Drama
: Mahkamah
1. Sinopsis
Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan.
Hakim memerintahkan pegawai memanggil Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat
sumpah. Tertuduh I, Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian seorang nenek
tua. Pendakwa raya membaca pertuduhan, bahawa Bulat bin Leper telah dituduh
menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali, berumur 99
tahun, di Taman Gagak Putih.
Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya.
Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela telah dipanggil masuk
untuk membela Bulat bin Leper. Selepas perbicaraan dijalankan, Bulat bin Leper
mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan
sebiji pisang dan membuang kulitnya. Kemudian, seorang nenek yang sedang
berjoging telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu.
Nenek itu tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua
itu patah dan dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya
mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Bulat bin Leper bertegas bahawa dia tidak mahu mengaku salah. Peguam bela
bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang cuba mendesak anak guamnya
mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut, Bulat bin Leper telah
makan sebiji pisang. Kulit pisang tersebut dibuang ke dalam tong sampah yang
telah disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak. Bulat bin
Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan
bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan
tugasnya. Tambah peguam bela lagi, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin
Leper ke dalam tong sampah itu sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik dan
perkara itu merupakan suatu contoh yang baik.
Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa
peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya
dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke
dalam tong sampah. Namun begitu, seekor kambing yang sangat kurus dan lapar
telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga
menyebabkan kulit pisang itu tercampak keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing
terlalu letih, matanya menjadi kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu tidak
nampak akan kulit pisang sehingga terkaislah kulit pisang itu ke jalan raya.
Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu jatuh,
kemudian meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak
bersalah. Sebaliknya, kambing itu yang bersalah. Peguam bela merayu agar
mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja
tanpa syarat.
Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap
Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia,
bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakawa
raya. Peguam bela menyatakan bahawa binatang peliharaan mesti ada tuannya. Oleh
itu, tuan kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku,
maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Berdasarkan kenyataan
tersebut, hakim telah membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.
Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula.
Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi
mahkamah ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak
difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya
membacakan pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akikino-komokotoko
(Akinomoto). Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk
subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham
akan istilah beruk subsidi. Hakim mohon pendakwa raya menjelaskan istilah
tersebut. Pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut dengan menggunakan bahasa
lnggeris seperti yang tercatat di dalam kamus The Advance Dictionary of the
Modern English for the Malaysian World.
Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa
raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan dan seharusnya digunakan dalam mahkamah tersebut. Beliau
meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa
Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan
mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa
ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang
berhak semula dan dia mahu memelihara anak beruk itu. Hakim memerintahkan
Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai
dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil
baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak
beruk itu sebagai tuannya. . Keadilan dan kebenaran itu mesti ditegakkan dengan
apa-apa cara sekalipun tanpa mengira bangsa, warna kulit, kepercayaan, pangkat,
kedudukan, dan sebagainya.
2. Tema
Keadilan dan kebenaran ketika
membuat sesuatu keputusan.
3.
Persoalan
(a)
Orang miskin tidak mampu
mengupah peguam untuk membela dirinya.
Namun
begitu, demi keadilan, peguam bela telah disediakan. Bulat bin Leper ialah
orang miskin. Dia telah menggunakan khidmat peguam bela untuk membela dirinya
di mahkamah.
(b)
Keadilan mesti ditegakkan
dalam apa-apa cara sekalipun.
Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk
membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan.
(c)
Kehidupan golongan yang
terlibat dalam kerja-kerja untuk menegakkan keadilan dan kebenaran sama seperti
kehidupan golongan biasa.
Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang
biasa. Selain itu, hakim juga gemar akan colek kelubi dan pisang.
(d)
Denda akan dikenakan terhadap
pihak yang bersalah.
Tertuduh II dikenakan denda supaya menjaga anak beruk yang baru lahir
itu sehingga mencapai umur akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa
dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya.
(e)
Isu bahasa Melayu di mahkamah.
Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih belum meluas lagi. Hakim
sendiri masih bercakap dalam bahasa Melayu dengan bunyi Inggeris.
4.
Plot Binaan
4.1 Plot
(a)
Permulaan — Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan
perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa
raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat bin Leper. Bulat bin Leper
dituduh menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur, 99 tahun di Taman
Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku tidak bersalah. Peguam bela percuma
dipanggil untuk membela Bulat bin Leper. Mereka diberi masa untuk berunding
selama seminit.
(b)
Perkembangan — Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih
ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu,
dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya
dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang
seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa
buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang
dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui
jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua
itumeninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.
Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan
membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa
raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak
bersalah.
(c) Klimaks
—Tertuduh II (Akikino-komokotoko, ringkasnya Akinomoto) dipanggil masuk.
Akinomoto mengangkat sumpah. Dia berbicara dalam bahasa yang tidak difahami.
Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan
bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk
subsidi milli( kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak
faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya
menjelaskan istilah beruk subsidi dalam bahasa InggerisAkinomoto semakin tidak
faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Setelah pendakwa raya
menjelaskan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu, Tertuduh II dapat
memahami kestuduhan tersebut. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan
tersebut. Namun begitu, dia turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil
dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu semula kepada yang berhak dan mahu
memelihara anaknya.
(d) Peleraian — Setelah hakim mempertimbangkan
kes tersebut dengan adil dan saksama, hakim niemerintahkan Akinomoto supaya
memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya pula,
dia perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh dan dia
dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.
4.2 Teknik Plot.
Teknik Plot
|
Contohnya,
|
(a) Dialog
|
HAKIM: Siapa nama kamu?
TERTUDUH I: Bulat bin Leper,
tuan.
|
(b) Pemerian.
|
PENDAKWA RAYA dan PEGAWAI
MAHKAMAH berdiri. TUAN HAKIM masuk (dengan iringan muzik) lalu mengambil
tempat. [
|
5. Latar
5.1 Latar Tempat
(a) Mahkamah
|
Tempat berlangsungnya sidang perbicaraan
|
(b) Taman Gagak Putih.
|
Tempat Bulat bin Leper makan
sebiji pisang berangan dan tempat Mek Teh bin Jali berjoging.
|
( c ) Stor JKK Ulu Dungun
|
Tempat Tertuduh II mencuri
seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia
|
5.2 Latar Masa
(a) Waktu pagi
|
sidang perbicaraan itu
dijalankan pada waktu pagi.
|
. (b) 20 Mac 1988
|
Tertuduh II telah dituduh
mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun
pada 20 Mac 1988
|
(c) Januari 1988
|
Tarikh Januari 1988 kematian
Mek Teh bin Jali dan waktu Bulat bin Leper berada di Taman Gagak Putih.
|
(d) 1 minit
|
Hakim memberikan tempoh
seminit kepada peguam bela dan Tertuduh I untuk berunding.
|
(e) 2 minit
|
Mahkamah mengambil masa
untuk berehat selama dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh masa untuk
pendakwa raya merujuk kamus.
|
5.3 Latar Masyarakat
(a) Masyarakat intelektual.
|
Hakim, pendakwa raya, dan
peguam bela merupakan masyarakat intelektual.
|
(b) Masyarakat yang hidup miskin
|
Tertuduh I merupakan
masyarakat yang miskin kerana dia tiada wang untuk mengupah peguam bagi
membela dirinya di mahkamah.
|
(c) Masyarakat yang baik
hati.
|
Peguam bela
bersungguh-sungguh mempertahankan Tertuduh I agar anak guamnya itu terlepas
daripada pertuduhan yang dihadapinya.
|
(d) Masyarakat yang prihatin
terhadap haiwan.
|
Tertuduh II prihatin
terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu
|
(e) Masyarakat yang tetap
pendirian
|
Bulat bin Leper dipaksa oleh
pendakwa raya untuk mengaku bersalah tetapi dia tetap tidak mengaku bersalah.
|
6. Watak dan Perwatakan
6.1 Hakim
(a)
Seorang golongan intelektual.
