adstera iklan 1

Rabu, 7 Mei 2025

JAWAPAN UASA: CERAKINKAN AYAT MAJMUK KEPADA DUA AYAT TUNGGAL

 Soalan : Kenal pasti dan gariskan kata hubung. Kemudian, cerakinkan ayat majmuk kepada dua ayat tunggal.


1.     Kami pergi ke taman kerana cuaca tidak hujan pada petang semalam.

   Kami pergi ke taman. 

cuaca tidak hujan pada petang semalam.


2.    Wawa menyapu lantai dan membasuh pinggan.

Wawa menyapu lantai.

Wawa membasuh pinggan.

3.     Kamu harus belajar bersungguh-sungguh jika mahu berjaya.

  Kamu harus belajar bersungguh-sungguh.

  Kamu mahu berjaya.

4.     Kami tidak keluar rumah kerana hujan turun dengan lebat.

  Kami tidak keluar rumah. 

Hujan turun dengan lebat.

5.     Ayah memandu kereta walaupun dia sangat letih.

Ayah memandu kereta. 

Dia sangat letih.

6.     Yaya memasak di dapur sambil mendengar radio.

Yaya memasak di dapur.

Yaya mendengar radio.

7.     Saya menyimpan duit raya di dalam bank supaya dapat membeli basikal baharu.

  Saya menyimpan duit raya di dalam bank. 

Saya dapat membeli basikal baharu.

8.     Mereka mendengar arahan guru dan mencatat nota penting.

Mereka mendengar arahan guru. 

Mereka mencatat nota penting.

9.     Kami menunggu di stesen bas tetapi bas masih belum tiba.

Kami menunggu di stesen bas. 

Bas masih belum tiba.

10. Baju yang berwarna hijau itu sudah kotor.

Baju berwarna hijau itu. 

Baju itu sudah kotor.