Selasa, 28 November 2017

TUTORIAL PT3 & SPM:AYAT BIASA AYAT SONGSANG



SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan biasa  di bawah kepada  ayat susunan songsang  tanpa mengubah maksud asalnya.

1.Kanak-kanak itu mandi di sungai.
Ayat songsang : Mandi di sungai kanak-kanak itu.

2 Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
Ayat songsang : Bertubuh kecil kebanyakan orang Asia.

3 Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.
Ayat songsang: belum tentu selamat bangunan tinggi itu.

4 Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat ibu Fauziah di hospital.

5 Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang. Ayat songsang : Berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu.

6 Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.

Ayat songsang: Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.


Soalan 2:Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)           Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
(ii)        Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iii)   Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.
Jawapan:
(i) Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
- Telah menjual sawah di hujung kampung itu,Pak Ahmad. - (Pendepanan keseluruhan predikat)

 - Telah menjual sawah Pak Ahmad di hujung kampung itu - (Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)

(ii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
-Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor. (Pendepanan seluruh predikat)

- Di Terengganu keropok lekor sangat popular kerana rasanya yang enak. (Pendepanan frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)

- Sangat popular keropok lekor di Terengganu kerana rasanya yang enak. (Pendepanan sebahagian predikat — frasa adjektif)

(iii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.
-        Di halaman rumah dedaun kering berguguran apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)

-        Berguguran dedaun kering di halaman rumah apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)


-        Berguguran di halaman nuuah apabila angin bertiup kencang,dedaun kering. (Pendepanan seluruh predikat)

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016