Prosa
Tradisional : Pelanduk Mengajar Memerang
1. Sinopsis
Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap seperti manusia.
Manakala, Nabi Sulaiman pula mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri
daripada seorang manusia, seekor jin bernama Afrit, seekor unggas, seekor
landak, dan seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang paling
bijak diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk yang digelar sebagai
Syah Alam di Rimba ialah yang paling terkenal.
Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau kawasan pemerintahannya dan
menemui lubang tempat tinggal memerang. Anak-anak memerang yang sebanyak tujuh
ekor sedang bermain-main di sekitar lubang tersebut. Syah Alam di Rimba
menghampiri mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak memerang itu
memberitahu Syah Alam di Rimba bahawa ibu bapanya pergi mencari ikan untuk
dijadikan makanan mereka.
Syah Alam di Rimba berasa
runsing(risau) kerana ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman bahawa
memerang menganiaya mereka. Pada waktu itu, ditakdirkan Allah burung berbunyi
dengan bersahut-sahutan dan Syah Alam di Rimba lalu berpencak silat menyerang anak-anak memerang. Anak-anak memerang
itu mengalami kecederaan parah, lalu mati kesemuanya.
Setelah hari menjelang petang,
pasangan suami isteri memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah
mati. Hanya bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba sahaja yang ditemukan di
sekitar kawasan itu. Ibu memerang menangis kerana terlalu sedih. Pada malam
itu, pasangan memerang itu berbincang untuk bertemu dengan Nabi Sulaiman pada
keesokan harinya bagi memaklumkan perkara tersebut.
Keesokan harinya selepas
makan, pasangan memerang itu pun pergi untuk berjumpa dengan Nabi Sulaiman.
Ketika itu, baginda sedang bersemayam
di atas takhta di hadapan sekalian menteri, hulubalang rakyatnya yang tidak
terkira bilangannya. Mereka datang dengan menerima pelbagai aduan untuk
diselesaikan oleh baginda Nabi Sulaiman.
Apabila tiba gilirannya, pasangan memerang itu pun beri ampun sembah dan
menceritakan perihal diri mereka yang dianiaya Perdana Menteri Syah Alam di
Rimba. Anak-anak mereka telah di bunuh oleh Syah Alam di Rimba semasa mereka
berdua keluar mencari makan. Setelah mendengar aduan itu, Nabi Sulaiman
termenung seketika berasa hairan dengan
perbuatan Syah Alam di Rimba itu. Baginda memerintahkan supaya unggas belatuk
memanggil Syah Alam di lalu perintah itu disampaikan dengan segera.
Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanyakan
kebenaran aduan pasangan memerang itu serta sebab berbuat demikian. Syah Alam
di Rimba segera memohon ampun kepada Nabi Sulaiman dan menceritakan hal yang
sebenar. Ketika dia berjumpa dengan anak-anak memerang itu, dia terdengar Sang
Bubut bersiul dengan bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat.
Dia menyangka bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan musuh lalu membuka
silat dan tanpa sedar dia telah mencederakan anak-anak memerang.
Selepas mendengar penjelasan Syah Alam di Rimba, Nabi Sulaiman
memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang Bubut . Apabila Sang Bubut
datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Bubut memalu gendang perang tanpa
menunggu perintah baginda terlebih dahulu. Sang Bubut memberi alasan bahawa dia
ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan membawa pedang yang telah tercabut.
Dia menyangka bahawa ada musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu Bubut
memalu gendang dengan sekuat hatinya supaya dapat didengar oleh para
hulubalang.
Kemudian, Nabi Sulaiman
memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang Biawak. Apabila Sang Biawak
datang, baginda bertanya kebenaran dakwaan Sang Bubut. Jika benar, baginda
ingin tahu akan Sang Biawak membawa
pedang tanpa sarung. Sang Biawak menyatakan bahawa dia membawa pedang tanpa
sarung kerana dia terlihat Labi-labi membawa perisai. Pada sangkaannya, ada
musuh yang hendak menyerang baginda.
