adstera iklan 1

Jumaat, 12 Februari 2016

NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA : PLOT DAN TEKNIK PLOT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM.

PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL SILIR DAKSINA

Binaan Plot

1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

Pengenalan atau eksposisi-Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima manuskrip daripada See Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting.

Perkembangan-kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Di sana, Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Di samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula yang telah terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain. Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama kampung. Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah mengidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.

Perumitan -Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana. Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya.

Puncak atau klimaks -Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya. Haigal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu.Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian Haigal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Peleraian-Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas ya kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D'Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin telah nya. diadakan. Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada n walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan a jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat fia, Datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal erada mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang menyaksikan ndu persembahannya dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.

Teknik Plot


Teknik Plot
Contoh
      1.  
Pemerian
Penulis menceritakan Tauke Lim  yang sudah tinggal di kampung tersebut. (hlm.29)
   2.
Imbas Kembali
Ingatan Haiqal terhadap peristiwa dimana dia hampir terlanggar seorang budak kecil. (hlm.1-2)
      3.  
Saspens
Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya bahawa walid bukan ayah kandungnya. (hlm.4-5)
    4.     
Kejutan
Haiqal tidak menyangka bahawa umi,walid dan adik tiri Haiqal datang pada malam persembahan tarian zapin walaupun  uminya melarang Haiqal untuk menyertainya.(hlm.271)
     5.       
Monolog
Cikgu Zam sangat rindu akan anaknya iaitu Haiqal. (hlm.95)



NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA : TEMA DAN PERSOALAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL SILIR DAKSINA

TEMA
Cinta akan seni sastera dan budaya bangsa.

Persoalan

1.Sastera dan budaya yang kian dilupakan oleh generasi hari ini.
Contohnya: Tarian zapin semakin dilupakan dalam kalangan anak-anak muda Kampung Seri Purnama sebaliknya mereka lebih gemar berkumpul sesama mereka dan menaiki motosikal masing-masing.

2.Ikatan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan tidak boleh diputuskan. 
Contohnya:Haiqal yang  dipisahkan oleh uminya daripada ayahnya sejak telah menghadapi konflik untuk mengetahui sejarah hidup arwah ayahnya itu.

3.Sikap setiakawan dalam menjalinkan persahabatan. 
Contohnya:Haiqal telah menenangkan Ratna yang menangis dan bersedih kerana mendapat keputusan SPM yang tidak memuaskan.

4.Sikap ego dan mementingkan diri 
Conothnya:Umi Haiqal yang mempunyai sikap ego terhadap suaminya sanggup memsisahkan Haiqal 
daripada ayahnya.

5.Perasaan simpati terhadap orang lain.
Contohnya: Datuk kepada Haiqal telah memberikan pertolongan kepada Tauke Lim yang berada dalam kesusahan semasa dia dan keluarganya baru berpindah ke Kampung Seri Purnama


NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA : SINOPSIS UMUM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.


SINOPSIS UMUM SILIR DAKSINA

Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Hakimi yang hidup bersama-sama dengan umi, bapa tirinya, dan adik tirinya, Nurul Asiyah di Kuala Terengganu, Terengganu. Bapa Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan berada di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Haiqal terpisah dengan bapanya apabila uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka tidak sehaluan. Uminya yang merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar Payang tidak dapat menerima bapanya sebagai seorang pencinta seni sastera dan budaya. Akibatnya, perkahwinan antara mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12 tahun, bapanya telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Umi dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menziarahi jenazah tetapi melarang Haiqal untuk turut sama atas alasan dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapat melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Walaupun Haiqal berasa terkilan namun dia amat menyayangi uminya dan tidak berani membantah kata-katanya. Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis berbangsa Cina melalui kiriman pos. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke Batu Pahat, iaitu tempat arwah bapanya tinggal. Manuskrip yang diterima itu menceritakan pelbagai peristiwa berkaitan dengan kehidupan bapanya yang melibatkan diri dalam aktiviti untuk memperkasa seni dan budaya zapin. Justeru, Haiqal berasa teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubat kerinduan yang ditanggung olehnya sejak kecil.
Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke kampung halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu dan memarahinya dengan alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan ayahnya sudah lama meninggal dunia. Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia kekampung arwah ayahnya itu. Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergiannya. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berack di Johor kelak.

Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, walid dan adik tirinya, Nurul Asiyah sahaja yang mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke stesen bas. Haiqal sampai di stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesai menunaikan solat subuh di surau, Haiqal menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.

Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang rumah arwah ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya menunggu Tauke Ong untuk membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di warung Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Haiqal disuruh berehat dan dia akan membawa Haiqal makan tengah hari di bandar. Di rumah arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil dan gambar yang ada. Haiqal mendapati arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan adalah lebih hebat daripada yang dia sangkakan.

Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk membawa Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong memberitahu bahawa banyak kerja yang Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang amanah untuk menguruskan ladang kelapa sawit dan kebuh getah milik arwah ayah Haiqal dan dia akan menyerahkan semua urusan itu kepada Haiqal.
Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada urusan di bank dan meminta anaknya, See Hwa membawa Haiqal makan di sebuah restoran. Di restoran itu, See Hwa berbual-bual dengan Haiqal tentang tempat tinggal masing-masing. Pada waktu itu, Haiqal teringatkan rakan karibnya, Ratna. Sejak tiba di kampung pada pagi itu, dia masih belum menghantar SMS kepada Ratna. Semasa makan, See Hwa memberitahu bahawa ayah Haiqal pandai memasak ciii padi ikan haruan. Haiqal merasakan bahawa See Hwa beruntung kerana dapat merasai kasih sayang arwah ayahnya dan dapat mengisi kekosongan jiwa arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin bahawa See Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Dia jugs membuat telahan bahawa watak Ai Ling dalam manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.

