Novel ini mengisahkan seorang anak yang bernama
Farid meneruskan warisan Syarikat Perniagaan Batik Nusantara selepas ayahnya
Haji Badrul meninggal dunia. Farid terpaksa mengambil alih syarikat tersebut
walaupun berumur 19 tahun. Haji Badrul mempunyai isteri yang bernama Hajah
Zaoyah. Latifah sebagai anak sulung dan mempunyai anak 5 tidak pernah dididik
dalam bidang perniagaan. Lotfi pula lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan dan
berpaut pada kerusi roda untuk bergerak.Farhan menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat
ayahnya tetapi telah meninggal dunia sewaktu belajar di UKM manakala
Hanisyah dan Hisham adik Farid baru
berusia 15 tahun dan 12 tahun.
Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan
kerana dia masih mentah dalam bidang perniagaan. Syarikat peninggalan batik
arwah ayahnya juga menghadapi masalah kewangan.
Ramai agen tidak membayar hutang. Selain itu, permintaan batik keluaran
Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak memberangsangkan. Syarikat tersebut
dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak Tom.Dia telah berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom menguruskan tugas
pentadbiran dan kewangan.
Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama
Lotfi dan ibunya Hajah Zaoyah tentang masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah
tidak mahu syarikat itu dijual atau ditutup. Hajah Zaoyah mahu warisan yang
ditinggalkan terus bertahan dan berkembang dalam pasaran batik.Tiba-tiba fikiran Farid terlintas untuk menjual sebahagian aset syarikatnya bagi dijadikan modal dan membayar hutang. Tambahan pula,Hajah
Zaoyah juga sanggup menggadaikan barang kemas dan tanah demi menyelamatkan
syarikat itu. Farid mempertimbangkan
cadangan ibunya dan cuba mencari jalan lain. Farid juga memerlukan orang yang
arif kerana setiap pelaburan melibatkan risiko.
Farid telah mengadakan mesyuarat dan ini mesyuarat pertama sejak
dia mengambil alih syarikat itu. Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan
perniagaan dengan memperbesar bengkel batik dan meningkatkan pengeluaran. Modal akan diperoleh daripada hasil jualan sebahagian aset syarikat dan hasil gadaian barang ibunya. Idea Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir pada mesyuarat itu.
Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah
bertemu En Mokhsien yang merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan
pemborang binaan Nadi Zaman. En Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar dan
memotivasikan Farid agar menjadi usahawan bumiputera yang berjaya. Farid
menjadi lebih bersemangat. Kemudian, dia juga bertemu Zuraidah atau Eda rakan
sekelas sekolah yang membuka kedai di bandar Terengganu. Zuraidah seorang yang
pandai melayan pelanggan. Dia sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di
bangku sekolah. Cara layanan dan citarasa pelanggan terhadap batik dalam
genggaman Zuraidah. Hubungan Farid dan Zuraidah kian erat. Farid menceritakan
segala masalah yang berlaku kepada Zuraidah. Zuraidah memberi idea supaya Farid
mengubah corak batik tradisional ke kontemporari. Hal yang demikian kerana
citarasa pelanggan sering berubah-ubah mengikut peredaran masa. Cadangan Zuraidah disetujui Farid demi
membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara.
Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein.
Encik Mokhsein menyemak rancangan perniagaan dan berjanji membantu Farid. Pada
masa yang sama, Encik Mokhsein menasihatkan Farid supaya mengikuti kursus
pengurusan perniagaan dan mendapatkan khidmat nasihat dari Mida dan MARA. Ilmu
dapat membantu seseorang bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat kompetetif.
Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk
membina bangsal tambahan, peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-pembatik
modennya itu akan diberi latihan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap dibina, Farid telah mengadakan majlis perasmian dan mengundang
Encik Mokhsein sebagai perasmi majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini Noor
yang merupakan graduan seni reka fabrik UiTM dan dia telah dlilantik oleh Encik Mokhsein sebagai pengajar
corak batik moden di Syarikat Batik Nusantara.Hartini banyak menyumbangkan idea
dan melatih pekerja Farid dalamcorak seni moden. Kehadiran Hartini menyebabkan
Zuraida berasa cemburu dan dia mempunyai perasaan salah sangka terhadap Farid. Farid
sedar akan tindakan Zuraidah dan dia menjelaskan bahawa Hartini sudah
bertunang. Perasaan cemburu Zuraidah pudar dan hubungan mereka lebih akrab.
Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun
padang berjumpa agen baharu. Pengalaman mengajar Farid supaya mencari agen yang
jujur dan melunaskan hutang dengan cepat. Di sebalik kemajuan perniagaan Farid,
ada pesaing yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik Syarikat Rajawali
kepunyaan Mukhtar bapa saudara Zuraida
merosot. Mukhtar menyedari bahawa hasil batik syarikat Farid boleh menyebabkan
perniagaannya gulung tikar. Mukhtar bertambah marah apabila anak buahnya membantu
menjual batik moden Farid. Mukhtar mengugut untuk membakar kedai Zuraidah
sekiranya dia tidak mahu memulangkanbatik tersebut kepada Farid. Zuraidah akur dengan
permintaan bapa sadaranya. Zuraidah terpaksa kerana Mukhtar banyak memberi
bantuan setelah ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya
menghentikan operasi batik modennya menggunakan surat layang. Farid menceritakan
kejadian itu kepada Kak Tom dan keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar
Farid melaporkan kepada pihak polis. Farid berdegil dan mahu menyelesaikan sendiri.
Di samping
itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama Mahmood untuk membuat kacau di
bangsal moden syarikat Farid. Apabila Mahmood tiba di bangsal moden itu, dia
terlihat Masri dan Azmi sedang bekerja. Mahmoud bertambah marah dan menyangka
syarikat Farid mencuri bekas pekerja majikannya. Haryani yang baru pulang cuba
meredakan suasana dengan melayan Mahmoud dengan baik tetapi gagal. Kemudian
Haryani menghalau Mahmoud. Mahmoud masih berdiri dan tidak mahu pulang. Haryani
berlari dan meminta pertolongan daripada Pak Nik. Tindakan Mahmoud semakin
agresif apabila Pak Nik dan dia bertikam lidah. Mahmoud mencekik leher Azmi dan
ingin mecelup muka Azmi pada kawah lilin cair. Tangan Masri yang memegang
canting lilin panas,dia nekad mencurah lilin tersebut pada muka Mahmoud supaya
Azmi dilepaskan. Muka Mahmoud melecur dan dia lari lintang pukang. Pekerja
Farid tidak berjaya memberkas Mahmoud.
Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya
mensabotaj perniagaan Farid tetapi Mukhtar tidak pernah patah semangat untuk
membalas dendam. Mukhtar telah mengupah beberapa pemuda untuk membakar bangsal
moden syarikat Farid. Pada waktu malam, Farid sekeluarga menyedari cahaya api dan bunyi letupan
dari bangsal batik miliknya. Dalam beberapa minit,api marak dengan cepat dan
menjilat bangsal itu hingga rentung. Farid berpura-pura tenang apabila
berhadapan dengan Hartini dan pekerjanya walaupun perasaan sedih dipendamkan dalam hati. Siasatan pihak
bomba mendapati bangsal tersebut disabotaj dan dibakar secara sengaja. Pihak polis juga telah memanggil Farid untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap
Mukhtar setelah siasatan selesai dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan
dihukum penjara selama 3 tahun.
Selepas 3 hari kejadian itu, Encik Mokhsein ke
pejabat Farid. Beliau memberitahu Farid bahawa beliau berjaya membantu Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan
dari Singapura dan Kuala Lumpur. Zuraidah
meminta maaf atas tindakan pak ciknya itu dan dia menyatakan bahawa akan
sambung belajar. Semasa perjalanan menghadiri perkahwinan Hartini, Encik
Mohsein mengusik Farid dan Zuraida. Encik Mokhsein menyatakan bahawa mereka pasangan yang sesuai untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara. Farid hanya tersenyum manakala Zuraidah mukanya merah padam menikmati pemandangan di luar kereta.
KLIK:
TEMA DAN PERSOALAN
PLOT
LATAR
NILAI DAN PENGAJARAN
KLIK:
TEMA DAN PERSOALAN
PLOT
LATAR
NILAI DAN PENGAJARAN