar hati
v Repetisi
Contoh:
kita
7. Nilai
dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai kasih
sayang.
|
Kita mestilah menyayangi
anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.
|
Nilai bertanggungjawab.
|
Kita mestilah
bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
|
Nilai baik hati
|
Kita haruslah
bersikap baik hati untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
|
Nilai pemaaf
|
Janganlah kita
mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan
sewaktu bergurau senda.
|
Nilai hormat-menghormati
|
Kita haruslah
menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.
|