Rabu, 11 Januari 2017

ANTOLOGI BINTANG HATI TINGKATAN 3: SAJAK SENJA DI PALANG BESI


SAJAK di PALANG BESI karya PENA ALAM
SAJAK di PALANG BESI
MAKSUD
Senja mula menangis
remang membongkar sendu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di celah jambangan bunga dedawai menari mengikat ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

Penyajak berasa sedih dan menyesal apabila tinggal di dalam sel penjara. Penyajak hanya dapat melihat melalui celah-celah tirai besi penjara.
Pilu wajahmu sang senja
yang dulu melakar bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.

Sebelum ini, penyajak begitu bahagia dan kini bertukar sayu tatkala terpaksa hidup di dalam penjara yang dipinggirkan,terbuang dan menyakitkan.
Tanpa pasir pantai atau silir angin
rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
menghantar pergi erti keriuhan
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.
Suasana penjara yang sunyi, dipagari dengan palang besi, tiada tilam yang selesa dan pendingin hawa menyebabkan jiwanya semakin sunyi. Penyajak sedar bahawa inilah hukuman yang terpaksa ditempuhi.
Pena Alam Tunas Cipta, Disember 2010 Dewan Bahasa dan Pustaka.


Tema:
Kesengsaraan dan kesunyian hidup seorang banduan di dalam penjara.
Persoalan
Nilai
Pengajaran
Keredaan seorang banduan menjalani hukuman penjara
Keredaan
Kita hendaklah reda dan tabah menempuhi ujian dalam hidup ini.
Hidup bebas membawa erti kebahagian
Kebebasan
Kita hendaklah bersyukur dengan menghargai hidup di dunia ini.
Insaf dengan kesilapan yang dilakukan.
Keinsafan
Janganlah kita terlibat dalam gejala jenayah yang boleh mengakibatkan seseorang itu dihumban ke dalam penjara.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
Anafora
(perulangan perkataan pada awal baris)
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.
Responsi
(perulangan perkataan di tengah baris)
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.
Sinkope
Pilu wajahmu sang senja
Metafora
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
rentet susun bibir palang besi dingin itu
Inversi
Pilu wajahmu sang senja
Sepatutnya:Wajahmu pilu sang senja

Asonansi (i)
Tanpa pasir pantai atau silir angin
Aliterasi (m)
kini merayap sayu membelai jemari malam
Rima akhir
Baris 1: abcdef
Baris 2: aabcbb
Baris 3: abcddedd


Nada: melankolik