Selasa, 28 November 2017

TUTORIAL PT3 & SPM:AYAT TANYA



SOALAN 1:Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.
                                                    
(I) Ibu ke pasar malam tadi
Jawapan: Bilakah ibu ke pasar ? atau Ibu ke pasar bila ?

(ii) Tuan Hj. Bao Salleh pengetua sekolah itu.
Jawapan: Siapakah pengetua sekolah itu ? 
Pengetua sekolah itu siapa ?

(iii) Pelajar itu berjaya dengan cemerlang kerana rajin belajar.
Jawapan:Mengapakah pelajar itu berjaya dengan cemerlang ?Apakah sebab pelajar itu berjaya dengan cemerlang ?

(iv) Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni.
Jawapan: Di manakah Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan ? Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di mana ?

(v) Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama  perpasukan.
Jawapan: Bagaimanakah pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak ?

(vi) Tiga  biji telur digunakan untuk membuat kek itu.
Jawapan: Berapakah biji/ berapa bijikah telur digunakan untuk membuat kek itu ?

 ** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016

TUTORIAL PT3 & SPM: 2.AYAT BIASA AYAT SONGSANG


SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)             syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar tadi.

Ayat songsang: Telah diterangkan oleh pihak penganjur syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif sebentar tadi.

(ii)          Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi.

Ayat songsang: Tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya.

(iii)      Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup  Sihat itu Sungguh menggalakkan

Ayat songsang: Sungguh menggalakkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu.

SOALAN 2:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)        Budak-budak itu mandi di lombong.
Ayat songsang: Mandi di lombong budak-budak itu.


(ii)    Sufian Subandoro sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat di hospital Sufian Subandoro.

(iii) Cincin yang bertatahkan berlian itu sungguh cantik
Ayat songsang: Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu.

(iv)  Anak-anak Pak Man Toya  itu berkejar-kejaran di taman.
Ayat songsang: Berkejar-kejaran di taman permainan Anak-anak Pak Man Toya itu.

(v)     Keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin pada awal pagi
Ayat songsang: Pada awal pagi keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin.


(vi)  Rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu

Ayat songsang: Sejak sepuluh tahun yang lalu rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni.

TUTORIAL PT3 & SPM:AYAT BIASA AYAT SONGSANG



SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan biasa  di bawah kepada  ayat susunan songsang  tanpa mengubah maksud asalnya.

1.Kanak-kanak itu mandi di sungai.
Ayat songsang : Mandi di sungai kanak-kanak itu.

2 Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
Ayat songsang : Bertubuh kecil kebanyakan orang Asia.

3 Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.
Ayat songsang: belum tentu selamat bangunan tinggi itu.

4 Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat ibu Fauziah di hospital.

5 Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang. Ayat songsang : Berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu.

6 Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.

Ayat songsang: Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.


Soalan 2:Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)           Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
(ii)        Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iii)   Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.
Jawapan:
(i) Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
- Telah menjual sawah di hujung kampung itu,Pak Ahmad. - (Pendepanan keseluruhan predikat)

 - Telah menjual sawah Pak Ahmad di hujung kampung itu - (Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)

(ii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
-Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor. (Pendepanan seluruh predikat)

- Di Terengganu keropok lekor sangat popular kerana rasanya yang enak. (Pendepanan frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)

- Sangat popular keropok lekor di Terengganu kerana rasanya yang enak. (Pendepanan sebahagian predikat — frasa adjektif)

(iii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.
-        Di halaman rumah dedaun kering berguguran apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)

-        Berguguran dedaun kering di halaman rumah apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)


-        Berguguran di halaman nuuah apabila angin bertiup kencang,dedaun kering. (Pendepanan seluruh predikat)

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016

TUTORIAL PT3 & SPM: AYAT SONGSANG AYAT BIASA


SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.


i. Akan dimulai dari sebelah timur pembinaan lebuh raya itu.
Ayat biasa: Pembinaan lebuh raya itu akan dimulai dari sebelah timur

ii. Telah dijual oleh datuk di pasar tani angsa peliharaan nenek.
Ayat biasa: Angsa peliharaan nenek telah dijual oleh datuk di pasar tani

 iii. Merempuh masuk ke dalam stadium penyokong bola sepak Jerman

Ayat biasa: Penyokong bola sepak Jerman merempuh masuk ke dalam stadium.

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016

Khamis, 23 November 2017

TUTORIAL PT3 & SPM:AYAT AKTIF AYAT PASIF


Soalan 1:Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.


(i)           Kamu perlu membaca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti sebelum menandatanganinya.


(ii)       Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusa indstri kecil dan sederhana.


(iii)   Kami telah menyenaraikan peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan itu.


JAWAPAN:

(i)                       - Surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu  
  baca dengan teliti sebelum menandatanganinya.

-        Sebelum menandatanganinya, surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan teliti.

-        Perlu kamu baca dengan teliti surat perjanjian jual beli rumah itu, sebelum menandatanganinya.

-        Perlu kamu baca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti, sebelum menandatanganinya.


(ii)                   - Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan
  untuk membantu pengusaha industri kecil dan   
 sederhana.

-        Untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan.

