CERPEN
CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
SINOPSIS
1. Pengarang memperkenalkan watak Ahmad Mutawakkil yang muncul secara
tiba-tiba di pintu surau kampungnya sebaik-baik sahaja para penduduk selesai
menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Ahmad Mutawakkil muncul dalam
keadaan cedera parah dan pakaiannya dipenuhi dengan darah dan lumpur.
2. Perkembangan
cerpen dimulai dengan pemerihalan kisah kampung penulis yang telah dipugar
(diteroka) oleh moyangnya sejak tiga generasi yang terdahulu. Selepas itu
bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung
itu untuk meneroka belukar dengan mengupah beratus-ratus orang buruh untuk
menanam pokok getah. Kemudian diikuti dengan kedatangan 15 keluarga buruh
berketurunan India yang bekerja di estet getah milik Tuan Booth.
3. Kisah diteruskan dengan pengenalan watak Ahmad
Mutawakkil yang menumpang banglo Tuan Booth serta berpeluang belajar membaca
dan menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu setelah kematian
bapanya Wak Sadir. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai
maklumat terkini kepada orang kampung. Dua tahun kemudian dilantik menjadi
pemimpin muda parti PEKEMBAR daerah.
4. Pelbagai konflik mula timbul apabila askar Jepun
mendarat di Tanah Melayu pada 1941, menyebabkan Tuan Booth sekeluarga terpaksa
meninggalkan estetnya. Hidup Ahmad Mutawakkil terbiar dan diambil menjadi anak
angkat oleh Imam Ngah Deraman. Selepas kejatuhan Jepun ketokohan Ahmad
Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu terserlah khususnya melalui sesi
pidato dan penulisannya dalam akhbar. Dalam diam Sandra rupanya menyimpan
perasaan kasih kepada Ahmad Mutawakkil.
5. Pembabitan dalam
perjuangan menimbulkan kerisauan kepada Penghulu Ibrahim Sigap dan Imam Ngah
Deraman. Malah Tuan Booth juga pernah diancam oleh pengganas komunis agar menasihati
Ahmad Mutawakkil tidak menghasut rakyat membenci idealogi komunis.
Akhirnya perjuangan
Ahmad Mutawakkil tiba ke puncak apabila didatangi oleh seorang budak lelaki di
surau pada malam Jumaat selepas menyampaikan ceramah. Rentetan peristiwa
tersebut membawa kepada kehilangan Ahmad Mutawakkil sehingga menimbulkan
kerisauan kepada penduduk kampung termasuk Sandra.
6. Cerpen
diakhiri dengan kematian Ahmad Mutawakkil di atas riba Imam Ngah Deraman akibat
tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya dari jarak dekat.
Pada 31 Ogos 1957 penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai
tanda meraikan kemerdekaan tanah air dan bacaan tahlil mengenang perjuangan
Ahmad Mutawakkil. Sandra kekal di kampung itu dan menyumbang bakti mengajar anak-anak
penduduk kampung membaca dan menulis. Situasi ini kerana kenangannya dan
kasihnya kepada Ahmad Mutawakkil tidak pernah padam.
TEMA :
Kegigihan
dan keberanian seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan
dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.
1.Peristiwa
|
Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih sayangnya kepada keluarga
|
Persoalan
|
Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga
|
Perwatakan
|
Seorang yang penyayang
Tuan Booth
|
Latar Masyarakat
|
Masyarakat yang penyayang
|
Nilai
|
Kasih sayang
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah sentiasa mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga
|
2.Peristiwa
|
Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika
menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan keganasan komunis
|
Persoalan
|
Persoalan tentang ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesusahan
semasa zaman perang.
|
Perwatakan
|
Seorang yang tabah
Ahmad Mutawakkil
|
Latar
Masyarakat
|
Masyarakat yang tabah mengharungi zaman
perang
|
Nilai
|
Ketabahan
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah tabah dalam mengharungi zaman /waktu kesusahan
|
3. Peristiwa
|
Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi untuk memerdekakan tanah air melalui pidato dan
penulisan dalam menentang panjajahan Inggeris dan komunis.
|
Persoalan
|
Persoalan
tentang semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air
|
Perwatakan
|
Seorang yang mempunyai semangat patriotism Ahmad
Mutawakkil
|
Latar
Masyarakat
|
Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme untuk memerdekakan
tanah air
|
Nilai
|
patriotisme
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk
memperjuangkan kemerdekaan tanah air
|
4.Peristiwa
|
Sandra yang mencintai Ahmad Mutawakkil dalam diam sanggup menetap di kampung itu selepas kemerdekaan
dan mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis.
|
Persoalan
|
Persoalan
tentang kisah cinta yang mendalam
|
Perwatakan
|
Seorang
yang penyayang Sandra
|
Latar
Masyarakat
|
Masyarakat yang penyayang
|
Nilai
|
Kasih sayang
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah setia apabila menyayangi seseorang dengan setulus
hati
|
5.
Peristiwa
|
Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan
menulis dengan Sandra sehingga melayakkannya menjawat jawatan wartawan
|
Persoalan
|
Persoalan
tentang kepentingan ilmu pengetahuan
|
Perwatakan
|
Seorang yang berilmu Ahmad Mutawakkil
|
Latar
Masyarakat
|
Masyarakat yang sedar akan kepentingan
ilmu
|
Nilai
|
Kebijaksanaan
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah sentiasa mencari ilmu
demi memajukan bangsa
|
PERISTIWA
|
LATAR MASA
|
LATAR TEMPAT
|
Ahmad Mutawakkil melangkah dalam
keadaan terhuyung-hayang dan jatuh tersemban di ribaan Imam Ngah Deraman
kerana ditembak oleh komunis
|
Malam Jumaat bulan Ogos 1953
|
Surau kampung
|
5 orang komunis memasuki banglo Tuan
Booth dan mendesaknya supaya menasihati Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut
rakyat menentang komunis
|
Pukul 9 pagi Khamis
|
Banglo Tuan Booth
|
Seorang budak lelaki berbisik sesuatu
kepada Ahmad Mutawakkil, yang membawa kepada kehilangan beliau seterusnya
kematiannya.
|
11 malam
|
Surau
|
Penduduk kampung sembayang maghrib
berjemaah
|
Senja
|
Surau
|