SINOPSIS BAB 9-11 DARAH TITIK DI SEMANTAN
Bab 9: Ada Ubi Ada Batas
Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad di kubu lubuk Sengarat. Buloh runcing sudah siap. Pak Long Abas datang dengan pakaian untuk berperang. Keris diselir dipinggangnya, berserta senapang yang tersandang di bahunya. Datuk Bahaman tiba dengan seutas rantai besi. Diikatnya rantai itu di pangkal pokok merbau berdarah. Datuk Bahaman memegang rantai besi lalu terjun ke dalam sungai dan berenang ke seberang. Sampai di seberang terus mengikat itu pada pangkal pokok jambu air. Datuk Bahaman berenang balik naik ke darat. Rantai besi itu dijampi. Datuk Bahaman mengarahkan, Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh untuk mengumpulkan orang kampung bagi mengepung rumah pasung.
Apabila mendengar bunyi tabuh, Tuk Muda Bidin dan orang-orangnya akan merempuh rumah pasung itu dan membunuh semua mata-mata Inggeris. Zahid dan Samad diarah agar balik makan dahulu dan kembali ke kubu Lubuk Sengarat untuk menanti ketibaan Inggeris.
Berita Desborough mudik dengan lima puluh orang mata-mata Inggeris. Salah sebuah perahu itu berkayuh ke hilir Sungai Semantan. Dalam perahu itu ada mayat. Bisik Datuk Bahaman, tentu mayat Ismail. Enam buah perahu yang lain sedang berpatah balik untuk menangkap Datuk Bahaman. Pihak Inggeris menyatakan bahawa mereka mesti menangkap Datuk Bahaman dengan hidup-hidup.
Apabila senjata tiba, perahu yang memebawa Desborough sampai ke tempat air berpusing di hilir lubuk. Perahu-perahu yang lain pun sampai. Perahu Desborough cuba bergerak semula. Apabila bahagian tengah perahu itu bersetentangan dengan rantai yang tenggelam dalam air,Datuk Bahaman merentap rantai besi sehingga tegang. Perahu Desborough pun terbalik. Desborough dan orang-orangnya tercampak ke dalam sungai. Tabuh dibunyikan. Datuk Bahaman memberi perintah untuk menyerang. Berpuluh-puluh buluh runcing bertaburan menghujani tempat air berpusing mengenai sasaran. Beberapa orang Inggeris hilang di olak lubuk. Datuk Bahaman terjun ke dalam air dengan keris panjangnya. Dia mengejar musuh-musuh yang berpaut pada perahu yang terlingkup. Kira-kira sejam kemudian, keadaan kembali tenang. Orang-orang Datuk Bahaman pun pulang ke kubu mereka.
Pada malamnya, di rumah Datuk Bahaman Tuk Muda Bidin berkata bahawa mereka telah mencapai kemenangan yang besar. Semua mata-mata Inggeris di rumah pasung tewas kecuali seorang dua yang dapat melarikan diri. Senjata-senjata dan ubat bedil kini dalam kawalan mereka. Pada malam itu juga suatu rnesyuarat penting diadakan di rumah Datuk Bahaman.
Bab 10: Inggeris Mesti Dikalahkan
Mesyuarat malam itu berbeza daripada mesyuarat yang lalu. Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh membawa sebanyak lima hingga enam puluh orang di rumah pasung itu untuk menyerang Bentong pada malam itu juga. Rahman dan Hassan Tahmid berkawal di Lubuk Terua, untuk kuatkan semangat orang-orang di situ.
Perang sudah bermula. Pesanan juga disampaikan kepada Tuk Selampi dan Batin Orang Asli di hutan. Mereka juga perlu untuk bersarna-sama berjuang. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela bersama empat hingga lima puluh orang akan berjalan kaki ke Temerloh dan dijangka sampai pada malam itu juga untuk menyelamatkan mayat Ismail. Zahid, Awang Muhammad, dan Samad pula akan mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan.
Selepas selesai mesyuarat, semua orang pun beredar. Zahid, Samad Awang Muhammad dan Lajis mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan. Mereka tiba di Kuala Semantan sebelum subuh. Datuk Bahaman bergerak ke rumah pasung. Dia berhenti kira-kira tiga puluh depa daripada rumah pasung itu, lalu membaca sesuatu. Kemudian, dua orang mata-mata yang berkawal di situ terlentok tidur. Mayat Ismail kemudian dibawa ke perahu. Datuk Bahaman memerintahkan empat, lima orang mudik semula ke Lubuk Terua dan mengebumikan mayat Ismail keesokan harinya. Datuk Bahaman dan orang-orangnya kemudian bergerak ke rumah pasung. Datuk Bahaman dan Mat Lela masuk ke dalam. Semua mata-mata Inggeris telah dibunuh. Senapang dan peluru telah dirampas. Mereka kemudian naik perahu menyeberang Sungai Semantan dan terus ke tanjung dan berehat di situ. Datuk Bahaman mengarahkan orang-orangnya agar jangan tidur berbaris bagi mengelakkan diri daripada dipukau.
Bab 11: Desborough Datang Lagi
Pasukan yang diketuai oleh Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raha semuanya terdiri daripada orang-orang muda yang tahan lasak.Pasukan ini ditugaskan untuk meronda di luar kawasan bandar Kuala Semantan. Semasa meronda itu mereka terdengar dari sebuah bukit bunyi orang bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Ada lima orang Inggeris yang sedang memasak roti di dalam hutan itu. Tiba-tiba pemudi yang membawa senapang kopak dari pasukan mereka telah menembak mata-mata Inggeris itu. Pada malam itu mereka tidak tidur di tanjung tempat mereka hermalam pada malam sebelumnya.
Keesokan harinya, mereka menyambung perjalanan. Datuk Panglima Raja mengarahkan Zahid, Awang Muhammad, Samad, dan lima orang lagi untuk meminjam sebiji kawah, lima puluh biji mangkuk dan sepuluh biji kelapa parut serta gula kabung. Beberapa pemuda yang lain diarahkan pergi mencari ubi gadung di hutan. Mercka hendak membuat bubur ubi gadung. Bubur itu diisikan ke dalam mangkuk dan dihidangkan di atas tikar yang terbentang di tempat lapang itu. Kemudian, Datuk Panglima Raja mengarahkan mereka bersembunyi. Tidak lama kemudian datang empat puluh orang mata-mata Ingeris dan dua orang Inggeris. Mata-mata Inggeris itu berebut-rebut memakan bubur ubi gadung itu. Walau bagaimanapun, dua orang Inggeris itu tidak menjamah bubur itu termasuklah Desborough. Mata-mata Inggeris itu mula mabuk. Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai.
Akhirnya, semua mata-mata Inggeris itu hilang dibawa arus. Dua orang Inggeris itu melarikan diri. Setelah lima hari di Kuala Semantan, mereka bertemu semula dengan kumpulan Datuk Bahaman. Mereka balik ke Lubuk Terua. Rahman dan Hassan Tahmid telah mendapatkan nama beratus-ratus orang yang mahu berjuang menentang Inggeris.Tugas mereka belum selesai kerana Desborough dan Owen masih belum mati.