Rabu, 11 Januari 2017

ANTOLOGI BINTANG HATI TINGKATAN 3: SYAIR BURUNG NURI


Syair Burung Nuri karya Rahman Kaeh

Syair Burung Nuri
Maksud
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

Penyair menceritakan warkah yang ditulis oleh orang hina banyak kekurangan berdasarkan pendapatnya yang tidak sempurna.
Gerangan sungguh amatlah leta,
 Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
Penyair menyatakan bahawa dia dipandang hina, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam keadaan miskin.
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
Penyair memohon maaf atas coretan kata-katanya yang ditulis dalam perasaan sedih.
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Penyair menulis surat untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangannya.
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang sering dirundung malang dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
 Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan tidak makan dan minum.
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.

Penyair tersedar bahawa kesedihan dan kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya musnah.
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.

Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran yang waras dan rasional. Jika penyair menurut perasaannya lebih baik dia memilih mati daripada hidup.
Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Fajar Bakti Sdn. Bhd.


1.    Tema
Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.
Persoalan
Nilai
Pengajaran
Persoalan kebijaksanaan menyusun perancangan bagi memiliki orang yang kita cintai
Kebijaksanaan
Kita hendaklah bijak menyusun perancangan demi memikat orang yang kita cintai.
Persoalan sikap merendah diri dalam kehidupan.
Merendah diri
Kita hendaklah mengamalkan sikap merendah diri supaya orang lain tidak membenci diri kita.
Persoalan keburukan sikap menurut perasaan
Rasional
Kita hendaklah rasional dalam membuat sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari.
Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup
Ketabahan
Kita hendaklah tabah dalam menghadapi sikap dugaan dalam kehidupan
Persoalan keperitan hidup orang yang serba kekurangan
kegigihan
Kita hendaklah gigih dan tidak berputus asa demi mendapat sesuatu yang kita inginkan

Bentuk
1.    Syair ini terdiri daripada 8 rangkap dan semua baris sama iaitu 4 baris dalam satu rangkap
2.    Rima akhir : a,a,a,a
3.    Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10 hingga 13 suku kata.
4.    Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 6 suku perkataan.

Gaya Bahasa
contoh
Inversi
(ayat songsang)
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya nyata.
Anafora (perulangan perkataan di awal baris)
Remuk dan redam hancur di situ.
     Remuk dan redam rasanya hati,

Epifora (perulangan perkataan di akhir baris)
negeri
Simile
Laksana cermin jatuh ke batu,
Sinkope
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Kata ganda
Perinya akal gelap-gelita,
Diksi
Penggunaan bahasa Arab

Masygul