SOALAN
1:Kenal
pasti dan tentukan pola ayat sama ada FN+FN,
FN+FK, FN+ FS dan FN+ FA.
1.
Kementerian Perpaduan Negara terus memperkasakan usaha memartabatkan bahasa kolokial
atau bahasa setempat terutama di Melaka.
_______________________________________________
2.
Bahasa mampu menjadi medium ampuh sebagai ejen perpaduan kaum sekali gus memperkukuhkan
semangat cintakan sejarah, budaya dan patriotisme dalam kalangan Masyarakat.
_______________________________________________
3.
Sebanyak 150 peserta terdiri daripada penggiat seni sastera dan budaya,
pengkaji bahasa, agensi swasta serta penuntut institut pengajian tinggi
menyertai siri jelajah akhir program Bicara Bahasa Kolokial Melaka anjuran
Arkib Negara tahun ini.
_______________________________________________
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Dr Nazra
Aliff Nazri,Bahasa Kolokial Identiti Unik, Perlu Diperkasakan, 1 Oktober
2024,Berita Harian
4.
Malaysia negara terbentuk hasil gabungan 13 negeri dan satu wilayah sejak 1965.
_______________________________________________
5.
Kita perlu menyedari negeri dan wilayah dalam negara berada dalam keadaan
berbeza sama ada jumlah penduduk, keluasan dan sumber.
_______________________________________________
6.
Malaysia negara mengamalkan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dengan
doktrin pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman
_______________________________________________
7.
Malaysia adalah negara mengamalkan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dengan
doktrin pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman
_______________________________________________
Sumber:
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
Dr Nazra Aliff Nazri Dr Muhamad Saifulbakri Yusoof ,21 September 2024 ,Hormati
Konsep Persekutuan Payung Berteduh Seluruh Rakyat, Berita Harian
8.
Mahasiswa perlu pintar menguruskan masa dengan bijak.
_______________________________________________
9.
Jadual pengajaran dan pembelajaran lebih fleksibel pada peringkat pengajian
tinggi berbanding di sekolah.
_______________________________________________
10.
Pusat pembelajaran dan kemudahan teknologi adalah antara sumber boleh membantu mahasiswa
dalam pembelajaran.
_______________________________________________
11.
Kemahiran komunikasi yang baik ialah kunci untuk berjaya dalam semua aspek ini.
_______________________________________________
12.
Mahasiswa jangan takut untuk mencuba perkara baharu dan belajar daripada
kesilapan.
_______________________________________________
13.
Pelajar tahun pertama ke kelas tidak boleh membawa kenderaan.
_______________________________________________
14.
Pelajar dari kawasan bandar atau luar bandar perlu berasimilasi dengan budaya
universiti.
_______________________________________________
15.
Pembentangan dalam kelas untuk membina keyakinan pelajar di kampus.
_______________________________________________
16.
Pengurusan kewangan, jadual dan tekanan dalam kalangan pelajar hendaklah
diuruskan dengar teratur dan sistematik.
_______________________________________________
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Dr Nazra
Aliff Nazri , Oktober 2024 ,Mahasiswa Kena Persiap Diri Hadapi Cabaran Di IPT,
Berita Harian
Soalan
2: Bedasarkan frasa yang bergaris, bina ayat tanya.
Penuntut
tidak boleh mengabaikan masa rehat dan aktiviti rekreasi kerana (1)
pengurusan masa yang baik membantu mengelakkan tekanan serta memastikan diri
dapat mengekalkan keseimbangan antara akademik dan kehidupan peribadi.
Kedua, manfaatkan segala sumber dan teknologi yang ada di IPT. (2)Perpustakaan
antara sumber yang boleh membantu mahasiswa mendapatkan maklumat. Justeru, (3) jangan
ragu untuk meminta bantuan pensyarah atau rakan sekelas jika terdapat
kesukaran memahami sesuatu topik. Selain itu, (4) sertailah kelab atau
persatuan berkaitan dengan minat akan membantu mahasiswa mengembangkan
kemahiran sosial yang berguna pada masa hadapan.
Sumber:
Dipetik dan diubah suai daripada Dr Nazra Aliff Nazri , Oktober 2024 ,
Mahasiswa Kena Persiap Diri Hadapi Cabaran Di IPT, Berita Harian
Soalan
3: Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
1.
Kerajaan juga harus melihat semula Akta Makanan 1983 bagi menilai sama ada
terdapat
kelemahan
atau wujud perkara perlu ditangani.
________________________________________________________
________________________________________________________
2.
Sesetengah peruncit dan kedai makanan mengambil jalan pintas hingga mengabaikan
peraturan
keselamatan.
________________________________________________________
________________________________________________________
3.
Kita perlu mengikuti prosedur pengendalian makanan betul seperti mencuci tangan
sebelum
dan selepas mengendalikan makanan, mengasingkan makanan mentah dan
masak
.
________________________________________________________
________________________________________________________
4.
Kita kerap tidak menyemak tarikh luput pada produk makanan sebelum membeli atau
memakannya.
________________________________________________________
________________________________________________________
5.
Kita boleh mengurangkan risiko berkaitan makanan tercemar dan melindungi diri
serta
keluarga
kita daripada potensi bahaya kesihatan.
________________________________________________________________________________________________________________
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Tan Sri Lee
Lam Thye ,26 Julai 2024 , Utamakan
Keselamatan Makanan Elak Risiko Keracunan, Berita Harian
Soalan 4: Tukarkan ayat
penyata kepada ayat songsang.
1. Platform media sosial
menjadi sumber utama maklumat jutaan orang Pada era digital hari ini.
________________________________________________________________________________________________________________
2. Maklumat palsu
mengenai penawar dan vaksin menyebabkan tingkah laku berbahaya dan meningkatkan
kebimbangan awam ketika pandemik COVID-19.
________________________________________________________________________________________________________________
3. Antara sebab utama
maklumat salah tersebar dengan mudah di media sosial adalah
algoritma mengutamakan
kandungan sensasi berbanding ketepatan fakta.
________________________________________________________________________________________________________________
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada, , Pemikiran
Kritis Tapis Maklumat Di Media Sosial, 06 September 2024, Berita Harian