PUISI TRADITIONAL: PANTUN ALAM REMAJA
Pantun
|
Maksud rangkap
|
Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
|
Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut ke Pulangan ibu ke rumah.
|
Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.
|
Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
|
Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
|
Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.
|
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
|
Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
|
Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.
|
Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan bagi anak-anak.
|
Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
|
Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.
|
Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
|
Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil dan ingin bermanja.
|
1. Tema
Kegembiraan
anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.
2.
Persoalan
a) Tanggungjawab
ibu bapa ialah memberikan kasih saying dan kebahagian kepada anak-anak.
b) Anak-anak
akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di rumah.
c) Kegembiraan
bagi anak-anak adalah sewaktu menyarnbut kepulangan ibu bapa mereka pulang
beketia.
d) Aktiviti
nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat rnengeratkan hubungan antara adik-beradik.
e) Pernberian
hadiah daripada ibu bapa dapat mennembirakan hati anak-anak.
3.
Bentuk Pantun
a) Pantun
ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b) Bilangan
baris pada setiap rangkap adalah sama.Contohnya,
• rangkap 1: empat baris,
• rangkap 2:
empat baris,
• rangkap 3: empat baris,
• rangkap 4: empat baris,
• rangkap 5: empat baris,
• rangkap 6:
empat baris,
• rangkap 7: empat baris.
(c) Ada
pembayang dan maksudnya.
(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara
tiga hingga lima patah kata. Contohnya, Kita menyanyi adik-beradik (3 patah
kata) Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata)
(e) Jumlah
suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata. Contohnya,
Elok rupanya kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan celana (10 suku
kata)
(f) Pantun
ini berbentuk terikat.
4.
Unsur
Bunyi
a) Asonansi.
a. Contohnya,
• Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a);
•
Menpuk gendang dengan rebana (perulangan
vokal e);
b. (b)
Aliterasi.
Contohnya, • Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan
konsonan b)
·
Dibawa itik pulang petang (perulangan konsonan p).
c. (c)
Rima akhirnya terikat.
Contohnya, • rangkap 1: abab; • rangkap 2:
aaaa; • rangkap 3: abab; • rangkap 4: abab; • rangkap 5: abab; • rangkap 6:
abab; • rangkap 7: abab.
5. Gaya
Bahasa Lisan
(a)
Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan;
Sebarang nyanyi kita nyanyikan. (
b)
Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak.
(c)
Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam kinantan;
ranting; dan kumpai.
(d)
Peribahasa. Contohnya, besar hati.
(e) Repetisi. Contohnya, • kita (rangkap 4,
baris 1, 2, 3, dan 4)
6.
Nilai
(a)
Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin
kebahagiaan keluarga.
(b)
Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga
keselamatan anak-anak.
(c)
Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan
hati penerima.
(d)
Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu bergurau
senda merupakan sikap yang terpuji.
(e)
Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam
kalangan anggota keluarga.
7.
Pengajaran
(a) Kita mestilah
menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap
keselamatan anak-anak.
(c) Kita haruslah
bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
(d) Janganlah kita
mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan
sewaktu bergurau senda.
(e) Kita haruslah
menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.