(iii)               -Peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan perdana itu telah kami senaraikan.


-        Telah kami senaraikan peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan perdana itu.

Soalan 2: Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif  tanpa mengubah maksud asalnya.
(1) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi.
(II) Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
(III) Pengetua telah melantik Cikgu Murani sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.

Jawapan:
(I)                       - Beliau akan beta anugerahi gelaran Datuk kerana sumbangannya dalam bidang ekonomi.

-        Kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi gelaran Datuk beliau akan beta anugerahi.

(ii)         Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kawat berduri yang berlingkaran itu.
(iii)        - Cikgu Murani dilantik oleh pengetua sebagal  guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.
-        Kerana ketegasannya menjalankan tugas Cikgu Murani telah dilantik oleh pengetua sebagai guru disiplin.

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016

Rabu, 22 November 2017

TUTORIAL PT3 & SPM:POLA AYAT DASAR



SOALAN 1:Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS).  

(i)                           Kebudayaan nasional lambang identiti negara.
FN + FN

(ii)                        Basikal merah itu untuk abang saya.
FN + FS

(iii)                      Hutan sekitarnya  segar-bugar bagaikan hamparan hijau.
FN + FA
(iv)                     Beberapa orang pakar bedah yang terkenal itu sedang melakukan pembedahan tersebut.
FN + FK
(v)                        Menara yang tinggi itu memang cantik reka bentuknya.
FN + FA
(vi)                     Atlet-atlet yang akan ke luar negara untuk Sukan Olimpik sedang menjalani, latihan di Komplcks Sukan Negara.

FN + FK

SOALAN 2:Baca setiap ayat di hawah dengan teliti, kemudian pastikan polo ayat sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS).

(i)                       Isteri saya pegawai di pejabat itu.
FN + FN
(ii)                   Gadis yang berbaju kurung itu sangat cantik.
FN + FA
(iii)               Pemuda yang kacak itu ke pejabatnya dengan menaiki kereta.
FN + FS
(iv)                Petani itu menjual hasil tanamannya di pasar.
FN + FK
(v)                    Tengku Sajat daripada keluarga bangsawan.
FN + FS
(vi)                Faridah pelakon drama Anakku Dah Balik.

FN + FN

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016

TUTORIAL PT3 & SPM: CAKAP PINDAH CAKAP AJUK

SOALAN 1:Tulis cakap pindah di bawah dalam bentuk cakap ajuk.

Teratai menanyakan Cemphaka sebab dia nampak murung. Cemphaka memberitahu bahawa tiada apa-apa dan kemungkinan dia keletihan kerana bersenam sebentar tadi. Teratai menyatakan kesudiannya untuk berkongsi masalah jika Cemphaka ada masalah kerana baginya mereka telah lama berkawan. Dengan rasa sedih merasakan bahawa dia tidak dapat mengikuti perkhemahan semasa aktiviti kokurikulum nanti. Teratai dengan rasa terkejut ingin memastikan sama ada Cemphaka yang telah dilantik sebagai ketua semasa aktiviti itu. Cemphaka menerangkan yang sebenarnya dia perlu menjaga ibunya yang sedang sakit, tambahan dia merupakan anak tunggal.  

Jawapan :Menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk

Teratai: Mengapakah kamu nampak murung , Dahlia?

Cemphaka: Tidak ada apa-apa, mungkin saya letih selepas bersenam tadi. Teratai Kalau kamu ada masalah, kongsilah dengan saya, kita sudah lama berkawan.

Cemphaka: Em…rasanya saya tidak dapat mengikuti perkhemahan semasa aktiviti kokurikulum nanti.

Teratai: Ha, bukankah kamu telah dilantik sebagai ketua semasa aktiviti itu nanti?


Cemphaka: Masalahnya saya perlu menjaga ibu saya yang sedang sakit, lagi pun saya anak tunggal. 


Soalan 2: Tukar cakap pindah di bawah ini kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.

Hakim bertanya kepada Xavier tentang kursus yang diambil olehnya di Akademi Seni Kebangsaan. Xavier menjawab pertanyaan itu dengan berkata bahawa dia mengikuti kursus diploma dalam bidang teater. Dengan perasaan kagum, Hakim berkata bahawa kursus yang dipilih oleh Xavier itu pasti menarik minatnya. Xavier yang bersetuju dengan pendapat Hakim berkata bahawa dia amat meminati kursus tersebut kerana teater mampu meningkatkan perasaan yakin terhadap diri sendiri. Tambah Xavier lagi bahawa dia juga dapat berjumpa dengan pelakon-pelakon teater yang digemari olehnya seperti Norlia Ghani, Acapan, Ruminah Sidek dan Jaafar Onn. Hakim mendoakan kejayaan Xavier mencapai cita-citanya dan mampu menjadi pelakon atau pengarah teater yang berjaya pada suatu hari nanti. Xavier yang berterima kasih atas ucapan dan doa Hakim berkata bahawa semua kejayaan memerlukan usaha yang tinggi.

