Selasa, 19 Mac 2024

MORFOLOGI: LATIHAN BM KERTAS 2 SPM KATA MAJMUK

 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan senaraikan 5 kata majmuk.

 

Di pinggir jalan raya yang sibuk, terdapat sebuah stesen kereta api yang menjadi titik hubung yang penting bagi pengangkutan antarabangsa. Stesen kereta api ini mempunayai reka bentuk yang modern dan menarik. Selain itu, persekitaran stesen kereta api yang kondusif ini telah menjadi tumpuan sama ada para pelancong mahupun pelajar.

Di seberang stesen kerata api tersebut, terdapat sebuah kedai alat tulis yang sering dikunjungi oleh pelajar dari pelbagai peringkat umur. Mereka datang untuk membeli keperluan sekolah, terutamanya ketika sesi persekolahan bermula. Kedai tersebut menyediakan pelbagai jenis alat tulis seperti  pensil dan pen serta peralatan sains seperi tabung uji,bikar dan sebagainya.  Ramai murid memberi alat tulis untuk mata pelajaran Sains dan Reka Bentuk. Kedai ini juga menjual peralatan dan pakaian sukan. Kedai ini juga mempunyai ramai kakitangan dan mereka mesra melayan pelanggan.


JAWAPAN:

1. kereta api

2.antarabangsa

3. reka bentuk

4. alat tulis

5. tabung uji

6. kakitangan