Ahad, 25 Disember 2016

ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN 5 :CERPEN HIPERTENSI


CERPEN HIPERTENSI


SINOPSIS

1.    Aiman Aqil berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang telah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan aktiviti pembangunan.

2.    Aiman mengimbas kembali pengajaran Cikgu Faridah tentang Teori Graviti oleh Isaac Newton.  Semasa sesi pembelajaran tersebut , berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah menyebabkan kawan-kawannya menggelar Aiman sebagai profesor disebabkan kepintaran dan daya fikirnya yang tinggi.

3.    Aiman juga teringat kembali perbuatannya yang gemar ponteng sekolah ketika di sekolah rendah akibat kebosanan oleh silibus sekolah rendah yang dianggapnya tidak setanding dengan keupayaan pemikirannya yang tinggi dan pintar.    
                                                                  
4.    Selain itu, Aiman juga gemar menyindir adik-adiknya, Fadilah Fatnin dan Azilah Atikah yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik.  Kenakalan Aiman semakin menjadi-jadi apabila dia mula menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyiapkan latihan matematik.  Hal ini menyebabkan guru kelasnya melaporkan perkara tersebut kepada ibu dan bapa Aiman.  Akibatnya, Aiman dirotan oleh bapanya.

5.    Ekoran daripada peristiwa itu, Aiman mengambil keputusan untuk ponteng sekolah kerana kesan lebam pada pinggulnya masih belum hilang.  Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas yang amat diminatinya. Ketaksubannya terhadap bidang ini menyebabkan Aiman menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi dan keadaan ini telah diketahui oleh ibu bapanya.  Kesudahannya, pinggul Aiman sekali lagi menerima habuan daripada bapanya.

6. Ketika usia remajanya, daya imaginasinya masih kuat sehingga menyebabkan dia ditampar sehingga menjadi gagap. Keadaan ini mendorong ibu bapanya menghantarnya menjalani latihan terapi bagi mengatasi masalah gagapnya. Akhirnya, Aiman insaf dan sedar akan tindakannya yang terlalu jauh berimaginasi.  Hal ini setelah dia terdengar suara ghaib yang mengajaknya berpijak di bumi nyata dengan mendekatkan diri kepada Ilahi.


TEMA :Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa.

Aiman Aqil mengalami tekanan perasaan kerana minatnya yang mendalam dalam bidang sains angkasa sehingga dia sehingga berhalusinasi.

PERISTIWA
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN
Aiman insaf atas kelekaannya berhalusinasi untuk menjadi angkasawan hingga tidak berpijak di bumi nyata. Dia bertekad untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Allah.
Persoalan tentang keinsafan atas tabiat buruk yang suka berimaginasi
Seorang yang insaf atas tabiat buruknya
Masyarakat yang insaf atas tabiat buruknya
keinsafan
Kita mestilah menginsafi kelekaan yang telah dilakukan
Aiman bijak menyelesaikan latihan matematik murid Tingkatan 5 walaupun baru berusia 8 tahun
Aiman bijak semasa berdebat dengan Cikgu Faridah tentang teori graviti
Persoalan tentang kebijaksanaan  dalam pelajaran


Seorang yang bijak dalam pelajaran
Masyarakat yang bijak dalam pelajaran
Kebijaksanaan 
Kita haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah.
Bapa Aiman bertanggung jawab merawat masalah kegagapan Aiman dengan membawa Aiman menjalani latihan terapi.
Persoalan tentang  tanggung jawab ibu bapa terhadap masalah anak-anak
Seorang bapa yang bertanggung jawab menyelesaikan masalah anak
Masyarakat yang bertanggung jawab menyelesaikan masalah anak-anak
Bertanggung jawab
Sebagai ibu bapa, kita perlulah bertangung jawab terhadap masalah anak-anak
Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya yang membuat onar di dalam kelas
Persoalan tentang ketegasan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
Seorang bapa yang tegas dalam mendidik anak-anak
Masyarakat yang tegas dalam mendidik anak-anak
Ketegasan




PERISTIWA
LATAR TEMPAT
LATAR MASA
Aiman menyindir adik-adik perempuannya yang lambat menyelesaikan masalah matematik
Banglo keluarga Aiman

Malam
Aiman berhalusinasi dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai tempat berlepas ke angkasa dengan sebuah kapal angkasa Soyus
Pohon kelapa dara
Siang
Aiman mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan ketika sesi pembelajaran
Sekolah
Zaman sekolah rendah

ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN 5 : CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL



 CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

SINOPSIS

 1. Pengarang memperkenalkan watak Ahmad Mutawakkil yang muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya sebaik-baik sahaja para penduduk selesai menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Ahmad Mutawakkil muncul dalam keadaan cedera parah dan pakaiannya dipenuhi dengan darah dan lumpur.

2. Perkembangan cerpen dimulai dengan pemerihalan kisah kampung penulis yang telah dipugar (diteroka) oleh moyangnya sejak tiga generasi yang terdahulu. Selepas itu bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar dengan mengupah beratus-ratus orang buruh untuk menanam pokok getah. Kemudian diikuti dengan kedatangan 15 keluarga buruh berketurunan India yang bekerja di estet getah milik Tuan Booth.

3. Kisah diteruskan dengan pengenalan watak Ahmad Mutawakkil yang menumpang banglo Tuan Booth serta berpeluang belajar membaca dan menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu setelah kematian bapanya Wak Sadir. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung. Dua tahun kemudian dilantik menjadi pemimpin muda parti PEKEMBAR daerah.

