CERPEN GERHANA MANUSIA (AMINAH MOKHTAR)
SINOPSIS
1. Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak berpuas hati apabila Doktor
Murni ingin memasukkan darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad
Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan Tuan Besar tidak layak hidup kerana dia
bukanlah seorang yang baik.
2. Sebenarnya Tuan Besar bukanlah seorang yang baik kerana dia koma
disebabkan perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Selain
itu, mereka telah memasukkan 50 pek darah dan sebanyak itu jugalah yang keluar.
3. Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai
kepentingan tersendiri yang mahukan Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan
terdapat nyawa lain yang lebih memerlukan darah tersebut. Misalnya seperti
Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz patah riuk
tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah, gadis malang yang
hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.
4. Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan
mereka mendapatkan 10 pek darah untuk Tuan Besar sedangkan hospital telah
kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia ini tidak adil kerana orang lebih
memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya diberi gelafundin
(seakan-akan darah).
5. Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan
Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit
mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM 100 ribu.
6. Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat
perletakan jawatannya di hospital itu atas dasar ingin menjadi doktor atas
nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni mengajak Nusia ke bank darah
mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma di Unit Rawatan Rapi.
TEMA
Sikap mementingkan ganjaran sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan
Profesor Doktor Juaidi mementingkan ganjaran dalam melaksanakan tanggung
jawabnya sehingga mengabaikan nilai kemanusian terhadap pesakit di hospitalnya
PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
PERWATAKAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Doktor Murni
dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan
pengkat
|
Persoalan
bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas
|
Seorang yang bertanggung jawab
menjalankan tugas
Doktor Murni, Nusia
|
Masyarakat yang bertanggung jawab menjalankan tugas
|
Bertanggung
jawab
|
Kita perlulah bertanggung jawab dalam
melaksanakan tugas
|
Doktor Murni
dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya
pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil
tiga pek darah daripada bank darah
|
Persoalan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa orang lain
|
Seorang
yang prihatin
Doktor
Murni, Nusia
|
Masyarakat yang prihatin terhadap orang lain
|
keprihatinan
|
Kita haruslah prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan
|
Doktor
Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah
di Unit Rawatan Rapi
|
Persoalan berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan
|
Seorang yang baik hati
Doktor Murni
|
Masyarakat
yang baik hati terhadap orang lain.
|
Baik hati
|
Kita mestilah berbuat baik terhadap orang
yang memerlukan bantuan
|
Doktor Murni
sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan
terhadap orang lain
|
Persoalan tentang keberanian membuat keputusan.
|
Seorang
yang berani membuat keputusan
Doktor
Murni
|
Masyarakat yang berani membuat keputusan
|
Keberanian
|
Kita perlulah berani membuat keputusan.
|
PERISTIWA
|
LATAR TEMPAT
|
Nusia,
Doktor Murni dan Profesor Doktor Juaidi berkerja untuk memastikan pesakit
sembuh
|
Hospital
|
Tuan
Besar Musa dan beberapa orang pesakit yang sedang koma dirawat
|
Unit
Rawatan Rapi
|
Nusia
berjumpa dengan juruteknik makmal darah untuk mengambil darah dan diberikan
kepada empat orang yang sedang koma
|
Makmal
darah
|