SOALAN:
(i) Nyatakan keadaan
kampung setelah kehadiran Tuan Booth.
[2
markah]
(ii) Anak yatim piatu
wajar dibantu untuk meneruskan kehidupan mereka.
Pada pendapat anda,
apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu
golongan ini?
[3
markah]
(iii) Jelaskan satu nilai
yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada
keseluruhan cerpen yang
tidak terdapat dalam petikan.
[4
markah]
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas
keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami.
Jalan yang dahulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak
kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.
Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan
menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki kulit putih yang gemar
berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal dengan kemurahan senyumannya,
kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing bagi
kami.
Cuma sejak
kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil yang sudah yatim piatu itu
menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangan
estet Tuan Booth.
“Eloklah…paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih
tu, belajar mencari makan sendiri.” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil
getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani
secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam,
berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas
kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua
matlamat – rezeki dan ibadat.
Dipetik daripada cerpen ‛Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh
Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka
JAWAPAN
(i)
Keadaan kampung
setelah kehadiran Tuan Booth
P1- jalan yang dulunya
tanah merah batu lada, sudah dikejapkan 1
P2- jalan tidak becak
sewaktu hujan 1
P3- jalan kurang
berkeladak pada musim kemarau 1
[Maksimum:
2 markah]
(ii)
Usaha-usaha
membantu anak yatim
P1- memberikan bantuan
kewangan
P2- menjaga makan minum
P3- membiayai
persekolahan
P4- meminta bantuan
daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
P5- menyediakan tempat
perlindungan
[Maksimum:
3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(iii)
Nilai dalam
petikan
P1 - Nilai kerajinan
[1+1]
Orang kampung masih rajin
menjalankan pertanian tradisi walaupun hasil getah Tuan Booth sangat memuaskan.
P2 - Nilai berdikari
[1+1]
Ahmad Mutawakkil yang
sudah menjadi yatim piatu hidup berdikari dan bekerja dengan Tuan Booth. Nilai
dalam keseluruhan cerpen
K1 - Nilai kasih sayang
[1+1] Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandra. Dia
membawa mereka keluar dari kampung seminggu sebelum Jepun menyerang.
K2 - Nilai
patriotisme/cinta akan negara [1+1]
Ahmad Mutawakkil berjuang
meniupkan semangat patriotik orang-orang kampung menerusi ceramah yang
disampaikannya/ Dia juga menulis dalam surat khabar untuk merangsang orang
Melayu mengisi kemerdekaan