PUISI
MODEN : Sajak Pada Sekuntum Mawar karya Mahwa Mohamed
Sehelai kelopakmu gugur;
adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia.
|
Rangkap 1: Maksud
Sajak Penyajak mengumpamakan bunga
mawar sebagai gadis. Jika maruah
seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi
hari tua.
|
Merenung pada malam yang kematian angina
pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
|
Rangkap 2: Jika maruah anak gadisnya
tercemar, maka ibu akan merasakan bahawa segala-galanya telah musnah. Dia
merasakan bahawa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga merasakan
bahawa segala-galanya telah musnah dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki
keadaan tersebut.
|
Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi,
Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
|
Rangkap 3 :Penyajak berpesan agar gadis-gadis
tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang
serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis
yang beriman dan dihormati masyarakat.
|
1.0
Tema sajak:
Anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika
seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan
bebas, maka nama keluarganya turut tercemar.
2.0
Persoalan:
1. Ibu
akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
2. Kesedihan
menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya sudah tidak bermakna
lagi.
3. Kehilangan maruah seorang gadis merupakan
suatu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.
4. Seorang
gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu
sebagai gadis yang beriman.
3.0
Bentuk:
(a) Sajak ini terdiri
daripada tiga rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak
sama.
Contohnya, • rangkap 1: tiga baris;
• rangkap 2: enam baris;
• rangkap 3: lima baris.
(c) Panjang pendek barisnya
tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata.
Contohnya, Sekuntum mawar (2
patah kata) Merenung pada malam yang kematian angin (6 patah kata)
(d) Jumlah suku kata dalam
sajak ini antara lima hingga empat belas suk kata.
Contohnya, di hujung lembah
(5 suku kata)
(e) Sajak ini berbentuk
bebas.
4.
0 Unsur bunyi:
1. Asonansi.
Contohnya,
• adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a);
2. Aliterasi.
Contohnya,
• seperti telah menutup. (perulangan konsonan t);
5.0
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
|
1.
|
Sinkope
|
pada kemusnahan yang tak pernah
dipinta.
|
2.
|
Penggunaan unsur alam.
|
malam; angin; laut;
|
3.
|
Simile
|
seperti telah
menutup.
|
6.0
Nilai
dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
|
1.
|
Nilai kasih sayang
|
Kita hendaklah
menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.
|
2.
|
Nilai berwaspada.
|
Kita hendaklah
menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam kehidupan. .
|
3.
|
Nilai kesedaran.
|
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada
terlibat dalam masalah sosial.
|