See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan di sekitar pekan Parit Raja dan mereka berhenti di sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya manakala Haiqal membeli majalah yang berkaitan dengan bahasa dan sastera. Ketika itu, mereka mendapati bahawa mereka meminati penulis yang sama. Pertemuan itu telah menimbuikan kemesraan antara mereka berdua. Pada petang itu, Haiqal tersedar daripada tidurnya. Haiqal membaca SMS yang dihantar oleh Nurul Asiyah dan membaiasnya.
 Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang dipinjamkan oleh Tauke Ong. Haiqal membaca surah al-Fatihah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca surah Yaasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan motosikalnya berhampiran dengan sekumpulan remaja yang sedang memancing ikan. Haiqal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih lanjut tentang arwah ayahnya. Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal ke warung Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji Salim berbual-bual mengenai tarian zapin.

Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ, Haiqal dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa album, majalah, dan buku-buku milik arwah ayahnya juga dipamerkan di situ. Haiqal sedar bahawa ayahnya benar-benar seorang penari zapin. Di warung, Haigal bertanya tentang Aksara kepada See Hwa dan memberitahu bahawa perkara itu ada dalam manuskrip ayahnya. See Hwa memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia meninggal dunia. See Hwa juga menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada Akademi Sastera Rakyat dan arwah ayah Haiqal bercita-cita untuk menjadikan kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan masyarakat dengan sastera.

Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan persembahan tarian zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat untuk membincangkan cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal itu diterima sebulat suara oleh penduduk kampung. Pembahagian tugas sempena majlis yang bakal diadakan itu turut dilakukan pada malam tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan semasa majlis itu berlangsung kelak. Oleh itu, persiapan sempena majlis tersebut dilakukan oleh penduduk kampung. Haiqal juga turut serta dalam membuat persiapan itu. Tauke Ong mencadangkan agar Haiqal turut mempelajari tarian zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan, dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya tarian zapin.

Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan Nurul Asiyah mendoakannya agar dapat mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan cadangan supaya See Hwa menggantikan Lazim memandangkan Lazim tidak dapat menjadi pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim menyuruh Haiqal memujuk See Hwa untuk menari zapin dengannya.

Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. Dia memberitahu Tauke Ong tentang tujuannya untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannya pada malam itu. Haiqal terkejut apabila mendapati See Hwa sedang menggosok baju zapin. See Hwa berterus terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk membuat kejutan kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya bagi menggantikan tempat Lazim.

Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terpesona melihat kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal terpandang uminya, walid, dan Nurul Aisyah yang sedang berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal amat terharu dan bersyukur apabila melihat mereka datang untuk melihatnya menari.

Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sebuah universiti di Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam uminya terhadap ayahnya juga telah lebur apabila uminya datang ke Kampung Seri Purnama untuk melihat dia menari zapin. Umi Haiqal sedar bahawa darah merah yang mengalir dalam setiap pelosok tubuh Haiqal merupakan darah Abdullah bin Kayan yang tidak boleh dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan. Ketika Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama, See Hwa telah menangis. Haiqal sedar bahawa dia perlu menjadi seperti ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu masih terlalu jauh daripada jangkauannya kerana dia masih belum layak untuk memimpin Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir daksina benar-benar mendamaikannya.

Selasa, 9 Februari 2016

NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN : SINOPSIS BAB 12 - 14

Assalammualaikum dan Selamat Petang.

SINOPSIS BAB 12-14 DARAH TITIK DI SEMANTAN

Bab 12: Tipu Helah Inggeris

Keadaan di Semantan tenang dalam dua hingga tiga minggu. Mat Lela menyediakan daftar bertugas pemuda-pemuda bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh menyusun jadual latihan menembak. Tuk Selampit menggerakkan orang Asli menyiapkan khemah dan kubu di Darat Kelubi. Malam itu suatu mesyuarat diadakan di rumah Datuk Bahaman. Keesokan harinya, semua perajurit Semantan dikumpulkan oleh Datuk Bahaman untuk memberitahu bahawa musuh akan mudik ke Semantan. Beliau meminta semua bersiap sedia. Batu Hampar di bawah jagaan Datuk Panglima Raja. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin akan mengetuai kawalan kubu dekat Pasir Tuk Anjang. Tuk Muda Bidin, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal Lubuk Sengarat. Menurut Datuk Bahaman lagi, Desborough sendiri akan mengetuai satu pasukan yang terdiri daripada lima puluh orang mata-mata Inggeris. Mereka akan tiba bersama-sama dengan tiga ratus orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Pesan Datuk Bahaman lagi, jika askar-askar sultan bercampur gaul dengan mata-mata Inggeris, mereka akan berundur.

Datuk Bahaman mengarahkan Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Rahman untuk mengikut pasukan Datuk Panglima Raja ke Batu Hampar. Mereka membina kubu sebaik sahaja mereka sampai di sana. Zahid dan Samad yang diarahkan oleh Datuk Panglima Raja untuk pergi mengintai musuh, ternampak akan mata-mata Inggeris yang bersama-sama dengan askar-askar sultan. Apabila mendengarkan perkhabaran itu, Datuk Panglima Raja mengarahkan orang-orangnya berundur ke Lubuk Terua. 

