CERPEN HIPERTENSI
SINOPSIS
1.
Aiman Aqil berehat di rumah banglo
keluarganya yang terletak di lereng bukit yang telah gondol akibat kerja-kerja
penerokaan dan aktiviti pembangunan.
2.
Aiman mengimbas kembali pengajaran Cikgu
Faridah tentang Teori Graviti oleh Isaac Newton. Semasa sesi pembelajaran tersebut , berlaku
perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah menyebabkan kawan-kawannya
menggelar Aiman sebagai profesor disebabkan kepintaran dan daya fikirnya yang
tinggi.
3.
Aiman juga teringat kembali perbuatannya
yang gemar ponteng sekolah ketika di sekolah rendah akibat kebosanan oleh
silibus sekolah rendah yang dianggapnya tidak setanding dengan keupayaan
pemikirannya yang tinggi dan pintar.
4.
Selain itu, Aiman juga gemar menyindir
adik-adiknya, Fadilah Fatnin dan Azilah Atikah yang kurang bijak menyelesaikan
masalah matematik. Kenakalan Aiman
semakin menjadi-jadi apabila dia mula menyakat kawan-kawannya yang agak lambat
menyiapkan latihan matematik. Hal ini menyebabkan
guru kelasnya melaporkan perkara tersebut kepada ibu dan bapa Aiman. Akibatnya, Aiman dirotan oleh bapanya.
5. Ekoran
daripada peristiwa itu, Aiman mengambil keputusan untuk ponteng sekolah kerana
kesan lebam pada pinggulnya masih belum hilang.
Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia
penerokaan sains angkasa lepas yang amat diminatinya. Ketaksubannya terhadap
bidang ini menyebabkan Aiman menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi
imaginasi dan keadaan ini telah diketahui oleh ibu bapanya. Kesudahannya, pinggul Aiman sekali lagi
menerima habuan daripada bapanya.
6. Ketika usia
remajanya, daya imaginasinya masih kuat sehingga menyebabkan dia ditampar
sehingga menjadi gagap. Keadaan ini mendorong ibu bapanya menghantarnya
menjalani latihan terapi bagi mengatasi masalah gagapnya. Akhirnya, Aiman insaf
dan sedar akan tindakannya yang terlalu jauh berimaginasi. Hal ini setelah dia terdengar suara ghaib
yang mengajaknya berpijak di bumi nyata dengan mendekatkan diri kepada Ilahi.
TEMA :Keinginan yang
tinggi dalam bidang sains angkasa.
Aiman
Aqil mengalami tekanan perasaan kerana minatnya yang mendalam dalam bidang
sains angkasa sehingga dia sehingga berhalusinasi.
PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
PERWATAKAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Aiman insaf atas kelekaannya berhalusinasi untuk menjadi
angkasawan hingga tidak berpijak di bumi nyata. Dia bertekad untuk berubah
dan mendekatkan diri dengan Allah.
|
Persoalan
tentang keinsafan atas tabiat buruk yang suka berimaginasi
|
Seorang yang insaf atas tabiat buruknya
|
Masyarakat yang insaf atas tabiat buruknya
|
keinsafan
|
Kita mestilah menginsafi kelekaan yang telah dilakukan
|
Aiman
bijak menyelesaikan latihan matematik murid Tingkatan 5 walaupun baru berusia
8 tahun
Aiman
bijak semasa berdebat dengan Cikgu Faridah tentang teori graviti
|
Persoalan
tentang kebijaksanaan dalam pelajaran
|
Seorang
yang bijak dalam pelajaran
|
Masyarakat
yang bijak dalam pelajaran
|
Kebijaksanaan
|
Kita
haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah.
|
Bapa
Aiman bertanggung jawab merawat masalah kegagapan Aiman dengan membawa Aiman
menjalani latihan terapi.
|
Persoalan
tentang tanggung jawab ibu bapa
terhadap masalah anak-anak
|
Seorang bapa yang bertanggung jawab menyelesaikan masalah anak
|
Masyarakat
yang bertanggung jawab menyelesaikan masalah anak-anak
|
Bertanggung
jawab
|
Sebagai
ibu bapa, kita perlulah bertangung jawab terhadap masalah anak-anak
|
Bapa
Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya yang
membuat onar di dalam kelas
|
Persoalan
tentang ketegasan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
|
Seorang
bapa yang tegas dalam mendidik anak-anak
|
Masyarakat
yang tegas dalam mendidik anak-anak
|
Ketegasan
|
PERISTIWA
|
LATAR TEMPAT
|
LATAR MASA
|
Aiman
menyindir adik-adik perempuannya yang lambat menyelesaikan masalah matematik
|
Banglo
keluarga Aiman
|
Malam
|
Aiman
berhalusinasi dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai tempat berlepas ke
angkasa dengan sebuah kapal angkasa Soyus
|
Pohon
kelapa dara
|
Siang
|
Aiman
mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan ketika sesi
pembelajaran
|
Sekolah
|
Zaman
sekolah rendah
|