SAJAK
SEJADAH RINDU
Mohd. HaikalAminuddin
Tema
Ketuhanan serta ketaatan kepada agama.
Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak
memohon keampunan dengan bertaubat bersungguh-sungguh sebelum penyajak
meninggal dunia. Hal ini demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa
dunia ini hanya bersifat sementara.
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
|
Terkedu
aku
di
sejadah rindu
mengungkap
kalimah syahdu
bait
bicara tersentuh kalbu
merekah
keinsafan di hati yang beku
mengenang
dosaku yang terdahulu.
|
Penyajak
seperti kehilangan kata-kata ketika berada dalam keadaan beribadat /
bermunajat / bermuhasabah diri / mengadu kepada Tuhan sambil mengucapkan
perkataan yang memuji kebesaran Ilahi. Kesedaran tentang kesilapan /
kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam hati yang dahulunya tertutup.
|
Persoalan
keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup.
|
Keinsafan
:
Penyajak
menginsafi dosa-dosanya yang lalu.
|
Kita
hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan/ dosa.
|
Rangkap 2
|
Berbekal
pancaindera anugerah Tuhan
kupohon
kembali nafas kehidupan
dalam
keterhadan dan keterbatasan insan
moga
terbuka ruang keampunan
sebelum
saat aku dinisankan
di
masa yang Kautetapkan.
|
Dengan
menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar
Tuhan menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur tentang segala
kekurangan dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang diharapkan agar
segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia.
|
Persoalan
pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.
|
Kegigihan
:
Penyajak
bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal
dunia.
|
Kita
hendaklah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan.
|
Rangkap 3
|
Air
mata menjadi saksi
keikhlasan
menjadi bukti
akhirnya
aku
sujud menghadap Ilahi
di
keheningan yang sepi
lafaz
taubat mengiringi
nafas
sebak kian mengikuti.
|
Penyajak
menangis dengan sesungguh hati dan dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam
suasana hening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri.
|
Persoalan
keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.
|
Keikhlasan
:
Penyajak
bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata.
|
Kita
hendaklah ikhlas dalam setiap perbuatan kita.
|
Rangkap 4
|
Hati
ini luluh
jiwa
yang kaku tersentuh
ayat-ayat
cinta disusun kukuh
di
sejadah rindu yang lusuh
kemaafan
yang kupohon sungguh
dari
pencipta dalam gemuruh.
|
Penyajak berasa sangat sedih dan jiwanya terkesan
oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai dirinya. Dia memuji-muji
keagungan Tuhan di tikar sembahyang yang sudah lama ditinggalkan. Dalam
keadaan gementar, dia memohon keampunan daripada tuhan agar dosa-dosanya
diampunkan
|
Persoalan
kesungguhan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.
|
Ketaatan
:
Penyajak
taat kepada pencipta dan hanya berharap kepada pengampunan daripada Pencipta.
|
Kita
hendaklah taat kepada pencipta kita.
|
Rangkap 5
|
Ungkapan
doa pada Yang Esa
izinkan
aku menjadi manusia
yang
taat sentiasa
pada
perintah Maha Kuasa
agar
aku tidak lupa
dunia
ini hanya bersifat sementara.
|
Penyajak memohon kepada Tuhan yang satu agar mengabulkan permintaannya
untuk menjadi hamba yang patuh sepanjang hayat, serta supaya dia tidak alpa tentang
sifat kehidupan yang fana / tidak kekal.
|
Persoalan
tentang dunia ini yang hanya bersifat sementara.
|
Kesedaran
:
Penyajak
mempunyai kesedaran bahawa dunia ini bersifat sementara sahaja.
|
Kita
hendaklah sedar bahawa dunia ini bersifat sementara.
|
Nada :
Bernada melankolik.
Gaya Bahasa :
1.
Bahasa
Arab :
i.
kalimah – rangkap 1, baris 3
ii.
Ilahi – rangkap 3, baris 4.
iii.
taubat – rangkap 3, baris 6.
2.
Inversi
:
i.
terkedu aku – rangkap 1, baris 4. Sepatutnya : Aku terkedu.
ii.
moga terbuka ruang keampunan – rangkap 2, baris
4. Sepatutnya : Ruang keampunan moga
terbuka.
3.
Metafora
:
i.
sejadah rindu – rangkap 1, baris 2.
ii.
merekah keinsafan – rangkap 1, baris 4.
iii.
nafas kehidupan – rangkap 2, baris 2.
4.
Sinkof
:
i.
dosaku – rangkap 1, baris 6.
ii.
kupohon – rangkap
2, baris 2.
iii.
kautetapkan
– rangkap 2, baris 6.
5.
Resposi
:
i.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi
bukti