PLOT NOVEL HEMPASAN OMBAK
Binaan Plot
Permulaan
Farid duduk di dalam bilik
dan dia berasa sepeti tidak percaya dalam usia 19 tahun terpaksa mengambil alih
Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia tiga bulan yang lalu.
Farid berasa resah dan kurang yakin kerana tiada pengalaman dan kemahiran untuk
menguruskan perniagaan itu. Farid bertuah kerana Tomsiah atau Kak Tom, kerani syarikat
perniagaan keluarganya banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tentang
pengurusan syarikat keluarganya itu. Farid sangat mengagumi Kak Tom kerana kemahiran
dan pengetahuannya dalam menguruskan syarikat milik arwah ayahnya.
Perkembangan
Farid mendengar
pelbagai cerita tentang punca kematian ayahnya. Ada yang mengatakan bahawa
ayahnya meninggal dunia akibat terkena santau, tuju dan sebagainya. Namun,
Farid berpendapat bahawa kematian ayahnya merupakan takdir yang telah ditetapkan
tuhan. Dia sendiri tahu bahawa ayahnya
menghidap penyakit barah di dalam perut. Pemergian ayahnya seperti memberi
amanah kepada Farid untuk menguruskan perniagaan keluarganya itu, lebih-lebih
lagi abangnya, Lotfi lumpuh. Farid berhadapan tugas penting untuk memulihkan
perniagaan keluarganya. Farid sering merujuk kepada Kak Tom dalam menguruskan
perniagaan batik keluarganya. Sebagai pengurus baharu, Farid bertanggungjawab
meninjau ke bangsal para pekerjanya Lankanankan proses mencanting batik. Farid
berasa risau apabila Nik memberitahu bahawa stok untuk menghasilkan batik
semakin berkurangan. Menurut Nik lagi, kain batik mereka tidak laku dan
melambak di pasaran. Tomsiah pula telah menyerahkan fail hutang syarikat itu
kepada Farid. Farid mula memikirkan strategi untuk mengatasi masalah kewangan
yang dihadapi oleh syarikatnya. Farid bermesyuarat dengan pekerjanya dan
keputusan telah diambil untuk melakukan pelbagai pelan untuk memajukan syarikat
batik itu seperti memperbesar bangsal dan menghasilkan batik moden.Mokhsein dan
Hartini memainkan peranan yang penting dalam penghasilan batik moden di
Syarikat Batik Nusantara. Dengan kreativiti Hartini, batik bercorak moden berjaya
dihasilkan dan kegunaan batik juga telah dipelbagaikan.
Perumitan
Kemunculan batik
bercorak baharu keluaran syarikat Farid menyebabkan batik keluaran Syarikat
Batik Rajawali tidak lagi mendapat sambutan. Pemiliknya, Mukhtar sangat
berdendam terhadap Farid dan dia juga telah mendesak Zuraida, anak saudaranya
agar tidak menjual batik keluaran syarikat Farid di gerainya. Selain itu,
Mukhtar telah mengirimkan surat layang berbaur ugutan kepada Farid. Seterusnya
samseng upahan Mukhtar, iaitu Mahmood telah datang ke bangsal batik Farid dan
dia cuba memfitnah dan memukul Masri. Tindakan itu berjaya dihalang oleh Azmi.
Azmi telah mencurah lilin panas pada muka Mahmood.
Puncak
Bangsal batik moden
milik Farid telah dibakar oleh orang upahan Mukhtar pada waktu malam. Farid
berusaha memadamkan api tetapi usahanya gagal. Kejadian itu memusnahkan bangsal
batik moden. Selepas siasatan dijalankan, pihak bomba mendapati bahawa terdapat
unsur sabotaj dalam kejadian itu.
Peleraian
Mukhtar bin Yusof,
pemilik Syarikat Batik Rajawali ditangkap polis atas tuduhan mengupah tiga
orang samseng membakar bangunan bengkel milik Farid. Zuraida memohon maaf
kepada Farid atas perbuatan pakcik itu. Mukhtar dijatuhkan hukuman oleh
mahkamah penjara tiga tahun.
TEKNIK
PLOT
Teknik
|
Huraian/ Contoh
|
Pemerian
|
Pengarang
menggambarkan aktiviti jual beli yang berlaku di kedai Zuraida.
Contoh: Selepas ibu tadi meninggalkan
gerai setelah mendapatkan seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga tahun
barulah jejaka itu membuka mulut. (hlm. 76)
Pengarang
menceritakan desar-desus punca kematian ayah Farid
Contoh: Farid cuba menutup telingan
daripada mendengar desas-desus punca kematian ayahnya. (hlm.15)
|
Dialog
|
Perbualan
antara Farid dan Mokhsin.
Contoh: “Kita minum sikit, Rid,”
tiba-tiba Mokhsin bersuara. “ Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering
tekaknya. Farid nak minum apa? Mokhsein seperti menawarkan.
“Ikut tuan rumahlah.” Farid mulai
tidak kekok melayani Encik Mokhsein. (hlm. 63)
Perbualan
antara Zuraida dan Farid
Contoh: “Eda dapat agaklah Farid tentu
bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!”
“ Hm…. Saya tak kata pun begitu. Bagi saya
sama sahaja. Perniagaan saya pun tak besar mana. (hlm.81)
|
Imbas kembali
|
Lotfi
teringat peristiwa semasa dia mengikuti ayahnya kembali menghantar batik
keluaran syarikatnya ke serata tempat.
Contohn:Dia sering mengikuti ayahnya
menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat, ... (hal. 34)
|
Monolog
|
Farid
bercakap seorang diri.
Contoh:"Pengorbanan….. ." Farid
separuh berbisik. (hal. 73)
|
Monolog dalaman
|
Hati
Nik berdetik tentang Farid dan Zuraida yang kelihatan dalaman sepadan.
Contoh:Seorang penjual batik, seorang
lagi tauke batik, ...' detik hati Nik, penjaga stor itu. (hal. 146)
|
Imbas muka
|
Farid
membayangkan bahawa dia dan Zuraida akan menguruskan Syarikat Batik Nusantara
bersama-sama suatu masa nanti.
Contoh:Suatu ketika, pengembaraan kita
menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap. (hal. 145)
|
Saspens
|
Pembaca
tertanya-tanya orang yang dikatakan oleh Mokhsein yang dengki akan perniagaan
Farid.
Contoh:"Adalah syarikat lain
dengki dekat kamu tu. (hal. 69)
|
Kejutan
|
Pembaca
terkejut apabila melihat keberanian Hartini menghalau samseng yang menceroboh
bangsal batik tempatnya berkhidmat.
Contoh:Tolong keluar bang. Keluar!
" Hartini mula bertegas. (hal. 175)
|