Menjelang senja, Desborough tiba di Lubuk Terua. Namun, tidak kelihatan askar-askar sultan di dalam perahunya itu. Sebaik-baik bahagian haluan perahu itu bersetentangan dengan rantai yang merentang Sungai Semantan, Datuk Bahaman pun menarik rantai itu. Perahu Desborough terbalik menyebabkan Desborough dan mata-mata Inggeris tercampak ke dalam air. Orang-orang Datuk Bahaman menghujani Desborough dan orang-orangnya menggunakan bambu runcing. Tuk Selampit pula menyumpit bertalu-talu menggunakan sumpitannya. Perahu-perahu musuh yang lain tidak mahu mudik lagi. 

Akhirnya, Datuk Bahaman mengarahkan Samad untuk memukul tabuh. Pengawal-pengawal di sebelah hilir Lubuk Sengarat bertindak menyerang perahu-perahu mata-mata Inggeris. Askar-askar sultan terpinga-pinga, lalu dari hilir semula ke Batu Hampar dan terus ke Kuala Semantan. 

Keadaan di Semantan kembali tenang. Mat Kilau datang dari Pulau Tawar membawa berita bahawa Clifford tidak berpuas hati kerana tiada seorang pun askar sultan yang mudik hari itu tercedera. Inggeris menganggap bahawa askar-askar sultan telah ada perjanjian dengan Datuk Bahaman. Clifford mengugut sultan dengan ugutan akan dibuang daerah ke mana-mana pulau di Lautan Hindi. Rodger sangat marah terhadap Datuk Bahaman dan akan mudik ke Semantan dengan membawa sultan dan Tengku Ali. Jika askar-askar sultan tidak menembak perajurit-perajurit Datuk Bahaman, bererti sultan menyebelahi Datuk Bahaman. Rodger tahu apa-apa yang perlu dilakukannya kelak. Kini, Datuk Bahaman dalam dilema. Mat Kilau mengusulkan Datuk Bahaman agar berunding dengan sultan apabila baginda tiba kelak. 

Bab 13: Sebuah Perjanjian 

Berita kedatangan musuh kali ini disambut penduduk Semantan dengan keadaan kelam-kabut. Empat hari kemudian Datuk Bahaman tiba di Lubuk Sengarat. Beliau mengakui apa-apa yang dikatakan oleh Mat Kilau, iaitu Rodger seperahu mudik dengan sultan dan Tengku Ali. Oleh itu, Datuk Bahaman mengarahkan Hassan Tahmid memindahkan semua orang perempuan, kanak-kanak dan orang tua ke Darat Kelubi. Datuk Panglima Raja dan Imam Perang Weh akan berkubu di tebing Pasir Tuk Anjang. Tuk Selampit membantah kata-kata Datuk Bahaman. Dia tetap mahu menyumpit orang-orang Inggeris dan mata-mata Inggeris. Datuk Bahaman tetap bertegas bahawa Tuk Selampit hanya boleh menyumpit Rodger jika sultan tidak duduk di sebelahnya. Suasana di Lubuk Sengarat petang itu sepi.

 Tiba-tiba Lajis datang memberitahu mereka bahawa musuh sudahpun sampai. Rodger berada ialam perahu yang pertama sekali sampai di Lubuk Sengarat. Dia diapit )leh sultan dan Tengku Ali. Tuk Selampit hendak menyumpit Rodger etapi dihalang oleh Datuk Bahaman. Akhirnya, perahu-perahu yang nembawa mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan berlalu satu demi ;atu. Tuk Selampit beredar dari situ dalam keadaan marah. Malam itu, Datuk Bahaman dan orang-orangnya berpindah ke darat Pasir Tuk Anjang. Datuk Bahaman bersiap-siap hendak berjumpa dengan sultan. Setelah berjumpa dengan sultan, Datuk Bahaman balik ke kubu pada nalam itu juga. Menurut Datuk Bahaman, baginda sultan sememangnya nenyokong perjuangan mereka. Namun, baginda sultan berada dalam Mem.. Baginda mahukan perjuangan esoknya menjadi perjuangan yang )enghabisan. Selepas itu Datuk Bahaman dan pengikut-pengikut perlu neletakkan senjata dan menjalani kehidupan seperti biasa. Baginda sultan akan mengampunkan mereka dan menganugerahkan pangkat dan kuasa semula kepada Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian yang dibuat antara ;ultan dengan Datuk Bahaman, askar-askar baginda akan naik ke darat an berpura-pura melakukan peperangan dengan pihak Datuk Bahaman. 

Namun sebenarnya, mereka hanya akan menembak ke udara. Pihak Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara. Kemudian, lewat tengah iari pihak Datuk Bahaman akan melarikan din. Pihak sultan dan Inggeris tkan bersorak bagi menandakan kemenangan dan akan mengajak Rodger nenyaksikan kemenangan itu. Bagi memastikan pengikut-pengikutnya faham akan apa-apa yang )akal berlaku, Datuk Bahaman menyuruh Mat Lela pergi ke kubu Datuk ?anglima Raja, Tuk Muda Bidin dan kubu Imam Perang Weh supaya nemberitahu mereka tentang perjanjian itu. 

