Selasa, 8 November 2016

ANTOLOGI BAIK BUDI, INDAH BAHASA TINGKATAN 2 DRAMA: MAHKAMAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Drama : Mahkamah

1.    Sinopsis
Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Hakim memerintahkan pegawai memanggil Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Tertuduh I, Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua. Pendakwa raya membaca pertuduhan, bahawa Bulat bin Leper telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali, berumur 99 tahun, di Taman Gagak Putih.

Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela telah dipanggil masuk untuk membela Bulat bin Leper. Selepas perbicaraan dijalankan, Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Kemudian, seorang nenek yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu. Nenek itu tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu patah dan dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Bulat bin Leper bertegas bahawa dia tidak mahu mengaku salah. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang cuba mendesak anak guamnya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut, Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang. Kulit pisang tersebut dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak. Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam bela lagi, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah itu sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik dan perkara itu merupakan suatu contoh yang baik.

Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Namun begitu, seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga menyebabkan kulit pisang itu tercampak keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing terlalu letih, matanya menjadi kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu tidak nampak akan kulit pisang sehingga terkaislah kulit pisang itu ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu jatuh, kemudian meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Sebaliknya, kambing itu yang bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja tanpa syarat.

Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakawa raya. Peguam bela menyatakan bahawa binatang peliharaan mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku, maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Berdasarkan kenyataan tersebut, hakim telah membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membacakan pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akikino-komokotoko (Akinomoto). Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Hakim mohon pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut. Pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut dengan menggunakan bahasa lnggeris seperti yang tercatat di dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World.

Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan seharusnya digunakan dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak semula dan dia mahu memelihara anak beruk itu. Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya. . Keadilan dan kebenaran itu mesti ditegakkan dengan apa-apa cara sekalipun tanpa mengira bangsa, warna kulit, kepercayaan, pangkat, kedudukan, dan sebagainya.

2.    Tema
Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan.

3.    Persoalan
(a) Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela dirinya.
Namun begitu, demi keadilan, peguam bela telah disediakan. Bulat bin Leper ialah orang miskin. Dia telah menggunakan khidmat peguam bela untuk membela dirinya di mahkamah.

(b)            Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun.
Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan.

(c) Kehidupan golongan yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menegakkan keadilan dan kebenaran sama seperti kehidupan golongan biasa.
Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang biasa. Selain itu, hakim juga gemar akan colek kelubi dan pisang.

(d)            Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah.
Tertuduh II dikenakan denda supaya menjaga anak beruk yang baru lahir itu sehingga mencapai umur akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya.


(e) Isu bahasa Melayu di mahkamah.
Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih belum meluas lagi. Hakim sendiri masih bercakap dalam bahasa Melayu dengan bunyi Inggeris.
4.    Plot Binaan

4.1 Plot
(a) Permulaan — Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat bin Leper. Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur, 99 tahun di Taman Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku tidak bersalah. Peguam bela percuma dipanggil untuk membela Bulat bin Leper. Mereka diberi masa untuk berunding selama seminit.

(b) Perkembangan — Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itumeninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

(c) Klimaks —Tertuduh II (Akikino-komokotoko, ringkasnya Akinomoto) dipanggil masuk. Akinomoto mengangkat sumpah. Dia berbicara dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milli( kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam bahasa InggerisAkinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Setelah pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu, Tertuduh II dapat memahami kestuduhan tersebut. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Namun begitu, dia turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu semula kepada yang berhak dan mahu memelihara anaknya.
 (d) Peleraian — Setelah hakim mempertimbangkan kes tersebut dengan adil dan saksama, hakim niemerintahkan Akinomoto supaya memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya pula, dia perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh dan dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot
Contohnya,
(a) Dialog
HAKIM: Siapa nama kamu?
TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan.
(b) Pemerian.
PENDAKWA RAYA dan PEGAWAI MAHKAMAH berdiri. TUAN HAKIM masuk (dengan iringan muzik) lalu mengambil tempat. [

5.    Latar
5.1 Latar Tempat
(a) Mahkamah
 Tempat berlangsungnya sidang perbicaraan
(b) Taman Gagak Putih.
Tempat Bulat bin Leper makan sebiji pisang berangan dan tempat Mek Teh bin Jali berjoging.
( c ) Stor JKK Ulu Dungun
Tempat Tertuduh II mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia

5.2 Latar Masa
 (a) Waktu pagi
sidang perbicaraan itu dijalankan pada waktu pagi.
. (b) 20 Mac 1988
Tertuduh II telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun pada 20 Mac 1988
(c) Januari 1988
Tarikh Januari 1988 kematian Mek Teh bin Jali dan waktu Bulat bin Leper berada di Taman Gagak Putih.
(d) 1 minit
Hakim memberikan tempoh seminit kepada peguam bela dan Tertuduh I untuk berunding.
(e) 2 minit
Mahkamah mengambil masa untuk berehat selama dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh masa untuk pendakwa raya merujuk kamus.

