Isnin, 25 Januari 2016

NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN: NILAI DAN PENGAJARAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN:

1)Nilai kerjasama
Pengajaran: Kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu.
Contoh: Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail.

2)Nilai hormat-menghormati
Pengajaran : Kita hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam organisasi.
Contoh:Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh sentiasa menghoormati Datuk Bahaman sebagai ketua mereka.

3)Nilai keberanian
Pengajaran: Kita haruslah berani menempuh cabaran dan halangan dalam kehidupan.
Contoh: Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya.

4) Nilai  cinta akan negara 
Pengajaran: Kita mestilah berjuang mempertahankan tanah air kita daripada dijajah.
Contoh: Datuk Bahaman menyeru rakyatnya supaya mempertahankan tanah air mereka.

5) Nilai patuh akan ajaran agama.
Pengajaran: Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama.
Contoh:Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada tuhan supaya diberi pertolongan.