Bab 14: Jatuhnya Lubuk Terua 

Dari Pasir Tuk Anjang naik sekumpulan askar sultan ke atas tebing sambil meniarap dan menghalakan senapang ke atas. Datuk Bahaman telah memberikan arahan agar tembakan dibuat ke udara sahaja. Pasukan kedua naik ke darat. Diikuti oleh pasukan ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya sehingga ke tebing Pasir Tuk Anjang itu dipenuhi oleh askar-askar sultan. Tidak berapa lama kemudian, tembakan pertama dilepaskan oleh askar sultan. Pasukan Datuk Bahaman membalas tembakan. Semua tembakan dihalakan ke udara juga. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Mat Lela terkena tembakan askar sultan. Seterusnya, Awang Muhammad pula terkena tembakan di dadanya. Awang Muhammad tidak berjaya diselamatkan. Datuk Panglima Raja menyuruh orang-orangnya mengamuk kerana askar-askar sultan telah mungkir janji. Namun, Datuk Bahaman tidak membenarkan kerana dia berpegang pada janji. 

Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin sedar tentang perbalahan antara Datuk Bahaman dengan Datuk Panglima Raja. Tiba-tiba Datuk Panglima Raja merampas senjata daripada Zahid dan melompat keluar dari kubu. Datuk Panglima Raja tercedera bahu kanannya semasa hendak menghentak peluru dan ubat bedil. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh pula berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. Tetapi nasib mereka begitu malang kerana ketua askar sultan telah menikam perut Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh. 

Menjelang waktu zuhur bunyi tembakan tidak kedengaran lagi. Perajurit-perajurit Semantan telah berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Petang itu, sultan dan Tengku Ali telah membawa Rodger ke darat. Rodger mengucapkan tahniah kerana telah menang dan berkata bahawa Datuk Bahaman mungkin telah mati.

Pada suatu petang yang hening, Mat Kilau telah datang ke Darat Kelubi untuk menemui Datuk Bahaman. Dia membawa surat pengampunan beramai-ramai yang ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Hassan Tahmid membaca perintah daripada Sultan Ahmad. Semua yang telah menentang Inggeris telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman. Datuk Bahaman mengarahkan Hassan Tahmid supaya menghebahkan kepada orang ramai bahawa mereka boleh pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak lama kemudian, kedengaran berita tentang Tuk Gajah dengan tiga ratus orang askar mudik ke Batu Hampar. Datuk Bahaman memberitahu Tuk Gajah bahawa dia sudah keseorangan. Menurut Tuk Gajah lagi, rancangan besar-besaran Mat Kilau yang dirancang dahulu hampir gagal kerana Inggeris telah tahu akan rahsia itu. Perancangan untuk membunuh Clifford juga gagal. Sultan diberi amaran terakhir dan dipindahkan ke Pekan semula. Tuk Gajah pula akan mudik Sungai Tembeling dan terus ke Kelantan atau Terengganu berserta dengan Mat Kilau. Seminggu kemudian askar-askar sultan di bawah pimpinan orang lain datang ke Lubuk Terua. Mata-mata Inggeris yang diketui oleh Wise turut serta dalam kumpulan itu. Mereka mencari Datuk Bahaman, tetapi tidak berhasil lalu mereka bertindak membakar semua rumah orang kampung. Orang muda, tua, perempuan, dan kanak-kanak turut ditembak dan dibakar hingga hangus. Datuk Bahaman yang telah meninggalkan Semantan berpatah balik. Beliau dan orang-orangnya telah banyak membunuh mata-mata Inggeris. Kemudian, Datuk Bahaman mudik ke Sungai Tembeling untuk bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.

NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN : SINOPSIS BAB 9-11

Assalammualaikum dan Selamat Petang.

SINOPSIS BAB 9-11 DARAH TITIK DI SEMANTAN

Bab 9: Ada Ubi Ada Batas

Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad di kubu lubuk Sengarat. Buloh runcing sudah siap. Pak Long Abas datang dengan pakaian untuk berperang. Keris diselir dipinggangnya, berserta senapang yang tersandang di bahunya. Datuk Bahaman tiba dengan seutas rantai besi. Diikatnya rantai itu di pangkal pokok merbau berdarah. Datuk Bahaman memegang rantai besi lalu terjun ke dalam sungai dan berenang ke seberang. Sampai di seberang terus mengikat itu pada pangkal pokok jambu air. Datuk Bahaman berenang balik naik ke darat. Rantai besi itu dijampi. Datuk Bahaman mengarahkan, Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh untuk mengumpulkan orang kampung bagi mengepung rumah pasung. 

Apabila mendengar bunyi tabuh, Tuk Muda Bidin dan orang-orangnya akan merempuh rumah pasung itu dan membunuh semua mata-mata Inggeris. Zahid dan Samad diarah agar balik makan dahulu dan kembali ke kubu Lubuk Sengarat untuk menanti ketibaan Inggeris.

Berita Desborough mudik dengan lima puluh orang mata-mata Inggeris. Salah sebuah perahu itu berkayuh ke hilir Sungai Semantan. Dalam perahu itu ada mayat. Bisik Datuk Bahaman, tentu mayat Ismail. Enam buah perahu yang lain sedang berpatah balik untuk menangkap Datuk Bahaman. Pihak Inggeris menyatakan bahawa mereka mesti menangkap Datuk Bahaman dengan hidup-hidup.

