Jumaat, 12 Februari 2016

NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA : PLOT DAN TEKNIK PLOT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM.

PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL SILIR DAKSINA

Binaan Plot

1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

Pengenalan atau eksposisi-Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima manuskrip daripada See Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting.

Perkembangan-kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Di sana, Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Di samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula yang telah terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain. Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama kampung. Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah mengidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.

Perumitan -Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana. Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya.

Puncak atau klimaks -Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya. Haigal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu.Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian Haigal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Peleraian-Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas ya kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D'Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin telah nya. diadakan. Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada n walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan a jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat fia, Datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal erada mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang menyaksikan ndu persembahannya dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.

Teknik Plot


Teknik Plot
Contoh
      1.  
Pemerian
Penulis menceritakan Tauke Lim  yang sudah tinggal di kampung tersebut. (hlm.29)
   2.
Imbas Kembali
Ingatan Haiqal terhadap peristiwa dimana dia hampir terlanggar seorang budak kecil. (hlm.1-2)
      3.  
Saspens
Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya bahawa walid bukan ayah kandungnya. (hlm.4-5)
    4.     
Kejutan
Haiqal tidak menyangka bahawa umi,walid dan adik tiri Haiqal datang pada malam persembahan tarian zapin walaupun  uminya melarang Haiqal untuk menyertainya.(hlm.271)
     5.       
Monolog
Cikgu Zam sangat rindu akan anaknya iaitu Haiqal. (hlm.95)