PROSA TRADISIONAL- BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
SINOPSIS
1.
Raja Benua Siam
mendengar khabar bahawa negeri Melaka masih belum dtakluk oleh mana-mana negeri lalu menyuruh wakilnya
menghantar surat sembah. Raja Melaka Sultan Muzaffar Syah enggan menyembah raja Siam. Raja Siam
memerintahkan panglimanya Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mendengar khabar tersebut tersebut lalu mengarahkan rakyat dari negeri-negeri sekitar dihimpun di
Melaka.
2.
Tun Perak membawa orang Kelang bersama -sama anak
isteri ke Melaka. Orang Pasai yang berasal dari samudera digelar Sri Armerta kerana kecerdikannya. Sri Armerta
memberitahu kepada Tun Perak bahawa ada rakyat
dari Kelang mengadu kepada baginda Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak
telah menganiayainya. Tun Perak diperintahkan supaya menghadap baginda sultan.
Tun Perak menyatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga
negeri.
3.
Tun Perak
sanggup dipecat sekiranya dia dicerca orang. Tun Perak membawa rakyat lelaki dan perempuan dari Kelang supaya
mereka dapat berlawan dengan musuh seperti menjaga anak isteri mereka sendiri.
Baginda sultan gembira mendengar alasan Tun Perak lalu memerintahkan Tun Perak
supaya menetap di Melaka
4.
Siam menyerang
Melaka..Siam menyerah kalah .Banyak rakyatnya yang mati. Lalu berundur ke Muar.
Semua rakyat negeri jiran pulang ke negeri masing-masing. Sultan Muzaffar
terpikat dengan kebijaksanaan Bentara Tun Perak
dan dilantik menjadi Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Duduk
setaraf dengan Seri Nara Diraja. Anaknya Tun Nina Madi diberi gelaran Tun
Bijaya Maha Menteri
. akan Seri Dapabila
5.
Rakyat Melaka berpecah menjadi dua kumpulan berpihak
kepada Paduka Raja (Tun Perak) dan Seri Nara Diraja (Seri Amerta) yang merupaka pemimpin yang hebat. Kedua-dua
pemimpin ini sering berselisih pendapat.
Keadaan ini merisaukan baginda sultan. Baginda sangat dukacita dan risau khuatir negeri akan binasa kerana tiada
muafakat dalam kalangan pemimpin.
6.
Baginda
mencari akal yang boleh mendamaikan mereka dengan mencadangkan Seri
Nara Diraja mengahwini Tun Rakna
Sandari saudara kepada Paduka Raja. Ditolak.dicadangkan Tun Kanaka saudara
Bendahara Seri Wak Raja juga ditolak.
Dia bersetuju berkahwin dengan Tun Kudu.
Oleh itu Sultan telah menceraikan isterinya Tun Kudu. Selepas habis edah
Tun Kudu dikahwini oleh Seri Nara Diraja.
7.
Pada zaman kegemilangan itu terdapat tiga
orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar iatu Patih Aria Gajah
Mada di Majapahit, Orag Kaya Kanayan di Pasai dan Bendahara Paduka Raja serta
Seri Nara Diraja penghulu Bendahari di Melaka. Selepas itu Siam yang diketuai
oleh panglima Awi Dicu mahu meyerang
Melaka. Berita itu dimaklumkan kepada
Sultan.
8.
Lalu Sultan menitahkan Bendahara Paduka Raja
bersiap sedia. Seri Bija Diraja yang
berasal dari Muntah Lembu digelar Datuk Bongkok telah dititahkan mengiringi
Bendahara Raja berlawan dengan orang Siam.
Orang Siam telah lari ke Batu Pahat.
Pada masa yang
sama Tun Umar anak Seri Bija Diraja yang gila-gila bahasa telah pergi dengan
sebuah perahu olang oleng (perahu kecil) melanggar perahu-perahu orang Siam.
Orang Siam hairan melihat perlakuan Tun Umar
9.
Pada waktu
malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan segala pohon kayu bakau dan nyirih dan
tumpu api-api dipasang puntung api sehingga menakutkan orang Siam kerana
menyangka hulubalang Melaka terlalu ramai berada di Pantai. Awi Dicu telah
mengarahkan orang Siam berundur dari Melaka.
Baginda telah
menganugerahkan persalinan kepada Bendahara Paduka Raja dan para hulubalang
kerana berjaya menghalau orang Siam
10.
Awi Dicu
melaporkan kekalahan meraka kepada
Paduka Bubunnya. Baginda terlalu marah
dan dia sendiri ingin menyerang Melaka.
Cau Pandan anak Paduka Buka
menawarkan diri menyerang Melaka.
Baginda bersetuju dan melengkapkan Pra Kelong lapan ratus sum dan perahu kecil yang sangat
banyak
11.
Di Melaka,
Sultan mendengar khabar Cau Pandan akan menyerang Melaka. Sidi Arab
seorang yang alim berbangsa Arab yang pandai bermain panah lasykar telah
menghadap sultan Muzafar Syah dan menawarkan diri membunuh Cau Pandan dari jauh
dengan menghala panahnya ke benua Siam dengan berkata mati engkau Cau Pandan
. Sultan hanya tersenyum jika memang
benar Cau Pandan mati, memang Sidi Arab seotrang yang keramat.
12.
Di Siam, Cau
Pandan berasa dadanya seperti terkena
panah, telah muntah darah lalu mati.
Siam telah membatalkan niat menyerang Melaka. Sultan mendengar khabar kematian Cau Pandan
dan menganugerahkan Tuan Sidi Arab. Sultan
Muzafar Syah mangkat setelah memerintah selama 42 tahun diganti oleh
anakandanya Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansor Syah ketika berusia 27
tahun. Telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam anak Seri Nara Diraja