Apabila senjata tiba, perahu yang memebawa Desborough sampai ke tempat air berpusing di hilir lubuk. Perahu-perahu yang lain pun sampai. Perahu Desborough cuba bergerak semula. Apabila bahagian tengah perahu itu bersetentangan dengan rantai yang tenggelam dalam air,Datuk Bahaman merentap rantai besi sehingga tegang. Perahu Desborough pun terbalik. Desborough  dan orang-orangnya tercampak ke dalam sungai. Tabuh dibunyikan. Datuk Bahaman memberi perintah untuk menyerang. Berpuluh-puluh buluh runcing bertaburan menghujani tempat air berpusing mengenai sasaran. Beberapa orang Inggeris hilang di olak lubuk. Datuk Bahaman terjun ke dalam air dengan keris panjangnya. Dia mengejar musuh-musuh yang berpaut pada perahu yang terlingkup. Kira-kira sejam kemudian, keadaan kembali tenang. Orang-orang Datuk Bahaman pun pulang ke kubu mereka.

Pada malamnya, di rumah Datuk Bahaman Tuk Muda Bidin berkata bahawa mereka telah mencapai kemenangan yang besar. Semua mata-mata Inggeris di rumah pasung tewas kecuali seorang dua yang dapat melarikan diri. Senjata-senjata dan ubat bedil kini dalam kawalan mereka. Pada malam itu juga suatu rnesyuarat penting diadakan di rumah Datuk Bahaman.

Bab 10: Inggeris Mesti Dikalahkan 

Mesyuarat malam itu berbeza daripada mesyuarat yang lalu. Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh membawa sebanyak lima hingga enam puluh orang di rumah pasung itu untuk menyerang Bentong pada malam itu juga. Rahman dan Hassan Tahmid berkawal di Lubuk Terua, untuk kuatkan semangat orang-orang di situ. 

Perang sudah bermula. Pesanan juga disampaikan kepada Tuk Selampi dan Batin Orang Asli di hutan. Mereka juga perlu untuk bersarna-sama berjuang. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela bersama empat hingga lima puluh orang akan berjalan kaki ke Temerloh dan dijangka sampai pada malam itu juga untuk menyelamatkan mayat Ismail. Zahid, Awang Muhammad, dan Samad pula akan mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan. 

Selepas selesai mesyuarat, semua orang pun beredar. Zahid, Samad Awang Muhammad dan Lajis mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan. Mereka tiba di Kuala Semantan sebelum subuh. Datuk Bahaman bergerak ke rumah pasung. Dia berhenti kira-kira tiga puluh depa daripada rumah pasung itu, lalu membaca sesuatu. Kemudian, dua orang mata-mata yang berkawal di situ terlentok tidur. Mayat Ismail kemudian dibawa ke perahu. Datuk Bahaman memerintahkan empat, lima orang mudik semula ke Lubuk Terua dan mengebumikan mayat Ismail keesokan harinya. Datuk Bahaman dan orang-orangnya kemudian bergerak ke rumah pasung. Datuk Bahaman dan Mat Lela masuk ke dalam. Semua mata-mata Inggeris telah dibunuh. Senapang dan peluru telah dirampas. Mereka kemudian naik perahu menyeberang Sungai Semantan dan terus ke tanjung dan berehat di situ. Datuk Bahaman mengarahkan orang-orangnya agar jangan tidur berbaris bagi mengelakkan diri daripada dipukau. 

Bab 11: Desborough Datang Lagi

Pasukan yang diketuai oleh Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raha semuanya terdiri daripada orang-orang muda yang tahan lasak.Pasukan ini ditugaskan untuk meronda di luar kawasan bandar Kuala Semantan. Semasa meronda itu mereka terdengar dari sebuah bukit bunyi orang bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Ada lima orang Inggeris yang sedang memasak roti di dalam hutan itu. Tiba-tiba pemudi yang membawa senapang kopak dari pasukan mereka telah menembak mata-mata Inggeris itu. Pada malam itu mereka tidak tidur di tanjung tempat mereka hermalam pada malam sebelumnya.

Keesokan harinya, mereka menyambung perjalanan. Datuk Panglima Raja mengarahkan Zahid, Awang Muhammad, Samad, dan lima orang lagi untuk meminjam sebiji kawah, lima puluh biji mangkuk dan sepuluh biji kelapa parut serta gula kabung. Beberapa pemuda yang lain diarahkan pergi mencari ubi gadung di hutan. Mercka hendak membuat bubur ubi gadung. Bubur itu diisikan ke dalam mangkuk dan dihidangkan di atas tikar yang terbentang di tempat lapang itu. Kemudian, Datuk Panglima Raja mengarahkan mereka bersembunyi. Tidak lama kemudian datang empat puluh orang mata-mata Ingeris dan dua orang Inggeris. Mata-mata Inggeris itu berebut-rebut memakan bubur ubi gadung itu. Walau bagaimanapun, dua orang Inggeris itu tidak menjamah bubur itu termasuklah Desborough. Mata-mata Inggeris itu mula mabuk. Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai.

 Akhirnya, semua mata-mata Inggeris itu hilang dibawa arus. Dua orang Inggeris itu melarikan diri. Setelah lima hari di Kuala Semantan, mereka bertemu semula dengan kumpulan Datuk Bahaman. Mereka balik ke Lubuk Terua. Rahman dan Hassan Tahmid telah mendapatkan nama beratus-ratus orang yang mahu berjuang menentang Inggeris.Tugas mereka belum selesai kerana Desborough dan Owen masih belum mati. 

NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN : SINOPSIS BAB 6 - 8

Assalammualaikum dan Selamat Petang.

SINOPSIS BAB 6-8 DARAH TITIK DI SEMANTAN

Bab 6: Kedatangan Mat Kilau 

Sementara menunggu waktu Isyak, Zahid dan Samad beredar ke pekarangan masjid. Zahid ternampak ada orang asing yang datang. Orang itu ialah Mat Kilau. Mat Kilau bersalaman dengan Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja. Mat Kilau membawa berita tentang mesyuarat antara Clifford,sultan dan orang -orang besar di Pulau Tawar. 

