Selasa, 21 Mei 2024

LATIHAN: GARISI SUBJEK

 

Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian garisi subjek.

1.      Sekolah kecil di pinggiran desa pedalaman ini belum pernah lagi menerima seorang guru yang berbeza latar belakang budaya dan keturunan daripada kami.


2.      Dia muncul di sekolah kami tatkala kalangan kami masih belum memahami tentang berharganya dunia pendidikan.

 

3.      Sekolah kecil ini yang kekurangan kemudahan dan infrastruktur berbanding sekolah di bandar besar ini sangat berbangga saat wanita Tionghua itu melaporkan diri di hadapan pentadbir.

 

4.      Mutiara yang kemilaunya berkaca dari ufuk timur hingga jauh ke ufuk barat.

 

5.      Manusia berilmu akan menjadikan pemikiran sebagai landasan untuk mengharmonikan kehidupan.

 

6.      Kami kagum dengan perempuan cekal itu.

 

7.      Dunia moden memerlukan ramai pakar digital di bidang multimedia untuk meluaskan pautan akses dalam perlumbaan teknologi yang semakin canggih.

 

8.      Jika kamu masih terleka dan terbuai dengan imaginasi silam maka kamu akan tertinggal jauh.

 

9.      Suara wanita awal tiga puluhan di depan darjah membuatkan kami saling berpandangan sesama sendiri.

 

10.  Kami kurang arif dan masih terkeliru.

 

11.  Nama penuhnya Madam Mei Ling Wei.

 

12.  Pandangan mata Madam Mei Ling Wei tertancap ke arahku sebagai antara pelajar yang paling lemah dalam pelajaran di kelas terakhir ini.

 

13.  Aku terdiam. Perasaan malu menebal dalam hati sebaik namaku disebut. Semua pelajar lain mula berpaling ke arahku.

 

14.  Mulai hari ini, cikgu akan cuba menukarkan kamu daripada pelajar bermasalah kepada pelajar yang cekap dalam akses digital.

 

15.  Cikgu mahu kamu menjadi seorang pelajar yang memiliki kepakaran dan kreatif dalam dunia e- pembelajaran. Cikgu yakin kamu ada potensi untuk maju dan berjaya.

 KLIK JAWAPAN

(Nazri Hussein, 2023. Memoir Seorang Guru. Cerpen BH Ahad)