Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i)
Pasar
raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan
mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
(ii)
Pengalaman
luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut
untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu.
(iii)
Kumpulan
jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan
kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari
gali minyak.
(iv)
Kami bersepakat
untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan yang
sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang.
(v)
Rakyat Malaysia ternyata kurang senam
dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti
tersebut.
(vi)
Pihak
kerajaan sedang bergiat memperlebarkan lebuhraya di Johor kepada
tiga lorong untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas
(vii)
Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrif
sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.
(viii)
Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan
kemahiran berkomunikasi secara interpersonal.
(ix)
Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat
sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor.
KESALAHAN
IMBUHAN
|
KESALAHAN
EJAAN
|
||
I
meletak
|
meletakkan
|
pelangan
|
pelanggan
|
II
akaun
|
perakaunan
|
tersuhur
|
tersohor
|
III
mendalamkan
|
mendalami
|
berteknoloji
|
berteknologi
|
IV
memulai
|
memulakan
|
restoran nasi kandar cik kiah
|
Restoran Nasi Kandar Cik Kiah
|
V
senam
|
bersenam
|
sayogia
|
seyogia
|
VI
memperlebarkan
|
memperlebar
|
lebuhraya
|
lebuh raya
|
VII
mentakrif
|
ditakrif
|
kriatif
|
kreatif
|
VIII
pembentukan
|
membentuk
|
interpersonal
|
interpersonel
|
IX
menghasil
|
menghasilkan
|
goring
|
goreng
|