Hakim : Apakah kursus yang saudara ambil di Akademi Seni Kebangsaan?
Xavier : Saya mengikuti kursus diploma dalam bidang teater.
Hakim : Wah. bagusnya! Pastinya kursus tersebut amat menarik minat saudara.
Xavier: Betul kata awak. Saya amat meminati kursus ini kerana teater mampu meningkatkan perasaan yakin terhadap diri sendiri. Selain itu. saya juga dapat berjumpa dengan pelakon-pelakon teater yang saya gemari seperti Norlia Ghani, Acapan, Ruminah Sidek dan Jaafar Onn.
Hakim : Saya doakan semoga impian saudara akan tercapai dan mampu menjadi pelakon atau pengarah teater yang berjaya pada suatu hari nanti.

 Xavier: Terima kasih. Semua ini mmerlukan usaha yang tinggi.  

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016

TUTORIAL PT3 & SPM: CAKAP AJUK CAKAP PINDAH


SOALAN 1: Tukarkan dialog di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
(a)            Altantuya : Yati, mengapa awak tak datang ke sekolah kemarin?
Altantuya ingin mengetahui sebab Rosmah tidak datang ke sekolah pada hari sebelumnya.
(b)            Rosmah: Maaflah. Saya ada hal di rumah.
Rosmah meminta maaf daripada Altantuya dan menjelaskan bahawa dia ada hal di ruinalniya
(c)Altantuya: Apa halnya? Ceritakanlah kepada saya. Andainya susah,sama-samalah kita tanggung.
Altantuya ingin tahu sebab Rosmah tidak ke sekolah dan meminta Rosmah menceritakan kepadanya.
Altantuya menegaskan bahawa sekiranya timbul masalah. mereka akan menyelesaikannya bersama-sama
(d)            Rosmah: Sebenarnya ibu saya sakit. Dah seminggu terlantar di hospital.
Rosmah menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan sudah seminggu terlantar di hospital.
(e)Altantuya: Oh, begitu! Semoga ibu awak cepat sembuh.

Altantuya terkejut mendengar berita tersebut lalu mendoakan ibu Rosmah agar cepat sembuh.


Soalan 2:Tukar cakap ajuk dalam petikan di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

(a) "Fazhura bercadang menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah syarikat rakaman," kata Paula kepada sahabat baiknya Fazhura.

Paula memberitahu sahabat baiknya Fazhura bahawa dia bercadang untuk menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah syarikat rakaman.

(b)            "Eloklah tu. Fazhura. Suara awak memang merdu dan patut diketengahkan,' sokong Julia.

Fazhura menyokong hasrat Paula itu dengan menyatakan baha dia tahu suara Paula memang merdu dan perlu diketengahkan.


(c) "Tapi saya babang jika ibu bapa saya tidak mengizinkanya," ujar Paula.

Paula menyatakan kebimbangannya sekiranya ibu bapanya tidak mengizinkannya menyertai pertandingan itu tersebut

(d)            "Agaknya, macam mana saya hendak bercakap dengan mereka," Paula meminta pandangan Fazhura.

Paula meminta pandangan Fazhura tentang cara dia hendak mendapatkan keizinan daripada ibu bapanya.


(e)  'Mudah sahaja, awak katalah awak ada harapan dan dan berjanji akan menjaga diri dan nama balk keluarga," cadang Fazhura.

Fazhura memberi cadangan kepada Paula agar memberitahu ibu bapanya bahawa dia mempunyai harapan untuk menang dalam pertandingan itu dan berjanji akan menjaga nama baik diri dan keluarganya.

(f)  "Bagus juga cadangan awak tu. Baiklah saya akan cuba," balas Paula.

Paula bersetuju dengan cadangan Fazhura itu dan menjelaskan bahawa dia akan mencuba cadangan yang diberikan oleh Fazhura itu.

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016

TUTORIAL PT3 & SPM: KENAL PASTI JENIS AYAT (2)


1.Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan,
1.    Harap awak bersabar menghadapi dugaan hidup ini.
Ayat permintaan
2.    Hukumlah anak-anak sekiranya mereka tidak menghormati guru.
Ayat suruhan
3.    PergiIah kamu berhijrah ke negeri orang untuk mencari rezeki yang halal.
Ayat suruhan
4.    Mohon kerjasama para pelajar untuk mengosongkan dewan kuliah dengan segera.
Ayat permintaan
5.    Jangan meneonteng dinding kerana akan mencacatkan pemandangan di sini.
Ayat larangan
6.    Jemputlah datang ke majlis pertunangan adik saya pada minggu hadapan.

Ayat silaan

2. Nyatakan jenissjenis ayat berikut soma ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan,

(i)                          "Tengok barang•barang ini," kata penjual.
Ayat suruhan
(ii)                       Jemput datang ke majlis perpisahan pada petang ini.
Ayat silaan
(iii)                    Usah kau pedulikan budak itu.
Ayat larangan
(iv)                     Tolong hantar bungkusan itu kepada Ahmad.
Ayat permintaan
(v)                        "Makanlah kuih ini dahulu sebelum kamu pergi," kata ibu.
Ayat suruhan
(vi)                     "Ditegah berludah di kawasan ini," kata Mak Semah kepada Munah.
Ayat larangan

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016