5.3 Latar Masyarakat   
(a) Masyarakat intelektual.
Hakim, pendakwa raya, dan peguam bela merupakan masyarakat intelektual.
(b) Masyarakat yang hidup miskin
Tertuduh I merupakan masyarakat yang miskin kerana dia tiada wang untuk mengupah peguam bagi membela dirinya di mahkamah.
(c) Masyarakat yang baik hati.
Peguam bela bersungguh-sungguh mempertahankan Tertuduh I agar anak guamnya itu terlepas daripada pertuduhan yang dihadapinya.
(d) Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan.
Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu
(e) Masyarakat yang tetap pendirian
Bulat bin Leper dipaksa oleh pendakwa raya untuk mengaku bersalah tetapi dia tetap tidak mengaku bersalah.

6.    Watak dan Perwatakan

6.1 Hakim
(a)  Seorang golongan intelektual.
(b) seorang yang pandai bergurau.
(c)  Seorang yang menggunakan  bahasa Melayu tetapi dengan bunyi Inggeris.
(d) Seorang yang adil dan saksama.
(e)  Seroang yang menjalankan amanah dengan baik.


6.2 Pendakwa raya
(a) Golongan intelektual.
(b) Seorang yang tegas dengan hujahnya
(c) Seorang yang menjalankan tugasnya dengan bertanggungjawab
(d) Seorang yang terburu-buru ketika berhujah.

6.3 Peguam bela
 (a) Seorang yang tegas ketika menjalankan tugas.
(b) Seorang yang berfikiran rasional ketika menjalankan tugas.
(c) Seorang yang sanggup berkhidmat dengan percuma untuk orang-orang susah.
(d) Seorang yang  berkeyakinan ketika membicarakan hujah.
(e) Gemar menonton gusti.

6.4 Tertuduh I (Bulat bin Leper)
(a) Orang miskin.
(b) Seorang yang dituduh terlibat dengan kes kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh.
(c) Seorang yang berani berhadapan dengan hakim dan pendakwa raya.
(d) Seorang yang bertanggungjawab kerana membuang kulit pisang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.
e) Seorang yang tetap pendirian bahawa dirinya tidak bersalah.
(f) Seorang yang berbudi bahasa.

6.5 Tertuduh II (Akikino-komokotoko)
 (a) Dipanggil Akinomoto.
(b) Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.
(c) Seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi boleh memahaminya.
(d) Seorang yang prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.
(e) Seorang yang Dddapati bersalah dan dikenakan hukuman menjaga anak beruk sehingga akil baligh serta memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya

Gaya Bahasa
Contoh
(a) Pengarang menggunakan dialog pendek
PEGAWAI: Sudah, tuan.
• HAKIM: Kenapa lambat?

(b)                        Dialog panjang
HAKIM: Ya, peguam bela ini pelanggan kamu Bulat bin Leper, telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua secara tidak sengaja pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, di Taman Gagak Putih.
(c) Diksi
Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang berlaku di mahkamah
Kata-kata tersebut seperti hakim, pendakwa raya, peguam bela, penterjemah, Tertuduh I, Tertuduh II, kandang, bersumpah, tuduhan, mensabitkan, anak guam, kad kuning, dan sebagainya. (

(d)                        bahasa Inggeris
The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysians World
(e) Sinkope
HAKIM: Oh, itu tak jadi masalah kita ada peguam percuma.
(f)  Repetisi
PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya, Bulat bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Kalau Bulat tidak membuang


 
7.    Nilai dan Pengajaran
Nilai
Pengajaran
Contoh
( a) Keadilan.
Kita hendaklah adil dalam membuat keputusan.
Hakim membuat keputusan terhadap tertuduh dengan adil dan saksama
(b) Tanggungjawab
Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar
Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah.
(c) Ketegasan.
Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas
Hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh.
(d) Keyakinan
Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak menimbulkan keraguan.
Peguam bela begitu yakin ketika berhujah untuk menyelamatkan Tertuduh I daripada pertuduhan yang dihadapinya.  
( e ) Keprihatinan
Kita hendaklah prihatin terhadap keadaan haiwan yang berada di sekeliling kita.
Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk subsidi yang sedang hamil itu.