ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN:
1)Nilai kerjasama
Pengajaran: Kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu.
Contoh: Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail.
2)Nilai hormat-menghormati
Pengajaran : Kita hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam organisasi.
Contoh:Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh sentiasa menghoormati Datuk Bahaman sebagai ketua mereka.
3)Nilai keberanian
Pengajaran: Kita haruslah berani menempuh cabaran dan halangan dalam kehidupan.
Contoh: Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya.
4) Nilai cinta akan negara
Pengajaran: Kita mestilah berjuang mempertahankan tanah air kita daripada dijajah.
Contoh: Datuk Bahaman menyeru rakyatnya supaya mempertahankan tanah air mereka.
5) Nilai patuh akan ajaran agama.
Pengajaran: Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama.
Contoh:Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada tuhan supaya diberi pertolongan.
adstera iklan 1
Label
ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA
(17)
ANTOLOGI BINTANG HATI
(12)
ANTOLOGI SEJADAH RINDU
(11)
KERTAS SPM 1
(11)
LBMA
(1)
NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN
(14)
NOVEL HEMPASAN OMBAK
(5)
NOVEL SILIR DAKSINA
(7)
PKP
(1)
RA
(1)
SINTAKSIS
(19)
TINGKATAN 1
(1)
TINGKATAN 2
(2)
TINGKATAN 5
(2)
TUTORIAL
(15)
Isnin, 25 Januari 2016
NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN : LATAR
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
LATAR DARAH TITIK DI SEMANTAN:
a) Latar Masa
1) Hari Jumaat
Contoh: Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari jumaat.
2) Pada waktu pagi
Contoh: Zahid memikirkan untuk mendalamkan kubu pada pagi itu.
3)Pada waktu tengah hari
Contoh: Zahid,Samad, Awang Muhammad makan nasi dengan lauk ikan kelah bakar.
4)Selepas waktu maghrib
Contoh: Zahid dan kawan-kawan membaca surah yassin selepas selesai solat maghrib.
5)Musim ikan temberlian bertelur
Contoh: Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan kerana waktu itu merupakan musim ikam tembelian bertelur.
6) Zaman pemerintahan Inggeris
Contoh: Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu,negeri mereka telah diambil oleh Inggeris.
b) Latar Tempat
1) Lubuk Terua
Contoh: Zahid dan kawan-kawan berjalan ke masjid yang terletak di Lubuk Terua.
2)Lubuk Sengarat
Contoh: Zahid dan kawan-kawannya akan menggali kubu di Lubuk Sengarat.
3)Johor
Contoh: Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar Pahang menghadap Sultan Johor.
4)Rumah Pasung Temerloh
Contoh: Mata-mata Inggeris meletakkan mayat Pak Uda Ismail di rumah pasung.
5)Kubu
Contoh: Sebuah kubu dibina oleh Zahid dan kawan-kawannya untuk menentang Inggeris.
c) Latar Masyarakat
1) Masyarakat golongan penjajah Inggeris
Contoh: Masyarakat penjajah Inggeris yang berkuasa di Pahang,seperti Rodger,Clifford dan Syres.
2) Masyarakat mata-mata Inggeris dari India dan Benggala.
Contoh: Pihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari India dan Benggala untuk menakut-nakutkan rakyat tempatan supaya tidak menentang Inggeris.
3)Masyarakat yang menentang penjajah Inggeris
Contoh: Mat Lela menentang penjajah Inggeris.
4) Masyarakat yang mementingkan agama
Contoh: Penduduk Lubuk Terua mementingkan soal agama.
5) Masyarakat yang mengenang jasa
Contoh: Datuk Bahaman mengenang jasa Pak Long Abas
NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN : GAYA BAHASA
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
GAYA BAHASADARAH TITIK DI SEMANTAN:
1) Diksi
a) Bahasa istana
Contoh: Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan dan bersemayam di sana.
b) Bahasa klasik
Contoh: Datuk Bahaman berhenti kira-kira 5 hasta dari pintu pagar rumah pasung itu.
2) Simile
Contoh: Bahagian tengah pisang itu hancur seperti kena tikam.
3)Personifikasi
Contoh: Matahari memancar dengan gagahnya di kaki langit timur.
4)Peribahasa
Contoh: Biarlah, Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
5)Sinkope
Contoh: Tak guna kita tunggu di sini.
6)Metafora
Contoh: Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah.
