Ahad, 25 Disember 2016

ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN 5 :CERPEN HIPERTENSI


CERPEN HIPERTENSI


SINOPSIS

1.    Aiman Aqil berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang telah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan aktiviti pembangunan.

2.    Aiman mengimbas kembali pengajaran Cikgu Faridah tentang Teori Graviti oleh Isaac Newton.  Semasa sesi pembelajaran tersebut , berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah menyebabkan kawan-kawannya menggelar Aiman sebagai profesor disebabkan kepintaran dan daya fikirnya yang tinggi.

3.    Aiman juga teringat kembali perbuatannya yang gemar ponteng sekolah ketika di sekolah rendah akibat kebosanan oleh silibus sekolah rendah yang dianggapnya tidak setanding dengan keupayaan pemikirannya yang tinggi dan pintar.    
                                                                  
4.    Selain itu, Aiman juga gemar menyindir adik-adiknya, Fadilah Fatnin dan Azilah Atikah yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik.  Kenakalan Aiman semakin menjadi-jadi apabila dia mula menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyiapkan latihan matematik.  Hal ini menyebabkan guru kelasnya melaporkan perkara tersebut kepada ibu dan bapa Aiman.  Akibatnya, Aiman dirotan oleh bapanya.

5.    Ekoran daripada peristiwa itu, Aiman mengambil keputusan untuk ponteng sekolah kerana kesan lebam pada pinggulnya masih belum hilang.  Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas yang amat diminatinya. Ketaksubannya terhadap bidang ini menyebabkan Aiman menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi dan keadaan ini telah diketahui oleh ibu bapanya.  Kesudahannya, pinggul Aiman sekali lagi menerima habuan daripada bapanya.

6. Ketika usia remajanya, daya imaginasinya masih kuat sehingga menyebabkan dia ditampar sehingga menjadi gagap. Keadaan ini mendorong ibu bapanya menghantarnya menjalani latihan terapi bagi mengatasi masalah gagapnya. Akhirnya, Aiman insaf dan sedar akan tindakannya yang terlalu jauh berimaginasi.  Hal ini setelah dia terdengar suara ghaib yang mengajaknya berpijak di bumi nyata dengan mendekatkan diri kepada Ilahi.


TEMA :Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa.

Aiman Aqil mengalami tekanan perasaan kerana minatnya yang mendalam dalam bidang sains angkasa sehingga dia sehingga berhalusinasi.

PERISTIWA
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN
Aiman insaf atas kelekaannya berhalusinasi untuk menjadi angkasawan hingga tidak berpijak di bumi nyata. Dia bertekad untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Allah.
Persoalan tentang keinsafan atas tabiat buruk yang suka berimaginasi
Seorang yang insaf atas tabiat buruknya
Masyarakat yang insaf atas tabiat buruknya
keinsafan
Kita mestilah menginsafi kelekaan yang telah dilakukan
Aiman bijak menyelesaikan latihan matematik murid Tingkatan 5 walaupun baru berusia 8 tahun
Aiman bijak semasa berdebat dengan Cikgu Faridah tentang teori graviti
Persoalan tentang kebijaksanaan  dalam pelajaran


Seorang yang bijak dalam pelajaran
Masyarakat yang bijak dalam pelajaran
Kebijaksanaan 
Kita haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah.
Bapa Aiman bertanggung jawab merawat masalah kegagapan Aiman dengan membawa Aiman menjalani latihan terapi.
Persoalan tentang  tanggung jawab ibu bapa terhadap masalah anak-anak
Seorang bapa yang bertanggung jawab menyelesaikan masalah anak
Masyarakat yang bertanggung jawab menyelesaikan masalah anak-anak
Bertanggung jawab
Sebagai ibu bapa, kita perlulah bertangung jawab terhadap masalah anak-anak
Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya yang membuat onar di dalam kelas
Persoalan tentang ketegasan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
Seorang bapa yang tegas dalam mendidik anak-anak
Masyarakat yang tegas dalam mendidik anak-anak
Ketegasan




PERISTIWA
LATAR TEMPAT
LATAR MASA
Aiman menyindir adik-adik perempuannya yang lambat menyelesaikan masalah matematik
Banglo keluarga Aiman

Malam
Aiman berhalusinasi dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai tempat berlepas ke angkasa dengan sebuah kapal angkasa Soyus
Pohon kelapa dara
Siang
Aiman mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan ketika sesi pembelajaran
Sekolah
Zaman sekolah rendah