Banyak perkara tentang Datuk Bahaman dibincangkan dalam mesyuarat itu. Syres mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman tidak memberikan kerjasama kepadanya sewaktu dia membina rumah pasung. Owen pula berkata Datuk Bahaman menghalang orangnya membuat bancian. Rodger pula mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman telah menulis surat kepada Residen Selangor meminta Semantan ini di masukkan di bawah pemerintahan Selangor. Perkara paling menyedihkan apabila Clifford meminta sultan menitahkan Datuk Bahaman telah menderhaka.Jika sultan tidak mahu mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka,Inggeris menganggap bahawa sultan menyebelahi Datuk Bahaman. Sultan boleh dibuang daerah ke lautan hindi.

Sultan terpaksa bersetuju lalu menandatangani perisytiharan itu yang berbunyi Datuk Bahaman telah derhaka. Oleh itu segala gelaran datuk yang telah dianugerahi sultan telah ditarik semula.Datuk Bahaman tidak berkuasa lagi di Semantan. Datuk Bahaman memberitahu orang di Semantan bahawa pangkat tidak penting baginya. Inggeris telah mencabarnya. Inggeris telah memisahkan dan memecahbelahkan bangsa Melayu. Dengan demikian senang mereka mengalahkan bangsa Melayu. Menurut Datuk Bahaman lagi,semasa di Johor dahulu Gaabenor Singapura telah menawarkan wang berjumlah 500 ringgit sebulan kepadanya jika beliau tidak memihak kepada rakyat.Namun Datuk Bahaman menolak.

Bab 7:Retak Menanti Belah

Zahid dan Awang Muhammad mengawal di kubu Lubuk Sengarat. Rahman membantu Pak Cik Hassan Tahmid di rumah Datuk Bahaman kemudian datang Imam Perang Weh bersama Datuk Panglima Raja. Lajis pula tiba membawa berita bahawa Ismail, Pak Long Abas dan Samad ditangkap Desborough dekat Batu Hampar. Datuk Bahaman mengajak mereka ke hilir  Kuala Semantan untuk membebaskan Pak Uda Ismail, Pak Long Abas, dan Samad. Mereka tiba di Kuala Semantan lewat tengah malam. Datuk Bahaman membacakan sesuatu. Dua orang pengawal yang sedang berkawal tertidur lena. Pak Uda Ismail,Pak Long Abas, dan Samad berjaya diselamatkan. 

Perang sebenar semakin hampir kata Datuk Bahaman. Inggeris pasti akan datang dalam tempoh yang singkat untuk menangkapnya. Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman berpendapat bahawa peperangan perlu dielakkab buat masa itu. Datuk Bahaman juga menyampaikan titah sultan yang berharap agar barisan mereka sangat kuat sebelum berperang.

Bab 8: Darah Titik di Semantan

Tengah hari itu, Rahman dan Awang Muhammad sedang mengawal kubu. Zahid dan Samad meronda di hujung kampung. Kamudian mereka ke bengkel membuat senapang. Setelah wang dihantar,barulah besi laras senapang akan dihantar daripada Singapura. 

Tiba-tiba Long Abas berlari menuju ke sebelah hulu dengan pakaian basah kuyup.Kelihatan Pak Long Abas terlentang di tangga rumah Datuk Bahaman.Samad mengejar ayahnya. Mereka berlari ke arah rumah Datuk Bahaman. Pak Long Abas tersedar setelah Datuk Bahaman memercikkan air sejuk ke mukanya. 

Pak Long Abas menceritakan kejadian pagi tadi apabila rakit mereka ditahan oleh Desborough. Desborough kenal Pak Long Abas kerana dia pernah ditangkap suatu ketika dahulu oleh Desborough. Desborough menyatakan bahawa Datuk Bahaman mesti ditangkap. 

Selepas itu,Pak Long Abas terjun ke dalam air dan terus menyelam untuk menyelamatkar diri. Dia tidak mengetahui tentang nasib Ismail. Desborough tetap mengatakan Datuk Bahaman derhaka kerana tidak mahu mengikut perintah Inggeris.

Kini, Datuk Bahaman tidak peduli lagi kepada siapa-siapa. Datuk Bahaman akan menentang Inggeris. Kata Datuk Bahaman, sekiranya benar Ismail telah ditembak di Sungai Semantan, itulah titik darah pertama di Semantan. Kali ini giliran darah Desborough pula menitik. Datuk Bahaman mengarahkan mereka bersiap sedia untuk menentang Inggeris.

