Khamis, 12 Januari 2017

ANTOLOGI BINTANG HATI TINGKATAN 3:CERPEN SEKEPING TANAH


Sinopsis:

Hisyam dan abangnya, Harun membincangkan tanah pusaka mereka. Hisyam mencadangkan tanah pusaka itu diuruskan sebaik-baiknya manakala Harun pula mencadangkan tanah pusaka itu dijual dan wangnya dibahagi tiga dengan Halimah, kakak Hisyam. Hisyam memberitahu abangnya bahawa dia dan Halimah tidak bersetuju tanah pusaka itu dijual. Sebaliknya, mereka mahu membangunkan tanah itu dengan pembinaan rumah kediaman mewah. Harun tidak bersetuju dengan hasrat adiknya mahu menubuhkan syarikat keluarga dan menghina Hisyam yang tidak berkelulusan tinggi.
Dengan perasaan rendah diri, Hisyam mengakui bahawa dia tidak pandai tetapi dia yakin bahawa kakaknya, Halimah boleh menguruskan syarikat tersebut. Mereka berdua telah bersetuju untuk menubuhkan syarikat keluarga tersebut. Harun menambah bahawa menguruskan syarikat keluarga memeningkan kepala. Hisyam pula menyatakan bahawa menguruskan anak-anak pun memeningkan kepada. Harun teringatkan dua orang anak lelakinya yang banyak menimbulkan masalah. Anaknya, Saleh terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, manakala Musa terjebak dalam kegiatan lumba haram. Sementara itu, ketiga-tiga orang anak Hisyam beijaya melanjutkan pengajian mereka ke universiti. Pengurusan kondo tempat tinggal Hisyam di atas tanah yang terhad menginspirasikannya untuk memajukan tanah pusaka orang tua mereka. Harun pula tetap dengan keputusannya mahu menjual tanah tersebut.

Malam itu, Hisyam berbincang dengan kakaknya, Halimah tentang penubuhan syarikat keluarga mereka. Hisyam turut menjelaskan bahawa abangnya tetap tidak bersetuju dan  ingin menjual tanah pusaka tersebut. Harun tidak percaya terhadap kemampuan adik-adiknya menguruskan syarikat keluarga yang akan ditubuhkan. Halimah bersetuju dengan tindakan Hisyam dan memberikan kepercayaan kepada adiknya untuk menguruskan syarikat mereka.

Walau bagaimanapun, Hisyam meminta kakaknya merahsiakan tindakan mereka membeli tanah tersebut daripada pengetahuan abang mereka. Halimah akan berjumpa dengan peguam untuk menguruskan perrnbelian tanah tersebut. Ketika mereka sedang minum, Halimah menerijna panggilan telefon daripada Harun. Harun memberitahu bahawa tanah pusaka mereka akan dijual. Halimah hanya bersetuju. Menurut Hisyam, abangnya mungkin memerlukan wang.
Harun, Halimah dan Hisyam menjual tanah pusaka mereka dengan harga RM6 625 000.00. Harun dan Hisyam menerima wang berjumlah RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah menerima wang beijumlah RM1 325 000.00. Pada minggu itu juga tertegak papan tanda di atas tapak tanah itu bahawa sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat akan dibina. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya, Hisyam sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. Harun mahu menelefon adiknya, namun dilarang oleh otaknya.

Setelah tiga tahun setengah, Kondo Jaya berjaya didirikan, Sebahagian besar pembeli mengambil kunci pada hari itu. Harun ingin melihat pemilik kondo tersebut. Mata Harun terbeliak apabila melihat adiknya, Hisyam dan Halimah menyerahkan kunci kepada pembeli. Wajah Hisyam dan Halimah kelihatan puas dan gembira. Harun berundur dari situ sambil memendam rasa. Malam itu, Harun menelefon Hisyam. Harun meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Hisyam dan Halimah menubuhkan syarikat dan membeli tanah pusaka mereka. Kemudian, Hisyam menemui kakaknya. Pada pertemuan itu Hisyam mendapat khabar anak Harun, Musa telah dituduh membunuh dalam keghairahannya dengan kegiatan mat rempit. Hisyam terkejut. Menurut Halimah lagi, sikap Harun yang membiarkan kegiatan anaknya telah menjadi faktor berlakunya kejadian tersebut. Hisyam seterusnya menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada kakaknya. Dia mahu memandu teksi semula.