ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Puisi
Moden : Sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata
"Dia mencipta manusia.
Mengajarnya pandai berbicara."
(Al-Quran, 55:3-4 )
|
Rangkap 1: Tuhan yang menciptakan
manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan menerima kenyataan.
|
Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
|
Rangkap 2: Tuhan telah
mengurniakan manusia kebijaksanaan
untuk berbicara tentang apa-apa yang tergores dalam jiwanya dan
apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam pelbagai
bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.
|
Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
|
Rangkap 3: Tuhan menciptakan manusia pelbagai
bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan menghuni serata alam untuk mencari
rezeki.
|
Kata-kata yang berselerakan
langit, bumi, laut, gunung,
awan, hujan dan pohon,
adalah persekitaran.
Seperti kami memetik buah-buahan
kami sunting istilah iman,
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif
tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.
|
Rangkap 4 : Unsur-unsur alam menjadi dalil(bukti)
bagi mengesakan(percaya tuhan itu satu) Allah berpandukan Al-Quran dan hadis
serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi
kehidupan.
|
Kata-kata mengembangkan pengalaman,
terbentang di semesta alam,
memaknakan kewujudan.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi,
Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
|
Rangkap 5: Percakapan atau ungkapan yang dituturkan
dapat menambah pengetuahuan dan membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.
|
1.0
Tema sajak:
Kepentingan berbahasa
dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan
berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia berkembang dan
generasi ke generasi dan dari satu
tempat ke satu tempat.
2.0
Persoalan:
1.
Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh:
Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan
untuk berbicara.
2.
Persoalan kepentingan bahasa kepada manusia.
Contoh:
Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa sehingga
bahasa berbeza mengikut tempat dan zaman.
3.
Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang
dianugerahkan Allah
Contoh:
Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran
mereka ke seluruh alam.
4.
Persoalan kekuasaan Allah menciptakan
alam semesta
Contoh:
Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.
5.
Persoalan peranan bahasa dalam sistem
perhubungan.
Contoh:
Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama manusia
dan hubungan dengan pencipta
3.0
Bentuk:
1.
Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2.
Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya,:
•
rangkap 1: lima baris;
•
rangkap 2: lima baris;
•
rangkap 3: sembilan baris;
•
rangkap 4: tiga baris.
3.
Panjang pendek barisnya tidak sama,
iaitu antara dua hingga empat patah kata.
Contohnya,
adalah persekitaran (2 patah kata) dan akal untuk mengucapkannya (4 patah kata)
4.
Jumlah suku kata dalam sajak ini antara tujuh
hingga tiga belas suku kata.
Contohnya,
Kami pindahkan makna (7 suku kata) Seperti kami memetik buah-buahan (13 suku
kata)
5.
Sajak ini berbentuk bebas.
6.
Nada keagamaan.
4.
0 Unsur bunyi:
1.
Asonansi.
Contohnya,
• Kami pindahkan makna (perulangan vokal a);
2.
Aliterasi.
Contohnya,
• Engkau beri kami kata-kata (perulangan konsonan k);
5.0
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
|
1.
|
Hiperbola
|
terbentang di semesta alam.
|
2.
|
Penggunaan unsur alam.
|
samudera; pulau-pulau; pantai-pantai;
|
3.
|
Anafora (perulangan kata pada awal
baris).
|
dari tempat ke
tempat,
dari zaman ke zaman.
|
4.
|
Repetisi.
|
perkataan kata-kata
|
6.0
Nilai
dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
|
1.
|
Nilai kesungguhan
|
Kita hendaklah
bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa.
|
2.
|
Nilai keberanian
|
Kita hendaklah berani
pergi ke tempat yang jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.
|
3.
|
Nilai rajin
|
kita mestilah rajin membaca dan mengkaji
kitab-kitab lama untuk memperoleh ilmu.
|