Rabu, 3 Februari 2016

NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN : SINOPSIS BAB 1 - 5

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

SINOPSIS BAB 1-5 DARAH TITIK DI SEMANTAN

Bab 1 -Cemas

Tengah hari itu, Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad berjalan ke Masjid Lubuk Terua. Mereka melalui kebun kelapa dan dusun buah-buahan. Mereka berempat tidak berbual dan hanya melayani perasaan masing-masing. Zahid terkenang akan Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan yang telah banyak berubah sejak pulang dari Pulau Tawar. Dahulu, setiap malam selepas menyelia Mat Lela dan Datuk Panglima Raja Awang Ishak mengajar silat di gelanggang, Datuk Bahaman bercerita tentang pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang tetapi sekarang tidak lagi. Tiba-tiba, Samad bertanya kepada anak bongsu Datuk Bahaman, Awang Muhammad tentang perubahan sikap Datuk Bahaman. Awang Muhammad hanya menggelengkan kepalanya. Antara mereka berempat, Rahmanlah yang lebih mengerti tentang hati dan budi Datuk Bahaman kerana Rahman bekerja dengan Datuk Bahaman sebagai jurutulis pelatih. Menurut Rahman, Datuk Bahaman memikirkan perjanjian antara Inggeris dengan raja. Dalam perjanjian itu, banyak perkara yang dirunding dan diputuskan tidak dimasukkan. Hal ini menyebabkan Datuk Bahaman marah kepada Inggeris. Setibanya mereka di simpang jalan ke tebing sungai, mereka terjumpa dengan Mat Lela. Mereka meneruskan perjalanan sambil berbual tentang ketamakan Inggeris kerana mereka memunggah emas dan bijih timah dari negeri itu ke negeri mereka serta memungut cukai dan memeras rakyat tempatan. Perbualan mereka terhenti setelah tiba di halaman masjid. Zahid dan rakan-rakannya masuk dan duduk di bahagian tengah masjid sementara Mat Lela ke bahagian depan dan duduk di sebelah Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Kelihatan juga Imam Perang Weh yang duduk bersebelahan dengan Datuk Bahaman. Selepas sembahyang, Datuk Bahaman menyampaikan nasihatnya kepada para jemaah supaya bangkit menentang Inggeris. Datuk Bahaman menyeru rakyatnya agar menentang Inggeris setelah dada penuh dengan ilmu dan kepandaian. Oleh itu, Datuk Bahaman meminta rakyatnya meningkatkan latihan dan ajaran agama. Zahid dan rakan-rakannya bercadang untuk membina kubu di pangkal (Merbau Berdarah' di tebing Lubuk Sengarat. Semasa mereka berbincang tentang perancangan mereka membina kubu itu, Mak Long Esah, ibu Samad tiba dalam keadaan tergesa-gesa untuk memaklumkan bahawa Inggeris sudah sampai di Lubuk Terua. Berita kedatangan Inggeris ke Lubuk Terua merebak ke seluruh tempat. Penduduk-penduduk kampung bersiap sedia dengan keris mereka dan menunggu perintah daripada Datuk Bahaman.

Bab 2 - Lubuk Terua Tergugat

Darah Zahid berderau apabila melihat empat buah perahu yang penuh dengan papan dan atap nipah tertambat di tebing sungai bersetentang dengan dusun Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Setelah mendapati ibu dan ayahnya sudah ke sawah, Zahid ke rumah Samad. Kemudian, mereka ke rumah Rahman tetapi Rahman telah keluar lebih awal ke rumah Datuk Bahaman. Seterusnya, mereka ke rumah Awang Muhammad. Tujuan mereka berjumpa adalah untuk berbincang tentang kerja-kerja menggali kubu di Lubuk Sengarat. Selepas itu, mereka bergerak ke rumah Datuk Bahaman. Dalam perjalanan ke rumah Datuk Bahaman, mereka terserempak dengan Pak Long Abas dan Datuk Panglima Raja yang menghala ke rumah Datuk Bahaman. Sebaik sahaja Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas tiba, Datuk Bahaman keluar ke serambi rumahnya. Datuk Panglima Raja melepaskan kemarahannya terhadap tindakan Inggeris menceroboh Semantan dan menggunakan kawasan dusun duriannya sebagai tempat mereka bertapak kepada Datuk Bahaman. Pak Long Abas memohon kebenaran Datuk Bahaman supaya membenarkannya dan rakan-rakannya mengamuk di Semantan. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman menyabarkan mereka kerana persiapan mereka untuk menyerang Inggeris belum lagi cukup. Bagi Datuk Bahaman, tiada gunanya berperang kalau untuk kalah. Datuk Bahaman menyatakan bahawa dia berasa terhina kerana Syres tidak menemuinya sebelum menggali kubu dan membina rumah pasung di kawasannya. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman memberitahu pengikutnya bahawa Inggeris tetap akan ditentang setelah menghadap sultan. Setelah mendengar kata-kata Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas berjanji akan terus menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman juga memuji Zahid dan rakan-rakannya kerana tindakan mereka hendak membina kubu di pangkal merbau berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Selain itu, Datuk Bahaman juga meminta mereka berempat menyiapkan bambu runcing untuk digunakan dalam peperangan nanti. Dalam perjalanan ke Lubuk Sengarat, Zahid dan rakan-rakannya mengikut jalan di tepi tebing sungai dan mereka dapat melihat di seberang sungai, mata-mata Inggeris sedang sibuk menggali kubu panjang di atas tebing yang menghadap ke rumah Datuk Bahaman.

