Soalan: Tukar ayat
biasa kepada ayat songsang.
1.
Sebuah syarikat di United Kingdom (UK)
kehilangan AS$243,000 pada tahun 2019.
2.
Insiden itu menarik perhatian kerana kes pertama penipuan menggunakan audio dihasilkan AI.
3.
Teknologi AI juga menular ke bidang
politik.
4.
Penipu menggunakan panggilan telefon
palsu melalui teknologi AI
5.
Penipu meniru suara Presiden Joe Biden
meminta pengundi di New Hampshire supaya tidak mengundi.
6.
AI dapat menjana identiti digital palsu,
laman web tiruan, chatbot dan deepfake untuk memperdayakan mangsa.
7.
Dunia berdepan dengan penipuan menggunakan
teknologi AI yang lebih parah dan membimbangkan.
8.
Malaysia masih tidak mempunyai
undang-undang khusus yang mengawal dan mentadbir urus isu AI.
9.
Garis Panduan Tatakelola dan Etika
AI menekankan kepada keadilan, kebolehpercayaan, privasi,
kebertanggungjawaban dan faedah kepada manusia.
10.
Malaysia tidak boleh terlambat atau
berlengah-lengah untuk mewujudkan undang-undang khusus dan tegas bagi mengawal
kandungan AI.
Sumber: Johari Ibrahim. (2025, April 27). Perangkap
AI Cetus Kekacauan di Sebalik Kehebatan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2025/04/1389303/perangkap-ai-cetus-kekacauan-di-sebalik-kehebatan