PUISI TRADITIONAL: PANTUN BUDI
Pantun
|
Maksud pantun
|
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hat terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
|
Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
|
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
|
Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
|
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
|
Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
|
Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
|
Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.
|
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai menari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
|
Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
|
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
lndah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
|
Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
|
Padang Temu Padang baiduri,
Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, lndah Bahasa,Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
|
Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.
|
1.
Tema
Masyarakat
akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa
menunjukkan identiti sesuatu bangsa.
2.
Persoalan
a. Orang
yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
b. Sikap
masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai
budi bahasa.
c. Masyarakat
Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
d. Ketinggian
darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.
e. Golongan
miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.
f. Kebijaksanaan
seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.
3.
Bentuk
a. Pantun
ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah
sama.
Contohnya, • setiap
rangkap empat baris;
c. Ada
pembayang dan maksudnya.
d. Jumlah
suku kata 4 hingga 7.
e. Pantun
jenis terikat.
4.Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Anafora (ulangan
perkataan di hadapan)
|
Yang kurik kundi,
Yang merah saga,
Yang baik
|
Penggunaan
unsur alam
|
air; laut; tanjung; bunga melati;batu.
|
Peribahasa.
|
Bagai cincin dengan permata
|
Personifikasi.
|
Bijak bertemu dengan jauhari.
|
Repetisi.
|
budi (rangkap 1, baris 4)
|
Responsi (perulangan
perkataan yang sama di tengah ayat).
|
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
|
5.Nilai dan
Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai berbudi bahasa.
|
Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa agar sentiasa
dipandang mulia oleh masyarakat
|
Nilai mengenang jasa.
|
Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.
|
Nilai kebijaksanaan
|
Kita disarankan supaya menjadi
golongan yang bijaksana agar dapat
membantu untuk membangunkan bangsa dan negara.
|