Setelah
itu, Sang Labi-labi pula dititahkan untuk menghadap Nabi Sulaiman. Perkara itu
ditanyakan pula kepada Sang Labi-labi. Sang Labi-ilabi mendakwa bahawa dia
berbuat demikian setelah melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Dia juga
menyangka bahawa ada musuh besar yang datang menyerang. Maka, Sang Udang pun
dipanggil supaya datang menghadap baginda. Setelah ditanya, Sang Udang memberi alasan
bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan
dengan masalah yang besar. Dia menyangka bahawa masalah itu berkaitan dengan
musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman menitahkan pula unggas belatuk memanggil
Sang Sebarau. Belatuk menemui Sang Sebarau di tengah jalan yang kebetulan mahu
berjumpa dengan Nabi Sulaiman juga. Setelah Sang Sebarau datang menghadap,
baginda bertanyakan sebab Sang Sebarau berikat pinggang ;sehingga melengkung
seperti orang dalam kesusahan. Sang Sebarau mengangkat sembah, lalu menyatakan bahawa dia memang mahu berjumpa
dengan baginda bagi mengadukan hal dirinya.
Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah
menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga serta kaum kerabatnya sehingga
yang tinggal hanyalah dirinya seekor saja. Sang Sebarau berasa sangat sedih
dengan keadaannya itu dan memohon agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan
menjatuhkan hukuman kepada Sang Memerang.
Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau
itu, baginda berasa sangat murka terhadap Sang Memerang suami isteri. Sang
Memerang memohon ampun dan mengakui akan kesalahan mereka itu. Nabi Sulaiman
menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi menebus
nyawa anak-anak dan kaum keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang
Memerang.
1. Tema
Balasan terhadap golongan yang
menganiayai golongan lain.
Hal ini digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak-anak
Sang Sebarau. Sebagai balasannya, dengan takdir Allah Subhanahuwataala, an anak
Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba ketika
Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan gendang perang yang
dilakukan oleh Sang Bubut.
2. Persoalan
(a)
Sikap tamak yang mahu
mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak
lain.
Contohnya, Sang Memerang telah
makan semua anak Sang Sebarau sehingga hanya Sang Sebarau yang tinggal dalam
keadaan bersusah hati.
(b)
Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang
berkuasa.
Contohnya, Sang Memerang
membuat pengaduan kepada pihak yang berkuasa, iaitu Nabi Allah Sulaiman tentang
peristiwa kematian anak-anaknya disebabkan perbuatan Syah Alam di Rimba.
(c)
Pengadilan memerlukan saksi.
Contohnya, Nabi Allah Sulaiman
memanggil semua rakyat yang terlibat dengan hal yang menyebabkan kematian
anak-anak Sang Memerang.
(d)
Kebijaksanaan untuk menyelesaikan
masalah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba
bijak mencari jalan penyelesaian untuk memberikan kesedaran kepada Sang
Memerang.
(e)
Bercakap benar di hadapan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut,
Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di
hadapan Nabi Allah Sulaiman.
(f) Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan
pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba,
Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang bersedia dengan tugas
masing-masing apabila merasakan Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.
3. Plot
3.1 PERMULAAN
Syah Alam di Rimba bertemu dengan
anak-anak memerang. Kemudian, dia terdengar bunyi paluan gendang perang lalu
membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang terbunuh. Ibu bapa memerang pulang
dan mendapati anak-anak mereka sudah mati.
3.2 PERKEMBANGAN
Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian
anak-anak mereka akibat perbuatan Syah Alam di Rimba. Baginda memanggil Menteri
Syah Alam di Rimba untuk mendapatkan penjelasan. Selepas itu, baginda memanggil
Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau untuk
mencari punca yang sebenarnya.
3.3 KLIMAKS
Sang Sebarau menceritakan
perbuatan jahat pasangan memerang terhadap kaum keluarganya. Nabi Sulaiman
berasa sangat murka terhadap Sang Memerang.
3.4 PELERAIAN
Sang Memerang memohon maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Akhirnya,
Nabi Sulaiman memberi kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.
4. Teknik Plot
(a)Dialog.
Contohnya, • "Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa
kamu?" [hlm. 35] • "Hai Syah Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman
memanggil segera ke balai penghadapan." [hlm. 38] •
(b)Monolog dalaman.
Contohnya, • Fikir Syah Alam di Rimba, "Itulah akan memerang ini,
selalu saja ia membuat aniaya atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku
mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku
perbuat pakatan pula dengan dia." [hlm. 36]
(c) Pemerian.
Contohnya, • Sebermula adalah
suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak buah di dalam
pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang ternpat memerang, ada anaknya
tujuh ekor. [hlm. 35]
5. Latar
5.1 Latar Ternpat
(a)
Hutan rimba.
Tempat Syah Alam di Rimba
memerintah dan membuat lawatan ke kawasan wilayah pemerintahannya.
(b)
Lubang.
Tempat tinggal mak, bapa, dan
anak-anak memerang.
