Tema : Kesetiaan
kepada Raja
RANGKAP
|
SELOKA
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
Rangkap 1
|
Baginda
menitahkan orang besar empat
Membuat
istana puri berkota
Lalu
dipanggil Pawang Raja
Pawang
mengarah orang bekerja
Empat
puluh empat tukang dan utas
Siang
dan malam tidak berhenti
|
Raja menitahkan orang besar empat untuk membina istana
berkota. Orang besar empat lalu memanggil Pawang Raja dan beliau mengerahkan empat
puluh empat tukang yang pandai, bekerja
tidak berhenti siang dan malam
|
Kepatuhan
kepada arahan ketua
|
Rangkap 2
|
Tujuh
bulan tujuh purnama
Istana
siap dengan alatnya
Besar
tersergamsembilan ruang
Sepuluh dengan rebat guntung
Sebelas dengan pancung serong
Dua belas dengananjung tinggi
|
Selepas tujuh bulan, siaplah istana dengan segala
kelengkapannya. Istana itu sangat besar
dan mempunyai Sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan
dua belas anjung tinggi.
|
Kegigihan
dalam melakukan tugas
|
Rangkap 3
|
Tiga
sudut menteri delapan
Tiang
panjang maharaja lela
Tiang
tengah syukur menanti
Galang-galangnya
ular berang
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
|
Terdapat juga tiga sudut menteri delapan, tiang panjang
maharaja lela dan tiang tengah syukur menanti. Galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri
menyembah dan kasau lentik helang berbega
|
Ketelitian
dalam reka bentuk istana
|
Rangkap 4
|
Berbunga
sawa mengelempai
Bertakuk
bersedeling gam
Berjenang
berbatu kawi
Berselimpat
ukir Jawa
Lilit-melilit
akar Cina
Garam
sebuku sisa jeragan
Bunga
kenanga dimakan ular
Layang-layang
di pintu Raja
|
Keindahan seni bina istana tersebut terletak pada
ukiran dinding istana seperti berbunga sawa terlentok, bertakuk bersedeling gam
dan berjenang berbatu kawi. Terdapat
juga pengaruh ukiran Cina dan Jawa
|
Kehalusan
seni ukiran dan keunikan seni bina
|
Rangkap 5
|
Istana
siap tukang pun mati
Tiada
orang dapat meniru
Dipersembahkan
kepada baginda suami isteri
|
Sebaik-baik sahaja istana itu siap, tukang yang ditugaskan
untuk membina istana itu telah meninggal dunia. Tiada seorang pun tukung yang
lain dapat meniru kehebatannya menghasilkaan seni ukiran dan corak tersebut.
Kemudiannya istana tersebut diserahkan kepada raja.
|
Persoalan
tentang keistimewaan bakat/ kebolehan dalam bidang tertentu
|
Gaya Bahasa
1.
Klasik - utas
2.
Repitisi - Tujuh bulan tujuh purnama
3.
Responsi - Sepuluh dengan rebat guntung
Sebelas
dengan
pancung serong
Dua
belas dengan anjung tinggi
4.
Personifikasi - syukur menanti
5.
Kata ganda - galang-galangnya, lilit-melilit,
layang-layang
6.
Anafora - Kasau kecil puteri menyembah
Kasau
lentik helang berbega
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Kepatuhan,
Tanggungjawab
|
Kita
mestilah patuh kepada arahan ketua.
Kita
haruslah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi
|
Kegigihan,
|
Kita
mestilah rajin dalam melakukan setiap pekerjaan.
|
Ketelitian
|
Kita
perlulah teliti dalam melakukan sesuatu perkerjaan agar hasilnya akan menjadi
baik
|