7)Inversi (ayat songsang)
Contoh: Selepas sembahyang subuh dan sarapan, aku bersalin pakaian.

NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN :TEKNIK PLOT
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
TEKNIK PLOT DARAH TITIK DI SEMANTAN:
1) Teknik pemerian.
>gerak laku Datuk Bahaman selepas sembahyang dan berdoa,
>Contoh: Selepas solat, Datuk Bahaman melangkah ke ruangan mimbar merenung wajah jemaah yang belum pulang.
2)Teknik dialog.
>Dialog Mat Kilau dan Datuk Bahaman
Contoh: "Tapi saya fikir,patut juga Clifford tidak menjemput Datuk ke mesyuarat itu". Kata Mat Kilau kepada Datuk Bahaman.
3)Teknik imbas kembali.
>Semasa berjalan ke masjid Lubuk Terua bersama dengan Samad, Rahmad dan Awang Muhammad, Zahid terkenang akan Datuk Bahaman yang telah berubah sikap.
4)Teknik imbas muka.
> Awak Muhammad memikirkan gerakan yang akan dilakukan Zahid dan Rahmad semasa ketiadaan Rahman.
5)Teknik monolog dalaman.
> Zahid teringat kata-kata Pak Long Abas bahawa dia ternampak perahu pihak Inggeris membawa mata-mata dan papan serta nipah.
6)Teknik kejutan.
> Imam Perang Weh menyerah diri selepas kecewa dengan Datuk Bahaman.
7)Teknik saspens.
>Peristiwa yang berlaku dimana Zahid dan rakan-rakan terdengar suara jeritan meminta tolong.
NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN: PLOT
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM.
PLOT DARAH TITIK DI SEMANTAN:
1)Pengenalan
Pembaca diperkenalkan dengan tempat Lubuk Terua, Sungai Semantan.Selain itu,pembaca juga diperkenalakan dengan watak seperti Zahid,Rahman,Samad dan Awang Muhammad.Permulaan cerita digambarkan watak Datuk Bahaman sebagai orang kaya Semantan dan Mat Lela sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris.
2)Perkembangan
Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua menentang penjajah dan membuat persediaan untuk berperang dengan membuat latihan. Zahid dan rakan-rakannya telah membantu membina kubu di Pangkat Merbau Berdarah di tepi Lubuk Meruah.
3)Perumitan
Inggeris sudah mula bertapak di Lubuk Terua.Mata-mata Inggeris telah membina rumah pasung di tepi tebing manakala Zahid dan rakan-rakan membina kubu serta menyediakan bambu runcing untuk menyerang Inggeris. Pada masa yang sama, Datuk Bahaman ke Johor untuk berunding dengan Gabenur Singapura. Kak Minah hampir dirogol oleh dua orang pemuda tempatan yang menjadi mata-mata Inggeris.Lajis dan Pak Uda mendirikan bengkel membuat senjata. Datuk Bahaman meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak Inggeris telah bermesyuarat dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar bagi menyerang Datuk Bahaman dan penduduk Semantan.
4)Puncak/Klimaks
Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengishtiharkan bahawa Datuk Bahaman sebagai penderhaka kerana dipaksa oleh Hugh Clifford. Gelaran dan pangkat yang dikurniakan sultan kepada Datuk Bahaman telah ditarik semula. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap oleh Inggeris tetapi berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman.Kemudian, Pak Uda Ismail telah dibunuh oleh Inggeris. Datuk Bahaman menjelaskan bahawa Inggeris,mata-mataInggeris dan askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali akan mudik ke Semantan.Tuk Selampit menjadi marah kerana Datuk Bahaman melarang Tuk Selampit menyumpit mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan. Askar-askar sultan mungkir janji dimana mereka tidak menembak ke udara dan sebaliknya telah menembak Mat Lela,Awang Muhammad dan pengikut Datuk Bahaman.Datuk Panglima Raja meminta Datuk Bahaman membalas serangan pihak Inggeris tetapi Datuk Bahaman tetap berpegang pada janjinya. Akibat terlalu marah terhadap tindakan Datuk Bahaman, Tuk Muda Bidin dan Imam Perah Weh telah menyerah diri dan akhirnya mereka dibunuh oleh ketua askar sultan.
