Ahad, 24 Januari 2016

NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN: PERSOALAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

PERSOALAN NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN:

1) Kerjasama dalam menghadapi penjajah.
>Zahid berkerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris.
>Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua.

2) Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.
>Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris.
>Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan.

3)Kesetiaan kepada negara.
>Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah air daripada penjajah.

4)Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.
>Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya mendapat bantuan dan keberkatan.

5) Kepentingan mendengar arahan ketua.
>Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada sultan.