Sinopsis
Beluntung murid darjah enam di
Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir. Beluntung tinggal di Kampung Layong yang
terletak berhampiran dengan Sungai Layong. Beluntung mempunyai dua ekor haiwan
yang amat disayanginya, iaitu Bawod,seekor kambing dan Tuyog,seekor kerbau. Beluntung
mahu menjadi murid yang pandai dan dia berusaha gigih untuk memperoleh ilmu.
Beluntung terpaksa melalui enam batang sungai untuk sampai ke sekolahnya.
Beluntung ke sekolah dengan menunggang Tuyog. Bawod sangat takut akan air,
namun lama-kelamaan Bawod dapat menyeberangi sungai berkat kegigihannya.
Peristiwa itu memberikan semangat kepada Beluntung untuk berusaha dengan gigih
demi mencapai kejayaan. Di kelas, kawan-kawan Beluntung mengejeknya kerana
badannya berbau seperti kerbau. Beluntung tidak mempedulikan ejekan kawannya
kerana dia sememangnya datang ke sekolah dengan menunggang kerbau.
Pada masa rehat,
Beluntung mencari Bawod dan Tuyog. Tuyog seperti hilang arah apabila melihat
Bawod tiada. Beluntung mencari Bawod di padang, di kebun sekolah dan di jalan
raya, tetapi Bawod masih tiada. Apabila masuk ke kelas, Beluntung terkejut
apabila melihat Bawod berdiri di sebelah
Cikgu Rambuyat. Beluntung meminta maaf atas perbuatan kambingnya itu. Beluntung
membawa Bawod keluar sambiI memarahi kambingnya itu. Beluntung terfikir untuk
tidak membawa Bawod ke sekolah lagi kerana Bawod telah memalukannya. Bawod segera
berlari ke arah Tuyog. Rupa-rupanya, Bawod mahu memberitahu peristiwa Tuyog
sukar bernafas kerana tali telah melilit leher Tuyog. Beluntung berasa kesal
kerana telah memarahi Bawod. |
Semasa
pesta lumba kerbau diadakan, Tuyog turut menyertainya. Beluntung berasa agak
hairan apabila ayahnya tidak pergi ke pesta itu dan meminta Bawod ditambat. Ibu
Beluntung juga tidak pergi ke pesta itu kerana sakit. Tuyog telah menjuarai pertandingan
itu. Beluntung yang memperoleh wang RM 10.00 hasil kemenangan Tuyog mahu
membeli seekor kambing untuk menemani Bawod. Apabila pulang ke rumah
Beluntung
berasa pelik apabila melihat ramai orang di rumahnya. Beluntung terus mencari
ibunya. Beluntung berasa lega apabila melihat ibunya sihat. Walau bagaimanapun,
Beluntung masih tertanya-tanya sebab rumahnya dikunjungi orang kampung. Apabila
menemui ayahnya, barulah Beluntung tahu bahawa ayahnya mahu mengadakan kenduri
kesyukuran untuk meraikan kejayaannya yang memperoleh 98 peratus markah dalam
peperiksaan darjah enam. Beluntung terkejut apabila mengetahui Bawod telah
disembelih untuk majlis meraikan kejayaannya itu. Beluntung melutut di hadapan
Bawod yang telah mati. Beluntung meraung sambil memeluk Bawod. Beluntung
memberitahu orang ramai bahawa Bawod ialah sahabatnya. Ayah Beluntung
memujuknya dengan mengatakan bahawa Bawod telah berkorban untuknya.