5)Peleraian
Ramai perajurit Semantan telah gugur dan mereka telah berundur ke Darat Kelubi. Pihak Inggeris dan askar-askar sultan sangat gembira. Mat Kilau membawa surat bahawa penduduk Semantan telah mendapat pengampunan sultan kecuali Datuk Bahaman. Penduduk kampung Semantan telah pulang ke rumah masing-masing selepas Datuk Bahaman mengarahkan Pak Cik Hassan Tahmid menghebahkan berita tersebut. Zahid dan Samad telah pulang ke Lubuk Terua. Rahmad pula tinggal bersama Datuk Bahaman di Darat Kelubi. Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan terus ke Kelantan atau Terengganu. Tuk Raja kurang berminat untuk menentang penjajah. Mata-mata Inggeris dan askar sultan yang diketuai Wise datang mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua tetapi tidak dijumpai. Rumah penduduk tempatan dibakar dan terdapat penduduk yang mati ditembak. Khabarnya,Datuk Bahaman telah kembali semula di Lubuk Terua lalu membunuh mata-mata Inggeris. Selepas peristiwa itu, Zahid tidak berjumpa dengan Datuk Bahaman lagi.

Ahad, 24 Januari 2016
NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN: WATAK DAN PERWATAKAN
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
WATAK DAN PERWATAKAN DARAH TITIK DI SEMANTAN:
*Zahid
>watak utama dalam novel ini.
>seorang yang pandai menentang musuh.
Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris.
>seorang yang patuh kepada ajaran agama.
Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah.
>seorang yang berani.
Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak Minah.
>seorang yang mementingkan semangat setia kawan.
Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.
>seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.
Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di atas tilam.
*Datuk Bahaman
>orang kaya Semantan
>mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
>pembesar negeri.
>seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.
Contoh: Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu.
>seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.
Contoh: Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air mata apabila gelaran dan pangkat telah di tarik semula oleh Sultan. Namun, perjuangan menentang pihak Inggeris tetap diteruskan.
>seorang yang berani.
Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-kampung di Semantan. Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun seorang diri.
>seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.
Contoh: Semasa di Johor,Datuk Bahaman telah menolak tawaran Gabenur Singapura untuk memberikan 500 sebulan supaya berhenti menentang pihak Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih berjuang bersama rakyat.
>seorang yang berpegang pada janji.
Contoh:Datuk Bahaman akan berpegang pada janji walaupun terpaksa hidup menderita dan anaknya mati.
*Samad
>Rakan kepada Zahid,Rahman dan Awang Muhammad.
>Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.
>seorang yang berani.
Contoh:Samad mengingatkan rakan-rakanyan dimana mereka haruslah berani dalam perjuangan pada setiap masa.
>seorang yang pandai menyimpan rahsia.
Contoh: Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang sebenar.
>seorang yang bijaksana mengatur strategi.
Contoh: Samad telah melarang rakan-rakanya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk mengintip musuh.
>seorang yang mempunyai semangat kerjasama
Contoh: Samad dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu.
*Mat Lela
>Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun.
>Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad
>Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan
>seorang yang berfikiran terbuka
Contoh: Mat Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus menggunakan strategi dan akal fikiran.
>seorang yang berterus-terang.
Contoh: Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan dan berpendapat sebaliknya itu sebagai muslihat.
*Lajis
>guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.
>Baru berkahwin dengan Kak Minah.
>Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di Kuala Semantan.
>seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat dengan Pak Uda untuk membina bengkel membuat senjata.
>seorang yang taat pada perintah agama.

NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN: PERSOALAN
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
4)Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.
>Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya mendapat bantuan dan keberkatan.
5) Kepentingan mendengar arahan ketua.
>Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada sultan.
PERSOALAN NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN:
1) Kerjasama dalam menghadapi penjajah.
>Zahid berkerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris.
>Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua.
2) Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.
>Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris.
>Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan.
3)Kesetiaan kepada negara.
>Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah air daripada penjajah.4)Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.
>Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya mendapat bantuan dan keberkatan.
5) Kepentingan mendengar arahan ketua.
>Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada sultan.
NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN: TEMA
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
TEMA NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN:
Semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air.
Contoh:
Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menentang pihak Inggeris kerana mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas penduduk tempatan.
NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN: SINOPSIS UMUM
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
Sinopsis Umum:
Sinopsis Umum:
Novel
Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa
dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua,
Semantan. Datuk Bahaman merupakan salah
seorang daripada Orang Besar Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua. Datuk
Bahaman berasa tidak puas hati apabila pihak Inggeris telah mencabuli
perjanjian yang telah dibuat dan ditambah lagi apabila E.A Wise membina sebuah
rumah pasung di Lubuk Tertua tanpa berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk
Lubuk Tertua berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris yang bertapak di
Lubuk Terua.
Hugh
Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita
berkenaan penentangan penduduk tempatan dan Datuk Bahaman yang telah
disampaikan oleh Syes, Owen dan Rodger.
Hugh Clifford telah mendesak Sultan Pahang supaya melucutkan pangkat dan
taraf Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan. Sultan Pahang tidak bersetuju
tetapi terpaksa akur dengan kehendak Clifford.
Orang
kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long Abas telah
ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran. Hal ini telah
membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian Pak Uda yang
telah mati dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan
pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai
Semantan. Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak
Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh.
Selain itu, rumah Pasung di Lubuk Terua
juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam
Perang Weh.
Datuk
Bahaman dan pengikutnya membuat perancanganuntuk menyerang Inggeris di Bentung.
Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh diarahkan mengepung pusat kawalan dekat
lombong Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, Mat Lela serta
Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh mengambil mayat Pak Uda Ismail.
Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk Bahaman juga meneruskan
rancangan dengan menyerang rumah pasung itu. Semua senapang dan peluru telah
diambil.
Ekoran
kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang diketuai oleh
Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang
askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Datuk Bahaman menolak untuk
berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya berperang sesame bangsa
sendiri. Walaubagaimanapun, Datuk
Bahaman telah menyedari dimana perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada
seorang askar sultan. Oleh itu, Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah
menyumpit perahu yang dinaiki Desborough. Hal ini telah menyebabkan Desborough
dan mata-mata pihak Inggeris yang lain mengemudi perahunya ke hilir Batu Hampar semula.
Datuk
Bahaman dan Tuk Selampit melihat Rodger berjalan dengan Sultan dan Tengku Ali
semasa di Batu Hampar. Tuk Selampit ingin menyumpit orang Inggeris dan
mata-mata Sikh namun telah dihalang Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh
runcing itu tersasar ke Sultan. Tuk Selampit marah dan meninggalkan mereka.
Selepas
menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa baginda menyokong perjuangan
mereka namun baginda dalam keadaan tersepit. Baginda juga berjanji untuk
memaafkan dan memulangkan semula pangkat serta kuasa kepada Datuk Bahaman.
Selain itu, mereka juga boleh pulang ke kampung selepas mendapat pengampunan
sultan dan bebas daripada ancaman pihak Inggeris. Walau bagaimanapun, Mat Lela
masih ragu-ragu dengan dengan perjanjian sultan.
Zahid
ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Zahid berasa
kecewa kerana Datuk Bahaman hanya mengarahkan untuk menembak ke udara. Zahid
melihat Mat Lela dan Awang Muhammad rebah ditembak semasa ingin berlari ke
kubu. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima Raja hendak
mengamuk kepada askar-askar sultan manakala Datuk Bahaman masih berpegang
janji. Datuk Panglima Raja menembak ke arah
askar sultan dan akhirnya beliau juga tewas terkena tembakan.Imam Perang Weh
dan Tuk Muda Bidin telah menyerah diri. Ketua askar sultan telah menikan Imam
Perang Weh dan Tuk Muda Bidin. Peperangan kali ini berpihak kepada askar-askar
sultan.
Mat
Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan penduduk
Semantan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang Semantan
mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman
bahawa sultan mempunyai perancangan yang lain manakala Lajis pula memberitahu
penduduk Semantan bahawa peperangan belum tamat. Penduduk Semantan bersatu
semula apabila mengetahui Datuk Bahaman sedang menawanLubuk Terua semula.
Menurut
Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk
Gajah akan berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangan itu gagal. Tuk Raja
tidak berminat untuk menyerang pihak Inggeris. Askar-askar sultan dan pihak
Inggeris yang diketuai Wise mencari Datuk Bahaman. Mereka telah membakar
rumah-rumah orang kampung. Datuk Bahaman
telah berundur semula ke Lubuk Terua selepas mendengar berita tersebut. Datuk
Bahaman telah membunuh ramai mata-mata Inggeris akibat daripada kejadian itu.
Kemudian, Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas berita
itu, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)