(b)
seorang yang pandai bergurau.
(c)
Seorang yang menggunakan bahasa Melayu tetapi dengan bunyi Inggeris.
(d)
Seorang yang adil dan saksama.
(e)
Seroang yang menjalankan amanah
dengan baik.
6.2 Pendakwa raya
(a) Golongan intelektual.
(b) Seorang yang tegas dengan
hujahnya
(c) Seorang yang menjalankan
tugasnya dengan bertanggungjawab
(d) Seorang yang terburu-buru
ketika berhujah.
6.3 Peguam bela
(a) Seorang yang tegas ketika menjalankan
tugas.
(b) Seorang yang berfikiran
rasional ketika menjalankan tugas.
(c) Seorang yang sanggup
berkhidmat dengan percuma untuk orang-orang susah.
(d) Seorang yang berkeyakinan ketika membicarakan hujah.
(e) Gemar menonton gusti.
6.4 Tertuduh I (Bulat bin
Leper)
(a) Orang miskin.
(b) Seorang yang dituduh
terlibat dengan kes kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh.
(c) Seorang yang berani
berhadapan dengan hakim dan pendakwa raya.
(d) Seorang yang
bertanggungjawab kerana membuang kulit pisang ke dalam tong sampah yang telah
disediakan oleh pihak berkuasa.
e) Seorang yang tetap
pendirian bahawa dirinya tidak bersalah.
(f) Seorang yang berbudi
bahasa.
6.5 Tertuduh II
(Akikino-komokotoko)
(a) Dipanggil Akinomoto.
(b) Dituduh mencuri beruk
subsidi milik kerajaan Malaysia.
(c) Seorang yang tidak fasih
berbahasa Melayu tetapi boleh memahaminya.
(d) Seorang yang prihatin
terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.
(e) Seorang yang Dddapati
bersalah dan dikenakan hukuman menjaga anak beruk sehingga akil baligh serta
memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
(a)
Pengarang menggunakan dialog
pendek
|
PEGAWAI: Sudah, tuan.
• HAKIM: Kenapa lambat?
|
(b)
Dialog panjang
|
HAKIM: Ya, peguam bela ini
pelanggan kamu Bulat bin Leper, telah dituduh menyebabkan kematian seorang
nenek tua secara tidak sengaja pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga
9.00 pagi, di Taman Gagak Putih.
|
(c) Diksi
Pemilihan
kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang
berlaku di mahkamah
|
Kata-kata tersebut seperti
hakim, pendakwa raya, peguam bela, penterjemah, Tertuduh I, Tertuduh II,
kandang, bersumpah, tuduhan, mensabitkan, anak guam, kad kuning, dan
sebagainya. (
|
(d)
bahasa Inggeris
|
The Advance Dictionary of
the Modern English for the Malaysians World
|
(e)
Sinkope
|
HAKIM: Oh, itu tak
jadi masalah kita ada peguam percuma.
|
(f)
Repetisi
|
PENDAKWA RAYA: Pada hemat
saya, Bulat bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Kalau Bulat
tidak membuang
|
7.
Nilai dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Contoh
|
( a) Keadilan.
|
Kita hendaklah adil dalam membuat keputusan.
|
Hakim membuat keputusan terhadap tertuduh dengan adil dan saksama
|
(b) Tanggungjawab
|
Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar
|
Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah.
|
(c) Ketegasan.
|
Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas
|
Hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh.
|
(d) Keyakinan
|
Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak
menimbulkan keraguan.
|
Peguam bela begitu yakin ketika berhujah untuk menyelamatkan Tertuduh
I daripada pertuduhan yang dihadapinya.
|
( e ) Keprihatinan
|
Kita hendaklah prihatin terhadap keadaan haiwan yang berada di
sekeliling kita.
|
Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk subsidi yang sedang hamil
itu.
|