PUISI TRADITIONAL: PANTUN KIASAN
Pantun
|
Maksud Pantun
|
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
|
Rangkap 1: Perbuatan membazir
adalah suatu amalan yang merugikan.
|
Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
|
Rangkap 2: Orang yang merantau
selalunya akan merendah diri apabila berada di tempat orang.
|
Tebang gelam tebang kenanga,
Batangnya tumbang menimpa
gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.
|
Rangkap 3: Sebelum menginginkan
sesuatu yang dianggap mustahil, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan diri
kita lebih dahulu.
|
Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke
hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
|
Rangkap 4: mengharapkan sesuatu
yang belum pasti.
|
Limau Bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi
kutangkap,
Kononlah pulak cicak
mengkarung.
|
Rangkap 5: Sikap seseorang yang
sombong dengan kebolehan diri serta memandang rendah lernadap orang lain.
|
Air surut memungut bayam,
Sayur diisi ke dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
|
Rangkap 6: Jangan suka
membesar-besarkan kejayaan yang tidak seberapa.
|
Anak punai anak merbah,
Hinggap di tonggak mencari
sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hatinya orang.
|
Rangkap 7: Pendirian manusia
sering berubah-ubah.
|
Rotan siput rotan berlingkar,
Anak itik patah kakinya;
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
|
Rangkap 8: Perasaan marah akan
segera hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam diri.
|
Raut bilah pembatang taut,
Kail berada dalam raga;
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.
|
Rangkap 9: Orang yang merantau
akhirnya akan kembali ke tempat asalnya semula.
|
Sangkut terendak dekat beranda,
Orang Papua anyam tak sudah;
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang
rendah.
|
Rangkap 10: Setiap perkara yang
berlaku dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
|
Bunga geti bergulai temenung,
Di hari raya memakan tapai;
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
|
Rangkap 11: Menginginkan
sesuatu yang besar tetapi tidak mempunyai keupayaan.
|
Suasa bertahil emas berbungkal,
Tetapi intan tiada sesaga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Usah lautan hendak diduga.
|
Rangkap 12: Jika pengetahuan
sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak pengetahuannya.
|
Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.
|
Rangkap 13: Sudah bersiap sedia
untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
|
Hari hujan puyuh mendengut,
Mendengut marl sepanjang jalan;
Air dalam kapar tak hanyut,
Kononlah pula kemarau panjang.
|
Rangkap 14: Jika semasa masih muda
sudah malas, apatah lagi setelah usia tua; sedangkan semasa makmur tidak
senang, apatah lagi semasa susah.
|
Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki
gunung.
|
Rangkap 15: Seseorang yang
inginkan sesuatu di luar kemampuannya.
|
Laksana gadis Menteri Bogor,
Bijak membilang ayam betina;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.
|
Rangkap 16: Orang yang
melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.
|
Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah haluan perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.
(Dipetik
daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn.
Bhd.)
|
Rangkap 17: Seseorang yang
mempunyai rupa paras yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.
|
1.
Tema
Sindiran terhadap
segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh
menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.
2.
Persoalan
(a) Sikap membazir
tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.
(b)
Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
(c)
Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.
(d)
Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.
(e)
Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.
(f)
Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
(g)
Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.
(h)
Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa,
begitu juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.
(i)
Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
(j)
Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.
3.
Bentuk
(a) Pantun ini terdiri daripada tujuh belas
rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap
rangkap adalah sama.
4.
Unsur
bunyi
(a)
Asonansi.
·
Contohnya,
Alas nikah raja Melayu (perulangan vokal a);
Limau
Bentan ditepi tingkap (perulangan vokal e);
Hujan
ribut gunung terbakar (perulangan vokal
i);
(b)
Aliterasi.
·
Contohnya,
Buah
bacang masak serangkai (perulangan konsonan b);
Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan
konsonan d);
1.
Gaya
Bahasa
|
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1.
|
Hiperbola.
|
•
Hujan ribut gunung terbakar,
•
Embun setitik padam apinya.
|
2.
|
Inversi
|
•
Ikan busuk jangan dibuang;
•
Gila apakah ikan di laut.
|
3.
|
Penggunaan unsur alam.
|
ikan;burung
dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga;
|
4.
|
Peribahasa
|
•
Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung;
|
5.
|
Personifikasi
|
•nyawa
menangis di pintu kubur.
|
6.
|
Repetisi
|
•
tikar (rangkap 1, baris 1);
|
7.
|
Sinkope
|
•
Kilat memancar hujan tak lalu;
|
8.
|
Simile
|
•
Macam melukut di tepi gantang;
|
6.
Nilai
dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
1.
Nilai berjimat
cermat
|
Kita
mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.
|
2.
Nilai kesabaran
|
Kita
mestilah banyak bersabar untuk
memadamkan kemarahan dalam diri
|
3.
Nilai berbudi
bahasa
|
Kita
hendaklah sentiasa berbudi bahasa
supaya kita akan dipandang mulia oleh masyarakat.
|
4.
Nilai merendah
diri
|
Kita
hendaklah bersikap merendah diri
apabila merantau ke tempat orang.
|
5.
Nilai keinsafan.
|
Kita
haruslah insaf dan bertaubat
setelah melakukan dosa.
|