Jumaat, 27 Januari 2017

NOVEL HEMPASAN OMBAK TINGKATAN 3: TEMA DAN PERSOALAN


TEMA:

Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.

PERSOALAN:

1) Cabaran dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya. 

2) Ketabahan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat Batik Nusantara. 

3) Kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut.

4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.
Contohnya:Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid.Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid.

5) Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.

6) Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat batiknya.

7) Persaingan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.