4. Pelbagai konflik mula timbul apabila askar Jepun mendarat di Tanah Melayu pada 1941, menyebabkan Tuan Booth sekeluarga terpaksa meninggalkan estetnya. Hidup Ahmad Mutawakkil terbiar dan diambil menjadi anak angkat oleh Imam Ngah Deraman. Selepas kejatuhan Jepun ketokohan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu terserlah khususnya melalui sesi pidato dan penulisannya dalam akhbar. Dalam diam Sandra rupanya menyimpan perasaan kasih kepada Ahmad Mutawakkil.

5. Pembabitan dalam perjuangan menimbulkan kerisauan kepada Penghulu Ibrahim Sigap dan Imam Ngah Deraman. Malah Tuan Booth juga pernah diancam oleh pengganas komunis agar menasihati Ahmad Mutawakkil tidak menghasut rakyat membenci idealogi komunis.
Akhirnya perjuangan Ahmad Mutawakkil tiba ke puncak apabila didatangi oleh seorang budak lelaki di surau pada malam Jumaat selepas menyampaikan ceramah. Rentetan peristiwa tersebut membawa kepada kehilangan Ahmad Mutawakkil sehingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk kampung termasuk Sandra.


6.  Cerpen diakhiri dengan kematian Ahmad Mutawakkil di atas riba Imam Ngah Deraman akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya dari jarak dekat. Pada 31 Ogos 1957 penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah air dan bacaan tahlil mengenang perjuangan Ahmad Mutawakkil. Sandra kekal di kampung itu dan menyumbang bakti mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis. Situasi ini kerana kenangannya dan kasihnya kepada Ahmad Mutawakkil tidak pernah padam.


TEMA :  
Kegigihan dan keberanian seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.




1.Peristiwa
Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih sayangnya kepada keluarga
Persoalan
Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga

Perwatakan
Seorang yang penyayang
Tuan Booth
Latar Masyarakat
Masyarakat yang penyayang
Nilai
Kasih sayang
Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga


2.Peristiwa
Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan keganasan komunis

Persoalan
Persoalan tentang ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang.

Perwatakan
Seorang  yang  tabah Ahmad Mutawakkil

Latar Masyarakat
Masyarakat yang tabah mengharungi zaman perang
Nilai
Ketabahan

Pengajaran
Kita hendaklah tabah dalam mengharungi zaman /waktu kesusahan



3. Peristiwa
Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang panjajahan Inggeris dan komunis.

Persoalan
Persoalan tentang semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air

Perwatakan
Seorang  yang mempunyai semangat patriotism Ahmad Mutawakkil

Latar Masyarakat
Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme untuk memerdekakan tanah air

Nilai
patriotisme

Pengajaran
Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air



4.Peristiwa
Sandra yang mencintai Ahmad Mutawakkil dalam diam sanggup   menetap di kampung itu selepas kemerdekaan dan mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis.

Persoalan
Persoalan tentang kisah cinta yang mendalam

Perwatakan
Seorang  yang penyayang Sandra

Latar Masyarakat
Masyarakat yang penyayang

Nilai
Kasih sayang

Pengajaran
Kita hendaklah setia apabila menyayangi seseorang dengan setulus hati



5. Peristiwa
Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan Sandra sehingga melayakkannya menjawat jawatan wartawan

Persoalan
Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan

Perwatakan
Seorang yang berilmu Ahmad Mutawakkil

Latar Masyarakat
Masyarakat yang sedar akan kepentingan ilmu

Nilai
Kebijaksanaan

Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa mencari ilmu demi memajukan bangsa



PERISTIWA
LATAR MASA
LATAR TEMPAT
Ahmad Mutawakkil melangkah dalam keadaan terhuyung-hayang dan jatuh tersemban di ribaan Imam Ngah Deraman kerana ditembak oleh komunis
Malam Jumaat bulan Ogos 1953
Surau kampung
5 orang komunis memasuki banglo Tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat menentang komunis
Pukul 9 pagi Khamis
Banglo Tuan Booth
Seorang budak lelaki berbisik sesuatu kepada Ahmad Mutawakkil, yang membawa kepada kehilangan beliau seterusnya kematiannya.
11 malam
Surau
Penduduk kampung sembayang maghrib berjemaah
Senja
Surau



Sabtu, 24 Disember 2016

ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN 5 :PUISI MODEN SAJAK KUDUP PERANG



SAJAK KUDUP PERANG
Tema
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi
RANGKAP
SAJAK
MAKSUD
PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN
Rangkap 1
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan
Keadilan
Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman
Rangkap 2
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Kekeliruan dalam menyanjung pemimpin sebenar
Rasional
Kita mestilah biajk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi
Rangkap 3
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat
Keberanian
Kita hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan yang salah
Rangkap 4
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan  bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.

keadilan

Rangkap 5
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.

Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin

Peperangan membawa kesengsaraan hidup
Keinsafan
Kita mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan

Kita hendaklah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna
Rangkap 6
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.

Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin  sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi




Nada : Patriotik
Gaya Bahasa :
1.      Simile – seperti perawan
2.      Metafora – peta keadilan, putik dendam
3.      Hiperbola – daerah angkara, selumbar sengsara
4.      Sinkof – namamu

5.      Inversi – sesekali turut direntakan daki pendusta