SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
Tema :
Nasihat
ibu bapa kepada anak-anak gadis yang
akan melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
Rangkap 1
|
Kuhantar kau
mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. |
Penyajak
menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di Bandar kerana
anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana.
Oleh sebab suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza,
penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Beliau juga mahu anaknya menimba pengalaman
baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa
di universiti
|
Rangkap 2
|
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal. |
Penyajak
sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal ini demikian kerana penyajak mahu
melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat
mematangkan diri. Dengan berbuat
demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi
segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat
berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada masa
hadapan.
|
Rangkap 3
|
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. |
Penyajak
beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan
untuk ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun, penyajak beranggapan
bahawa banyak pengaruh negatif juga
tersebar luas di sana. Oleh hal yang
demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan
keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif
seperti sombong.
|
Rangkap 4
|
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah |
Penyajak menasihati anak gadis suntinya agar pandai
membawa diri dalam mengharungi kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan
anak gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.
|
RANGKAP
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap 1
|
Perbezaan
kehidupan di antara kampung dengan kehidupan di menara gading
|
Berdikari
|
Kita
mestilah memberikan kebebasan kepada anak-anak kita agar mereka mampu untuk
berdikari
|
Rangkap 2
|
Keberanian
seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di
menara gading
|
Keberanian
|
Kita mestilah membenarkan anak-anak kita
melanjutkan pelajaran di tempat lain agar mereka dapat menambahkan pengalaman
dalam hidup
|
Rangkap 3
|
Kehidupan
di kampus yang banyak cabaran
|
Kecekalan
|
Kita mestilah cekal menghadapi dugaan hidup
|
Rangkap 4
|
Kemampu
mengharungi kehidupan yang sukar.
Harapan
ibu bapa untuk melihat kejayaan anak dalam pelajaran
|
Kerajinan
|
Kita mestilah rajin belajar
|
Gaya Bahasa
Sinkope
|
Kuhantar
(aku), Kau (engkau)
|
Responsi
|
kau
nikmatilah angin dan udara ilmu
itu
mengenal
kalimat hujan dan bilah petir
|
Metafora
|
sembilu
nasib
|
Inversi
|
waras
akal sepatutnya akal waras
Dingin
kabus sepatutnya kabus dingin
|
Hiperbola
|
angin
nafas
|
Kata
ganda
|
pandai-pandailah
|