Selasa, 28 April 2020

PKP: KESALAHAN IMBUHAN DAN EJAAN


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i)                 Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

(ii)               Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu.
(iii)             Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari gali minyak.
(iv)             Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan yang sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang.
(v)               Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.
(vi)             Pihak kerajaan sedang bergiat memperlebarkan lebuhraya di Johor kepada tiga lorong untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas
(vii)           Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrif sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.
(viii)         Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonal.
(ix)             Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor.


KESALAHAN IMBUHAN
KESALAHAN EJAAN
I          meletak
meletakkan
pelangan
pelanggan
II       akaun
perakaunan
tersuhur
tersohor
III     mendalamkan
mendalami
berteknoloji
berteknologi
IV    memulai
memulakan
restoran nasi kandar cik kiah
Restoran Nasi Kandar Cik Kiah
V       senam
bersenam
sayogia
seyogia
VI    memperlebarkan
memperlebar
lebuhraya
lebuh raya
VII  mentakrif
ditakrif
kriatif
kreatif
VIII           pembentukan
membentuk
interpersonal
interpersonel
IX    menghasil
menghasilkan
goring
goreng

Ahad, 19 April 2020

LATIHAN: Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil



SOALAN:


(i) Nyatakan keadaan kampung setelah kehadiran Tuan Booth.
[2 markah]
(ii) Anak yatim piatu wajar dibantu untuk meneruskan kehidupan mereka.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu
golongan ini?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]



Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dahulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.
Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki kulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal dengan kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing bagi kami.
 Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil yang sudah yatim piatu itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangan estet Tuan Booth.
“Eloklah…paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat – rezeki dan ibadat.
Dipetik daripada cerpen ‛Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka


JAWAPAN

(i)                Keadaan kampung setelah kehadiran Tuan Booth
P1- jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan 1
P2- jalan tidak becak sewaktu hujan 1
P3- jalan kurang berkeladak pada musim kemarau 1
[Maksimum: 2 markah]

(ii)             Usaha-usaha membantu anak yatim
P1- memberikan bantuan kewangan
P2- menjaga makan minum
P3- membiayai persekolahan
P4- meminta bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
P5- menyediakan tempat perlindungan
[Maksimum: 3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]

(iii)           Nilai dalam petikan
P1 - Nilai kerajinan [1+1]
Orang kampung masih rajin menjalankan pertanian tradisi walaupun hasil getah Tuan Booth sangat memuaskan.
P2 - Nilai berdikari [1+1]
Ahmad Mutawakkil yang sudah menjadi yatim piatu hidup berdikari dan bekerja dengan Tuan Booth. Nilai dalam keseluruhan cerpen
K1 - Nilai kasih sayang [1+1] Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandra. Dia membawa mereka keluar dari kampung seminggu sebelum Jepun menyerang.
K2 - Nilai patriotisme/cinta akan negara [1+1]
Ahmad Mutawakkil berjuang meniupkan semangat patriotik orang-orang kampung menerusi ceramah yang disampaikannya/ Dia juga menulis dalam surat khabar untuk merangsang orang Melayu mengisi kemerdekaan

Jumaat, 17 April 2020

PERMAINAN:LATIHAN PUISI TRADITIONAL PANTUN ALAM REMAJA TINGKATAN 2

WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE: PUISI TRADITIONAL PANTUN ALAM REMAJA

PERMAINAN:KLIK SINI

RUJUKAN NOTA: KLIK SINI

JAWAPAN: 
1.C 
2.B
3.A
4.B
5.D
6.B
7.D
8.C
9.B
10.D
11.A
12.C
13.C
14.D
15.A

PASSWORD EDIT: sa123456789

Selasa, 14 April 2020

PERMAINAN: LATIHAN PANTUN DUA KERAT TINGKATAN 1

Baca nota sebelum jawab soalan
Rujukan nota: klik sini

Klik permainan
Pantun Dua Kerat Tingkatan 1 - Who Wants To Be a Millionaire?


Jawapan:
1. B
2.A
3. D
4.C
5.B
6.B
7.B
8.A
9.C
10. B
11.B
12.C
13.D
14.C
15.C

password edit:1-9