Soalan : Kenal pasti
dan gariskan kata hubung. Kemudian, cerakinkan ayat majmuk kepada dua ayat
tunggal.
Contoh:
Ali membaca buku sementara adiknya menonton
televisyen.
(i) Ali
membaca buku.
(ii) Adiknya menonton televisyen.
1. Kami pergi ke taman kerana cuaca tidak hujan pada petang semalam.
2. Wawa menyapu lantai dan membasuh pinggan.
3. Kamu harus belajar bersungguh-sungguh jika mahu berjaya.
4. Kami tidak keluar rumah kerana hujan turun dengan lebat.
5. Ayah memandu kereta walaupun dia sangat letih.
6. Yaya memasak di dapur sambil mendengar radio.
7. Saya menyimpan duit raya di dalam bank supaya dapat membeli basikal baharu.
8. Mereka mendengar arahan guru dan mencatat nota penting.
9. Kami menunggu di stesen bas tetapi bas masih belum tiba.
10. Baju
yang berwana hijau itu sudah kotor.