(c)
Kota istana.
Singgahsana Nabi Allah
Sulaiman di kota istana.
(d)
Lubuk.
Tempat tinggal Sang Sebarau
dan anak-anak Sang Sebarau di dalam lubuk.
6.2 Latar Masa
(a) Pada zaman dahulu.
Contohnya, zaman pemerintahan
Nabi Allah Sulaiman adalah pada zaman dahulu.
(b) Siang.
Contohnya, mak dan bapa
memerang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.
(c) Petang.
Contohnya, mak dan bapa
memerang pulang ke lubang pada waktu petang.
(d) Malam.
Contohnya, mak dan bapa
memerang melakukan perbincangan serta membuat keputusan untuk berjumpa dengan
Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam.
6.3 Latar Masyarakat
(a) Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
Contohnya, Syah Alam di Rimba,
Sang Memerang, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang
Sebarau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
(b) Masyarakat yang mementingkan
diri sendiri.
Contohnya, Sang Memerang
begitu tamak ketika menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan
nasib yang menimpa ikan-ikan tersebut.
c) Masyarakat yang berlaku
jujur terhadap pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba,
Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap
benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.
(d) Masyarakat yang patuh akan
pemerintah.
Contohnya, mak dan bapa
memerang taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan
terhadap kesalahan yang telah di lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
(e) Masyarakat yang sentiasa
bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba,
Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia
dengan tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam
oleh pihak musuh.
(f) Masyarakat yang cepat
bertindak.
Contohnya, burung belatuk amat
cepat menjalankan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil
binatang-binatang lain untuk datang menghadap baginda.
(g) Masyarakat yang mengaku
kesilapan diri.
Contohnya, mak dan bapa
memerang telah membuat pengakuan tentang kesalahan yang dilakukan di hadapan
Nabi Allah Sulaiman.
(h) Masyarakat yang bijak
menyelesaikan masalah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba
dan Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.
6. Watak dan Perwatakan
7.1 Pelanduk atau Syah Alam di Rimba
(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana kebijaksanaannya.
(c) Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
(d) Pandai bersilat.
(e) Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat akan
kehidupan rakyatnya.
(f) Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah
Sulaiman.
(g) Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang masalah.
(h) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.
7.2 Memerang atau Sang
Memerang
(a) Mempunyai tujuh orang
anak.
(b) Menjadikan ikan sebagai
makanan.
(b) Tamak terutamanya dalam
hal makanan.
(c) Mak dan bapa yang
bertanggungjawab, iaitu mencari makanan untuk anak-anak.
(d) Mementingkan diri sendiri
tanpa memikirkan nasib orang lain.
(e) Taat kepada perintah Nabi
Allah Sulaiman supaya mengaku salah.
(f) Sedar akan penganiayaan
yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
7.3 Nabi Allah Sulaiman
(a) Seorang pemerintah yang
rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan binatang.
(b) Melantik lima Perdana
Menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
(c) Bijak menyelesaikan segala
masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.
(d) Tidak terburu-buru dalam
membuat sesuatu keputusan.
(e) Pemerintah yang adil.
(f) Tegas dalam membuat
keputusan.
7.
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Ayat pendek
|
Seketika lagi hari pun siang
|
Ayat panjang
|
Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan
anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi
makanan akan anak-anaknya itu.
|
Penggunaan bahasa Arab
|
Allah Subhanahuwataala
|
Penggunaan bahasa istana
|
bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah • tuanku • beta
|
Penggunaan bahasa klasik
|
• Hatta
|
Sinkope
|
Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;
|
Repetisi
|
Sebab patik mudik
membawa perisai itu, patik
lihat Sang Udang pun bersama membawa perisai itu,
|
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Ayat pendek
|
Seketika lagi hari pun siang
|
Ayat panjang
|
Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan
anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi
makanan akan anak-anaknya itu.
|
Penggunaan bahasa Arab
|
Allah Subhanahuwataala
|
Penggunaan bahasa istana
|
bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah • tuanku • beta
|
Penggunaan bahasa klasik
|
• Hatta
|
Sinkope
|
Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;
|
Repetisi
|
Sebab patik mudik
membawa perisai itu, patik
lihat Sang Udang pun bersama membawa perisai itu,
|
8. Nilai dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai prihatin
|
Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan
rakyat
|
Nilai patuh akan pemimpin
|
Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah
|
Nilai keadilan
|
Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah membuat
keputusan dengan adil
|
Nilai bertanggungjawab
|
Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
|
Nilai kejujuran
|
Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka
pengadilan.
|