Bab 3-Mencari Penyelesaian

Rahman mengikut ayahnya, Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja ke Johor. Zahid tertanya-tanya akan sebab mereka ke Johor. Menurut Samad, mungkin mereka ke sana untuk mengadukan hal Inggeris yang mendesak raja menurunkan tandatangan pada perjanjian tersebut. Zahid pula mengagak Datuk Bahaman ke Johor kerana hendak membeli senapang kopak dan peluru yang banyak dijual di pasar gelap di Singapura. Samad mengusulkan cara berkawal semasa ketiadaan Rahman. Zahid dan Awang Muhammad bersetuju dengan cadangan Samad supaya mereka bertiga keluar meronda bersama-sama. Zahid menyangkal kata-kata Samad bahawa pokok merbau berdarah ada penunggu. Zahid berpendapat bahawa hantu itu ada di dalam hati dan haruslah ditentang supaya tidak dipengaruhi perasaan malas, hasad dengki, dan besar diri. Tiba-tiba, Awang Muhammad mengajak Zahid dan Samad keluar meronda ke Mempatih. Mereka ingin melihat persiapan budak-budak sebaya dengan mereka di sana. Setelah sampai di belukar di dusun durian di Mempatih, mereka melihat Rahmad dan kawan-kawannya sedang bermain sembunyi-sembunyi. Rahmad mengajak Zahid dan rakan-rakannya bermain bersama-sama. Zahid berkata kepada Rahmad bahawa sekarang bukan masa untuk bermain-main sebaliknya berlatih untuk bermain senjata atau membaling bambu runcing kerana peperangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Semasa berada di kubu, Zahid dan rakan-rakannya melihat dua buah perahu yang dikayuh oleh empat orang Melayu. Perahu pertama membawa seorang Inggeris dan tiga orang mata-mata Inggeris. Perahu kedua pula membawa empat orang mata-mata Inggeris. Awang Muhammad menghalang Samad supaya tidak menyerang mereka kerana ayahnya tidak berada di Semantan ketika itu. Zahid dan rakan-rakannya pergi ke rumah Tuk Muda Bidin untuk melaporkan peristiwa tersebut. Setelah mendengar berita itu, Tuk Muda Bidin menukar pakaian dan menuju ke sebelah hulu. Mat Lela mengatakan bahawa orang Inggeris itu mungkin Owen yang datang untuk membanci penduduk di situ atau hendak menakut-nakutkan mereka.

Bab 4 -Budi Kedapatan 

Awang Muhammad mengajak Zahid dan Samad ke Mempatih. Semasa tiba di kawasan dusun durian, Zahid dan Samad terkejut apabila melihat kawasan semak di dusun itu bertukar menjadi padang kecil. Kehairanan mereka terjawab apabila Rahmad mengatakan bahawa dia dan rakan-rakan menjadikan kawasan itu sebagai tempat untuk latihan membaling bambu runcing. Rahmad juga menerangkan bahawa mereka juga belajar silat dengan Abang Lajis. Zahid memuji tindakan Rahmad dan rakan-rakannya. Zahid, Samad, dan Awang Muhammad hendak meneruskan rondaan mereka ke sebelah hilir, tetapi diingatkan oleh Rahmad tentang kehadiran dua orang pemuda Melayu yang tidak dikenali. Semasa tiba di hujung kampung dan berdekatan dengan rumah Lajis, Zahid dan rakan-rakannya mendengar suara perempuan meminta tolong. Zahid melihat dua orang pemuda sedang mengepung Kak Minah, iaitu isteri Lajis. Zahid, Samad, dan Awang Muhammad bergelut dengan dua orang pemuda itu. Tiba-tiba, muncul Datuk Bahaman, Rahman, dan Datuk Panglima Raja di situ. Datuk Bahaman menyoal dua orang pemuda itu. Kedua-dua orang pemuda itu mengatakan bahawa mereka ke Lubuk Terua untuk membuat bancian atas arahan Owen. Datuk Bahaman menghalau kedua-dua orang pemuda itu dari situ. Sebelum itu, Datuk Bahaman mengingatkan mereka supaya tidak menjadi pengkhianat bangsa sendiri. Setelah kedua-dua orang pemuda itu pergi, mereka dipeluk oleh Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja. Awang Muhammad bertanya kepada ayahnya tentang hasil perjumpaan ayahnya dengan Gabenor Singapura. Menurut Datuk Bahaman, Gabenor Singapura hanya mengakui apa-apa yang ditulis dalam perjanjian sahaja dan hakikatnya mereka tidak berpegang pada janji kerana banyak perkara yang dipersetujui tidak dinyatakan dalam perjanjian. Tidak lama kemudian, Lajis dan Rahmad tiba. Setelah mendengar cerita daripada Samad tentang kejadian yang menimpa isterinya, dia naik angin dan bersumpah akan menentang Inggeris.

Bab 5 -Inggeris Mencabar Lagi

Samad tertanya-tanya akan kedatangan Syres ke Lubuk Terua. Samad berpendapat bahawa terdapat dalam kalangan orang Semantan yang menjadi hantu Inggeris dengan melaporkan kegiatan anak-anak muda di situ kepada Inggeris Lajis datang ke kubu Zahid untuk mengucapkan terima kasih kepada Zahid dan rakan-rakannya yang telah menyelamatkan isterinya. Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya bahawa peristiwa tempoh hari telah menyedarkan dia untuk bangkit menentang Inggeris. Lajis telah bermuafakat dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel untuk membuat bedil. Menurut Lajis, Datuk Bahaman juga memberikan jaminan bahawa beliau telah berjumpa dengan seorang saudagar Melayu yang sanggup membekalkan besi untuk dibuat laras bedil. Datuk Bahaman telah menyuruh ayah Samad, iaitu Pak Long Abas mencari rotan yang akan dijual dan hasil jualannya akan diberikan kepada saudagar Melayu itu. Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya bahawa Datuk Bahaman meminta dia menjadi pengintip di Kuala Semantan. Dia dan Rahmad akan menjadi pekerja kedai kopi di pekan itu. Segala gerakan pihak Inggeris akan dimaklumkan kepada Datuk Bahaman. Sebelum pulang, Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya bahawa Datuk Bahaman mahu semua orang berkumpul di masjid pada malam itu untuk bacaan surah Yasin.