Soalan 1: Baca
petikan di bawah, kemudian tukarkan ayat
yang bergaris kepada ayat songsang.
Urus fenomena perubahan cuaca panas kurangkan kesan
El Nino
Mac 28, 2024 @ 9:54am
CUACA panas memberi kesan kepada tingkah laku manusia seperti mana dihuraikan oleh bapa Sosiologi Muslim iaitu Ibn
Khaldun di dalam buku beliau yang terkenal iaitu Muqaddimah. Menurutnya lokasi manusia tinggal akan mempengaruhi
budaya, nilai, pekerjaan, cara pakai dan pemakanan masyarakatnya.
Manusia di kawasan beriklim panas, tingkah
laku mereka akan lebih kasar berbanding yang tinggal di lokasi sejuk. Kenyataan
ini selaras dengan kajian oleh pengkaji terkini yang mendapati cuaca dan suasana panas akan meningkatkan
tingkah laku agresif.
Hari ini kita di Malaysia sedang mengalami fenomena El Nino. Walaupun ia sudah diingatkan namun tidak terjangka kepanasannya
akan seperti sekarang. Bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan
warga emas, mengharungi Ramadan dalam cuaca normal bukanlah mudah apatah lagi
dalam keadaan terik seperti sekarang.
Mengurus fenomena perubahan cuaca yang sangat memberi kesan
kepada manusia bukanlah perkara mudah. Hal
ini disebabkan ia bukan sahaja memberi kesan kepada tingkah laku manusia malah
seluruh ekosistem termasuk tanam-tanaman serta hasil laut dan seterusnya
membawa kepada isu lebih serius iaitu keterjaminan makanan.
1. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
2. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
3. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
4. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
5. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
Soalan 2: Berdasarkan berita dibawah, bina ayat tanya
dengan menggunakan kata tanya yang
betul. Kata tanya yang dibina hendaklah bersesuaian dengan dengan frasa yang bergaris.
Guru muda perlu tingkat penguasaan digital
Mac 26, 2024 @ 10:22am
DALAM menjayakan aspirasi
Dasar Pendidikan Digital (DPD), peranan pendidik terutama guru muda amat
signifikan. Ini kerana golongan
pendidik berusia 40 tahun ke bawah itu sering dikaitkan sebagai kelompok lebih
mudah menerima dan membuat perubahan kepada amalan pengajaran berbanding
guru senior.
Penekanan aspek pendidikan digital selaras
dengan Matlamat Pembangunan Lestari Ke-4 (SDG4), iaitu mendapat akses kepada pendidikan
berkualiti dan matlamat ke-10, iaitu mengurangkan ketidaksamaan.
Pada dasarnya, kita memerlukan sistem pendidikan lebih
komprehensif pada pelbagai peringkat dan lebih ramai profesional untuk menambah
baik pengalaman pengguna.
Tahap Kompetensi Digital Guru
diukur Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2021 mendapati hanya 6,442 daripada
297,018 guru atau 2.2 peratus sahaja berada pada tahap lanjutan.
Namun, guru muda perlu
memperkasa diri sebagai pendidik kompeten digital bagi mewujudkan iklim
pembelajaran bersesuaian dengan abad ke-21. Mereka perlu komited
menghasilkan kandungan digital berkualiti.
1. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
2. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
3. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
4. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
Soalan 3: Baca berita di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat
majmuk yang bergaris kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Literasi media mampu cegah penyebaran berita palsu
Mac 21, 2024 @ 10:46am
PENGGUNA media sosial semakin meningkat kebelakangan ini dengan
platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok antara yang paling popular
dalam kalangan rakyat Malaysia. Laporan Digital 2023 Global Overview Report
melalui kerjasama Melwater dan We Are Social, mendedahkan sebanyak 26.8 juta
penduduk Malaysia aktif di media sosial.
Peningkatan drastik penggunaan
media sosial, melahirkan golongan yang digelar sebagai pencipta kandungan
(content creator) atau pempengaruh (influencer). Mereka
datang daripada pelbagai latar belakang, termasuk pendidik, agamawan selain
selebriti atau golongan profesional.
Namun,
berapa ramai pempengaruh mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kandungan yang
dipaparkan di laman sosial mereka? Jadi, adalah
penting untuk pengguna menjadi lebih kritis dalam menilai kandungan dan
hantaran daripada seorang pempengaruh.
Penting
bagi pengguna untuk tidak hanya menerima begitu saja apa yang mereka lihat atau
dengar, sebaliknya perlu memeriksa kebenaran dan kredibiliti maklumat
berkenaan. Menerusi cara ini, pengguna dapat membantu mencegah penyebaran
berita palsu dan memastikan hanya mengikuti pempengaruh yang boleh dipercayai
serta bertanggungjawab terhadap kandungan media sosial mereka.
Selain itu, pengguna media sosial juga boleh menambah baik cara menggunakan media
sosial. Mereka perlu bersikap teliti dalam memilih pempengaruh
bertanggungjawab, sekali gus menjadikan kita pengguna media sosial yang
mempromosikan perdebatan atau perbincangan sihat lagi konstruktif.
1. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
2. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
3. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
4. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
5. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
6. ___________________________________________________________
___________________________________________________________